Tuesday, May 12, 2009

Ubi Rebus & Sambal Tumis Cili Api


Eeemmm... yummy!!! Ubi rebus colek dengan sambal tumis cili api...Wallah!!! Untuk breakfast last weekend. Dah lama sungguh tak makan macam ni. Takut tak der yang sudi nak join makan... Maklum makanan orang kampung, lakiku sendiri pun tak pernah makan camni katanya... tp bila dah cuba, hah! ambik kau... heehehe...

Tak lama dulu Iman minta nak makan ubi rebus dengan gula. Dah buat tapi dia makan sikit. Kita dah bagi tau dia, kalau makan ngan sambal tumis atau sambal belacan atau paling tidak dengan ikan masin lebih sedap. (Sebenarnya nak elakkan dia ambil gula berlebiha, dia memang suka manis). Tak sangka anak aku yang sorang ni memang selera kampung. Permintaan dia memang pelik la... kebanyakkannya makanan masa kita kecik2 dulu... mana dia belajar pun tak tau la...

Tapi kerana permintaan dia la kami sekeluarga dapat merasakan dan mengajar tentang makanan waktu dulu2 dan bercerita tentang zaman kanak2 emaknya nih... Keluarga kita memang susah dulu2 berbanding keluarga mat rock. Kita bangga dapat perkenalkan kepada anak2 dan bapanya apa yang pernah jadi kesukaan kita dulu...

Jangan tak tau, satu mangkuk sambal tu habis jadi colek ubi rebus. Pedas tu... tapi masing2 makan tak ingat dunia...



Sambal Tumis Cili Api
1/2 cawan cili api
5 biji bawang merah
belacan
ikan bilis
perahan asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Tumbuk cili, bawang merah, belacan dan ikan bilis. Jangan terlalu lumat.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau dan terbit minyak.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau sebati dan biar hingga sedikit kering.
Hidangkan.



3 comments:

aziezd said...

memang best pun kalau dpt mkn mcm tu....
teringat masa dulu2 kat kg...
mkn kita kenalah kita perkenalkan kat anak2 agar x hilang di telan zaman...
kalau mkn masa lepas hujan kena gan air kopi lg best tu...

arashiela said...

nim...sedapnya ubi rebus ..dah lama aku tak makan.

MamaFaMi said...

Mak suka ubi rebus dan juga ubi goreng. Cicah dengan sambal udang... perghhh terangkat!