Monday, April 9, 2012

Mi Kicap

Wah... dah seminggu akak tidak memasak rupanya.  Selama tu jugak la akak sekeluarga dilanda musibah - cirit birit (dalam nada cantik kengkawan FB guna term 'cherry berry' - baru ni la akak tau deknon).  Aduhai seksanya kau...

Mula2 En Tuan Tanah, tak tau dia makan apa; sebab apa kami makan semua sama melainkan lepas Jumaat minggu lepas tu, dia singgah ngeteh seperti biasa la - itu jer yang lainnya.  Malamnya dia tak tidur malam asyik dok 'check-in' kat bilik tecit tu dan kadang2 muntah.  Akhirnya pergi hospital jugak ambil ubat.

Kemudian anak dara belanja makan beger kat restoran makanan segera, almaklum kemaruk gamaknya baru habis latihan PLKN.  Macam biasa order burger kegemaran - beger besor (1 setiap org), kentang goreng, pai epal dan ayam goreng.  Tapi Papa dia cuma makan ayam goreng dan kentang sahaja.  Yang lain tibai beger jugak.  Malam tu kami bertiga pulak yang ambil giliran untuk 'check-in'.  Adik pergi sekolah cam biasa tapi cikgu panggil papa untuk ambil dia bawak balik sbb dah lembik.  3 hari menanggung cherry berry dan muntah2... tak larat makan dah cuma kami minum air banyak2... Alhamdulillah, akhirnya kini semua sudah pulih kembali.

Bila keadaan dah stabil begini baru syok nak masak kan...

Jadi kali ni akak masak yang simple jer atas permintaan semua sebab untuk makan nasi masih belum datang selera lagi.


Ini kali kedua akak buat mee kicap nih.  Aritu kat kampung buat konon cuma untuk menarik selera makan supaya perut tak kosong terus.  Terasa sedap kat tekak la pulak. (akak ni sebenarnya tak berapa suka makan atau masak terlalu menggunakan kicap... :P).  Tapi kali ni memang akak betul2 terpikat (bukan nak puji akak masak sedap ye... ikut tekak memasing ler... :D), terpaksa akur dengan selera majoriti dalam rumah nih...

Mi Kicap

Bahan2:
400 gm mee kuning (yang ni akak guna mee kering import dari Tawau pemberian anak buah)
1 batang lobak merah ukuran kecil - buang kulit dan potong ikut suka
5 batang putik jagung - potong ikut suka
1 biji tomato - potong baji
1 pokok daun sawi (kailan pun boleh jugak)
1/2 cawan kicap (nak lebih pun boleh - ikut selera)
1/4 cawan air
minyak untuk menumis

Bahan Perapan (satukan semua bahan, gaul dan perap seketika)
100 gm isi ayam
1 sudu besar kicap tiram
1 sudu besar kicap lemak manis
1/2 inci halia + 1 ulas bawang putih --> ditumbuk lumat
1 sudu kecil sunquick oren
sedikit lada hitam

Bahan tumis (tumbuk lumat/kisar)
3 biji bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
4 biji cili api - ketuk sedikit

Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis dan cili api, kacau hingga naik bau.  Masukkan bahan perap, goreng hingga daging ayam separuh masak.  Masukkan kicap dan air.  Biar mendidih.
Masukkan lobak merah masak hingga empuk dan kemudian masukkan putik jagung, sawi dan tomato.
Gaul rata kan mee ke dalam kuah.
Siap untuk dihidang.


Selamat mencuba!!!

Note:
Sayur tu ikut la pilihan masing2. Begitu jugak ayam, nak ketul besor pun boleh...



1 comment:

Cik Kamoo said...

sedapnye....harus cuba masak nanti