Tuesday, August 23, 2011

Bawal Sos Hitam Manis

nak cepat jer kalau masak... apa yang ada jer la. idea pun dtg tiba2... untuk juadah buka poser...
2 ekor bawal - gaul garam kunyit, goreng, ketepikan
1/2 labu bawang besar, dadu
2 batang cili merah - hiris
2 batang cili hijau - hiris
1 biji tomato - dadu
1 sudu teh bawang putih kisar
2 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu teh halia kisar
4 sudu besar sos cili
1/4 cawan kicap lemak manis
1/2 cawan air
sedikit tepung jagung dibancuh dengan air
minyak utk menumis

Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan sos cili, kicap - kacau sebati, baru tambahkan air. Biar mendidih.
Masukkan sedikit gula jika mahu.
Masukkan bahan hiris, masak hingga bawang sedikit layu dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Tuangkan ke atas ikan siap goreng tadi. Boleh makan dah...

No comments: