Tuesday, November 8, 2011

Daging Dendeng


Hari ini akak masak ikut selera tuan besar rumah ni. Semalam dia tertonton rancangan Wanita Hari Ini di TV3, demo masakan Daging Dendeng. Terus jer cakap, 'Mama, buat la ye... mesti sedap.' Mak aiiii... seumur idup akak ni, dengar ada ler, makan tak pernah sekali apa lagi nak memasaknya. Apalagi 'blogwalking' lah jawabnya... Jumpa la resipi yang bersesuaian sebagai rujukan di rumah blogger tersohor kita Che Mat Gebu yang dibawa dari rumah Ummi Zahidi dari Kuantan. Pergghhh!!! Jauh tu dari Kuantan ke Sedenak naik pulak ke Rawang... ahaks!

Hasilnya memang mabeles beb!!! Kena pulak nasi panas2... terangkattttt!!! Jangan terkejut lak bila baca resipi asal kuantiti bawang merah sama dengan kuantiti daging. Memang betul tu bukan salah taip pun. Dari demo di TV tu pun bagitau camtu gak. Tapi resipi akak kat bawah ni akak ikut selera sendiri jer... hehehe... ya ampuuunnnnn... jangan marah CMG dan Kak Ummi ye... Bahan2 lain tu pandai2 lah adjust ikut selera ye...

Daging Dendeng
700 gm daging segar (akak guna daging tiada urat/lemak) - rebus, hiris nipis dan ketuk
200 gm bawang merah - hiris untuk dibuat bawang goreng
3 senduk kecil cili kisar
2 senduk bawang kisar
1/2 ketul (150gm) gula melaka - hiris
100 ml air asam jawa (pekat)
3 sudu besar kicap
garam secukupnya
Minyak goreng secukupnya

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng daging rebus yang telah dihiris dan diketuk tadi. Angkat dan toskan.
Kurangkan minyak hingga tinggal lebihkurang 1/2 cawan sahaja. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, kicap, gula melaka dan garam secukupnya. Sebatikan dan biar hingga terbit minyak.
Masukkan daging dan bawang goreng. Gaul sebati. Sesuaikan rasanya.
Hidang.


Mantap!!! Makan dengan roti pun sedap nih...


No comments: