Tuesday, January 17, 2012

Pecel Pari/Tuka

Dah lama teringin nak buat tapi tak ada kekuatan. Memerah otak nak ingat balik semua bahan2 yang digunakan. Sudah puluhan tahun ditinggalkan. Kedua orang tua pun dah tak ada nak tanya.

Dulu kalau arwah emak atau arwah bapak buat, tanya ni apa? Mereka jawab 'Pecel'. Memang tersematlah di sanubari rasa pecel nih. Agaknya mereka jer yang panggil dengan nama tu. Tapi bila dok KL, bila sebut pecel, jangan kata rasa, rupa pun lain. Puas la tanya, semua jawaban tak berapa 'match' ngan apa yang ada di kepala.Setelah puas pusing keliling alam siber ni, rupa2nya ianya sama dengan 'masak cekur'. Memang bahan utama ada cekur atau kencur dalam bahasa jawa, barulah cukup rasanya. Yang tak best nih, puas keliling, cari daun cekur tak der pulak. Sampai ke pasar cari, memang tak ada rezeki. Nasib baik bijinya ada, cukuplah cuma kurang meriah tak nampak daun2 nya dalam kuah.

Cukup senang penyediaannya. Ikan perlu di panggang dan kuah santannya kalau buat sikit untuk sekali makan, tidak perlu la masak. Tapi arwah mak dan bapak suka kacau atas api hingga mendidih sedikit, katanya supaya tidak cepat basi. Ye la kan... dulu2 mana ada peti ais...
Selain ikan pari/tuka, boleh gak ganti dengan ikan jenis lain seperti cencaru atau kembung panggang. Ikan keli (lele) pun selalu digunakan (keluarga akak tidak berapa pandai makan ikan keli). Kalau nasib baik, sesekali Arwah bapak turun ke dapur, dia suka buat pecel terung (kena panggang jugak). Kami makan hingga jilat jari...

Pecel Tuka

2 ekor ikan pari tuka – panggang dan siat2kan
100ml pati santan + ½ cawan air masak
10 biji cili padi yang masih hijau
2 biji isi kencur (cekur)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
Sedikit belacan
garam & gula
2 helai daun kencur - mayang (kalau akak suka siat2 jer tp kali ni tak jumpa daun, cuma ada buah jer)

Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Panggang hingga masak.
Tumbuk cili padi bersama belacan, bawang merah, bawang putih, halia dan isi kencur (cekur).
Campurkan semua bahan tumbuk ke dalam bancuhan santan. Campurkan garam, gula dan daun kencur.
Kacau di atas api sederhana hingga mendidih.
Masukkan ikan yang telah dipanggang dan disiat2 tadi.
Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.

Atau:
Campurkan semua bahan tumbuk ke dalam bancuhan santan, campurkan garam, gula dan daun kencur. Kacau sebati.
Letakkan ikan pari di atas pinggan dan tuangkan kuah santan.


5 comments:

Cendana Kasih said...

ni respi org jawa kan...pernah dengar pecel lele, rupanya ikan keli yer....

Ely Hasrul said...

nih mmg faveret sy dgn mak, selalu mkn samada dgn pari atau ayam, sedap gak kalu ayam. mmg panggil masak kencur. ayam tu pas bakar/panggang atau goreng patu siat2 aje cmpak dlm tuh.. hishh sedap nyee.. blk minggu nih nk suh mak buat lagik la..

Adibah Hambali said...

mama ghok, ehehe.. kalo mak mentua sy kan, dia guna ikan keli bako... sedap nyeee...

nanaiman said...

SALAM,
1ST TIME BACA BLOG NIH
KELUARGA SAYA PUN PANGGIL MASAK "PECEL"
MMG SEDAP TAK TERKATA...ARWAH AYAH KALO KAMI BLK KG SELALU BUAT..DENGAN AYAM . IKAN KELI, IKAN PARI...MMMMM MMG SEDAP
SEKARANG NI SAYA PEWARISNYA YG AKAN BUAT SETIAP KALI BLK KG MASAK UNTUK MAK PULAK...
DAUN KENCUR TU KAT PASAR MMG TAK PERNAH JUMPA.. ADER GAK SAYA TANAM BIJI KENCUR TU TUMBUH LA DAUN..LEPAS LA UNTUK PECEL SESEKALI..
LAGI PEDAS LAGI SEDAP :)

Penyulawa aka Mama Ghock said...

apsal kat blog ni x der ruang reply utk komen2 eh... akak ni bukan pandai nya... hahahaha... timakasih ler pada pengkomen2 nih... kalau ada like button semua akak tekan jer...