Tuesday, January 17, 2012

Pecel Pari/Tuka

Dah lama teringin nak buat tapi tak ada kekuatan. Memerah otak nak ingat balik semua bahan2 yang digunakan. Sudah puluhan tahun ditinggalkan. Kedua orang tua pun dah tak ada nak tanya.

Dulu kalau arwah emak atau arwah bapak buat, tanya ni apa? Mereka jawab 'Pecel'. Memang tersematlah di sanubari rasa pecel nih. Agaknya mereka jer yang panggil dengan nama tu. Tapi bila dok KL, bila sebut pecel, jangan kata rasa, rupa pun lain. Puas la tanya, semua jawaban tak berapa 'match' ngan apa yang ada di kepala.Setelah puas pusing keliling alam siber ni, rupa2nya ianya sama dengan 'masak cekur'. Memang bahan utama ada cekur atau kencur dalam bahasa jawa, barulah cukup rasanya. Yang tak best nih, puas keliling, cari daun cekur tak der pulak. Sampai ke pasar cari, memang tak ada rezeki. Nasib baik bijinya ada, cukuplah cuma kurang meriah tak nampak daun2 nya dalam kuah.

Cukup senang penyediaannya. Ikan perlu di panggang dan kuah santannya kalau buat sikit untuk sekali makan, tidak perlu la masak. Tapi arwah mak dan bapak suka kacau atas api hingga mendidih sedikit, katanya supaya tidak cepat basi. Ye la kan... dulu2 mana ada peti ais...
Selain ikan pari/tuka, boleh gak ganti dengan ikan jenis lain seperti cencaru atau kembung panggang. Ikan keli (lele) pun selalu digunakan (keluarga akak tidak berapa pandai makan ikan keli). Kalau nasib baik, sesekali Arwah bapak turun ke dapur, dia suka buat pecel terung (kena panggang jugak). Kami makan hingga jilat jari...

Pecel Tuka

2 ekor ikan pari tuka – panggang dan siat2kan
100ml pati santan + ½ cawan air masak
10 biji cili padi yang masih hijau
2 biji isi kencur (cekur)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
Sedikit belacan
garam & gula
2 helai daun kencur - mayang (kalau akak suka siat2 jer tp kali ni tak jumpa daun, cuma ada buah jer)

Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Panggang hingga masak.
Tumbuk cili padi bersama belacan, bawang merah, bawang putih, halia dan isi kencur (cekur).
Campurkan semua bahan tumbuk ke dalam bancuhan santan. Campurkan garam, gula dan daun kencur.
Kacau di atas api sederhana hingga mendidih.
Masukkan ikan yang telah dipanggang dan disiat2 tadi.
Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.

Atau:
Campurkan semua bahan tumbuk ke dalam bancuhan santan, campurkan garam, gula dan daun kencur. Kacau sebati.
Letakkan ikan pari di atas pinggan dan tuangkan kuah santan.


Thursday, January 12, 2012

Lempeng Bodo Kuah Durian

Malas nak menjala roti, akak buat la lempeng bodo untuk makan bersama kuah durian ni. Bukan susah sangat pun... sebenarnya tadi akak pun malas nak melempeng, tapi jiwa ni meronta2 nak mencoleknya... lagipun kalau tak bancuh sekarang, kejap lagi tuan tanah balik nak kena buat jugak.
2 cawan tepung
1 biji telur
sedikit garam
air/susu secukupnya
Pewarna (jika suka)

Satukan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
Panaskan kuali tak lekat, sapu sedikit majerin. Dadarkan adunan. Biar hingga masak.
Hidangkan.

Kalau tak der kuah durian, colek ngan sambal tumispun sedap jugak.

Serawa/Kuah Durian

Dah berapa hari terbayang2kan kuah durian (panggilan orang johor) nih, nak makan ngan lempeng lah, roti jala lah, roti putih lah... macam2 lagi la... terasa2 pulak bubur kacang durian sejuk masuk mulut, turun ke tekak kendian ke perut... pergghhh!!!

Dah rezeki gamaknya... semalam gi jumpa kawan, dia bagi makan durian. Ada lebih 2 bijik sebab diorang dan kami anak beranak pun dah tak buleh habis dah, dia bagi bawak balik. Entah jenis apa la durian tu, isi tebal biji pun byk yang nipis. Satu biji junam dalam periuk, letak gula, garam, tuang santan + air... terus naik atas api...

Masukkan:
1 bijik isi durian (nak buang biji boleh, kalau malas masukkan jer)
3/4 cawan gula pasir (kalau nak tambah gula melaka atau brown sugar pun boleh)
1/2 sudu kecil garam
daun pandan

Tambahkan 500 ml pati santan

Tambahkan 500 ml air
Masak api sederhana hingga mendidih dan pekat.

Siap untuk dihidang bersama - roti jala, roti putih, lempeng tepung atau sebagainya...

Tuesday, January 10, 2012

Double Layer Burger

Hidang malam nih... lagi sempoiiiiiiiiiii... homemade burger. Double layer lagi... amik ko...
homemade bun + vege + cheesy mayo + chilli sauce+ telor + cheese + beef patties (beli punyo) + cheesy mayo + chilli sauce + vege + bun

Tumis Kecipir dan Taugeh + Ikan Goreng Tepung

Hidangan untuk dinner semalam. Sempoi jer... 1 sayur 1 lauk cukup dah...

1) Tumis Kecipir dan Taugeh

6 batang kecipir (kacang boto) - hiris
50 gm taugeh (tak mau pun tak ngaper)
1/2 biji bawang besar - hiris
1 batang cili merah - hiris
secubit ikan bilis
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan ikan bilis hingga naik bau. Masukkan cili merah, taugeh dan kecipir. Kacau rata. Masukkan garam dan air sedikit. Goreng jangan sampai layu sangat.


2) Ikan Sardin Goreng Tepung
Bahan 'batter'

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh ketumbar serbuk/kisar
1 sudu teh jintan serbuk/kisar
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh garam

satukan semua bahan dalam mangkuk, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit. Kacau hingga semua bersatu dan tidak terlalu cair.

Friday, January 6, 2012

Black Pepper Honey Crabs & Pea Sprouts in Oyster Sauce

Rajinnya akak deknon... arini terus jer update blog... semangat nih... sementara mood tengah tinggi menggunung...Hidangan 'lunch' hari ini atas permintaan tuan tanah. Berapa hari dok sebut ketam... ketam... sanggup meredah kegelapan pagi ke pasar borong. Akak suka la... pulun jer apa teringin ;). Bab masak ketam ni akak suka jenis kering atau berkuah likat. Mesti ada rasa masam manis pedas, baru selera nak membaham.

Black Pepper Honey Crabs (Ketam Lada Hitam Bermadu)

3 ekor ketam - bersihkan dan goreng
1 sudu besar bawang putih cincang
5 biji cili api - hiris halus
1 inci halia - cincang
1 pokok daun ketumbar - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1/3 cawan sos cili
1/2 cawan sos black peper
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan madu
1/2 cawan air
1/2 biji jus lemon
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan hirisan daun, cili api dan halia, goreng hingga naik bau. Masukkan semua sos, madu, jus lemon dan air, kacau sebati hingga mendidih dan pekat. Perasakan garamnya.
Masukkan ketam, gaul hingga sebati dengan sos. Biarkan hingga kuah sedikit kering.
Hidangkan.

*************

Waktu dok tinjau2 di bahagian sayur, terpandang sejenis sayur. Setiapkali ke pasar akak selalu termenung bila ngadap sayur ni. Kawan bagitau namanya Taumiau atau 'Pea Sprouts'. Emmm... patutlah masa akak masak cam ada bau taugeh... jenis taugeh gak ghopernya...

Masakan yang ringkas rasanya lebih sesuai. Jadi, masak dengan sos tiram mesti sedapkan...

Taumiau Goreng Sos Tiram

150 gm taumiau
50 gm udang - buang kepala
1 sudu kecil bawang putih cincang
1 biji bawang besar - hiris
1 batang cili merah - hiris
2 sudu besar sos tiram
minyak utk menumis

Bersihkan sayur dan toskan airnya.
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, goreng kekuningan. Masukkan udang, kacau rata. Kemudian masukkan sos tiram dan bawang besar. Kacau sebati.
Masukkan sayur dan hirisan cili, kacau gaul hingga rata. Masak hingga sayur sedikit layu.
Hidangkan.


Pakoras/Bhaji (Indian Fritters)


Frankly, akak belum pernah pun rasa hidangan ini yang disediakan oleh yang pakar. Sebelum ni akak tak pernah tau pun alkisah hidangan tersebut, maklumlah ianya bukan kelahiran tanahair kita tapi di bumi Bollywood dan Mollywood sana. Dek kerana kengkawan akak yang baru balik dari JJCM ke Ho Chin Min baru ni sibuk bercerita tentang keenakkan rasanya membuatkan akak rasa teruja untuk mencuba, jadi akak pun merayau la ke serata internet meneliti tentang kewujudan dan sekaligus mentelaah bab resipinya (ni yang penting kan...).

Hidangan ini mempunyai nama yang berbeza dari segi bahasa mengikut kawasan dan etnik tetapi pada asasnya penyediaannya tidak jauh berbeza antara satu etnik dengan etnik yang lain. Sila rujuk Wikipedia di sini. Senang cerita ianya sama seperti cucur di kalangan masyarakat kita tetapi uniknya Pakoras ini adalah rempah ratusnya membuatkan rasanya sangat berbeza.

Berdasarkan pengalaman kawan2 akak tu, berpandukan video2 yang terdapat di internet, akak cuba beberapa kali mengikut citarasa akak sendiri.

Pakora Bawang

1 biji Bawang besar - hiris
1 biji Kentang - kupas dan hiris memanjang
1 batang cili hijau - hiris
1 pokok Daun Ketumbar, Daun bawang, Daun Sup - hiris

Tepung kacang kuda - secukupnya
1 st garam masala
1 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan
1/2 st serbuk kunyit
1 st serbuk cili
1/2 st pes halia
1 st bwg putih cincang
1 st garam
air

Masukkan bahan sayur ke dalam mangkuk besar. Masukkan kesemua bahan rempah, halia, bawang putih dan garam. Gaul hingga rata.
Gaulkan tepung kacang kuda hingga menyaluti seluruh bahan sayur tadi. Tambahkan sedikit air dan gaul sebati supaya tepung melekat pada sayuran.
Goreng dalam minyak panas seperti menggoreng cucur. Goreng hingga bertukar warna keemasan.



Pakora Peria Katak
(Asasnya sama tapi ada penambahan bahan dibuat).
2 biji peria katak - hiris nipis, basuh dgn air garam dan toskan
1 biji Bawang besar - hiris
1 biji Kentang - kupas dan hiris memanjang
1 batang cili hijau - hiris
2 pokok Daun Ketumbar - cincang

Tepung kacang kuda - secukupnya
2 sudu besar tepung beras
1 st garam masala
1 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan
1/2 st serbuk kunyit
1 st serbuk cili
1/2 st pes halia
1 st bwg putih cincang
1 st garam
air

Masukkan bahan sayur ke dalam mangkuk besar. Masukkan kesemua bahan rempah, tepung beras, halia, bawang putih dan garam. Gaul hingga rata.
Gaulkan tepung kacang kuda hingga menyaluti seluruh bahan sayur tadi. Tambahkan sedikit air dan gaul sebati supaya tepung melekat pada sayuran.
Goreng dalam minyak panas seperti menggoreng cucur. Goreng hingga bertukar warna keemasan.


** Pilihan sayuran mengikut citarasa masing2. Sedap dimakan bersama sos cili atau sambal tumis (yg ni ikut selera akak).