Monday, January 31, 2011

Sambal Ikan Parang Goreng

Agak2 selera tak tengok sambal nih? Pelik ke namanya? Dulu2 masa kat kampung, biasalah mana ada peti aiskan. Ikan goreng semalam yang tak habis tu takkan terbuang. Bila dah lama2 kita lupa bab2 gini... cam dah senang sikit gitu... tak habis jer buang...

Satu hari kita masa jalan2 dari blog ke blog, kita terjumpa kat rumah satu kawan ni bagaimana dia memanfaatkan ikan goreng semalam yang tak habis seperti yang emak dia pernah buat. Baru la teringat semula zaman dulu2... Terimakasih kat "Cak" kerana membuatkan kita dapat menikmati kembali juadah dulu2...

resipi simple jer... sukatan tu ikut suka tapi ini yang kita buat aritu:

1 hiris ikan parang goreng - asingkan isi dah tulangnya
5 biji cili merah
5 biji cili padi

lumatkan kesemua bahan. kalau rasa tak cukup masin, buleh tambah sedikit garam.
siap untuk dihidang bersama nasi panas.

Wallah!!!!

1 comment:

Latiolicious Lady said...

teringat arwah emak, t kasih kak upload resepi ni. esok blhlah buat.