Hari pertama puasa tahun ini, kita hanya sempat menyediakan juadah ringkas untuk berbuka. Dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, Laksa Sarawak adalah yang paling mudah untuk disediakan.
1 bungkus bihun (celur bagi lembut)
1/4 ekor ayam
500g udang
200g rempah laksa sarawak (jgn cari kat semenanjung, cari kat sarawak ye...)
2 btg serai - diketuk
250g santan pati
air rebusan ayam dan udang
garam & perasa (option) secukupnya
condiments:
ayam yang dicarik2
udang yang telah direbus
daun ketumbar - hiris (mesti ada, baru ummph!)
taugeh - celur sedikit
telur dadar - hiris halus
limau kasturi - belah
sambal belacan - cili merah + belacan = tumbuk sekali
Rebuskan udang (dgn kulit) dan ayam kedalam 2.5 liter air. Setelah masak asingkan udang dan ayam dari air rebusan.
Dengan air rebusan yang sama, masukkan rempah laksa dan serai yang diketuk. Kacau diatas api sederhana hingga mendidih. Masukkan pati santan dan kacau serta biarkan sedikit mendidih. Kemudian masukkan garam dan perasa (jika mahu) secukup rasa. Renehkan.
Celur bihun dalam air panas dan bilas dalam air sejuk.
Menghidang Laksa Sarawak:
Masukkan bihun ke dalam pinggan kuah, taburkan telur, taugeh, isi ayam, udang dan daun ketumbar di atasnya. Curahkan kuah dan letakkan sambal belacan dan limau kasturi.
Siap untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment