Monday, June 15, 2009

Reben Goreng


Rajinnya semalam, buat reben goreng ni. Ada 2 sebab, untuk sahur dan untuk bekfes anak2 sebelum ke sekolah. Tapi depa ni dah plan awal dah... nak jadikan bekal jugak. Macam biasa nak jamu kawan2. Heemmm... sukati korang lah asal tak terbuang.

Lagi satu, pasta reben ni dapat dalam hamper, takut lak nanti ter'expire' kan... maklum rajin bebenor nyinsing (pinjam perkataan si Shiela tu...) lengan ke dapur. Tekak melayu ni tetap melayu, pedas masam manis masin mesti balance. No Italiano... hahahaha... bahan tu nampak jer banyak, sebenornya sikit jer...


REBEN GORENG

1 paket pasta reben (apo namo tah) - rebus dan tereskan
100g tomato puree
1 biji bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - cincang
3 biji cili padi - cincang
1 senduk kecil cili kisar
1 sudu besar sos tiram
100g udang - buang kepala
1 batang lobak merah - sagat kasar (malas nak hiris sebenarnya)
1 batang celery - dadu
3 batang kek ikan - hiris
4 biji jagung bayi - hiris (hahahaha... baby corn ler...)
4 sudu besar EVOO (extra virgin olive oil)
garam secukup rasa
air panas jika perlu

Panaskan EVOO dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga kuning keemasan, masukkan cili kisar. Masak hingga air kering. Masukkan tomato puri dan sos tiram, kacau sebati biarkan sebentar.
Masukkan udang, kek ikan dan sayur mayur apabila terbit minyak. Perasakan garam. Tambah air jika perlu.
Masukkan pasta reben dan sebatikan bumbunya. Goreng selama 5 minit.
Siap untuk dihidang.


Selamat Mencuba!!!


2 comments:

blogresipi said...

Akak..mule2 baca ingatkan rebung goreng..hehe... reben rupenye. Kite pun kadang masak pasta ala2 goreng mee jer..hehe

MamaFaMi said...

Aduhai, sedapnya nampak reben goreng Anim ni... Kalau boh taugeh banyak-banyak, lagi syiok kot! Hehehe... me oso no italiano... me melayu!