Sunday, April 18, 2010

BBQ Lamb & Asam Pedas Kepala Patin


nak bagi nama apa tah...

Ada lamb bbq lebihan geder2 minggu lepas. Dah macam2 makan masa tu, lamb pun mcm x der sambutan. Tak tau nak buat apa, rebus semula, api sederhana, hingga daging terpisah dari tulang. toskan airnya, hiris2... tumis bawang+halia+cili merah+batang seleri... garam secukup rasa. dah tu perahkan jus lemon. sedia utk dihidang.

tak membazir kan?


Asam Pedas Kepala Ikan Patin. Tinggal kepala jer, hak dagingnya dah kena pais minggu sudah. Resipi sama jer cam selalu... main lebur2 jer...

Tuesday, April 13, 2010

Pais Ikan Patin


Ikan Patin adalah sejenis ikan sungai. Senang didapati di negeri Pahang terutama di kawasan Temerloh sehingga ia diberi gelaran Bandar Ikan Patin. Kebanyakkan pengusaha komersial di sana membela patin dengan kaedah sangkar dalam sungai. Setakat hari ini harga bagi sekilo patin sangkar adalah RM15 berbanding yang ditangkap liar adalah jauh lebih mahal.

Berlainan pula di daerah2 lain atau di negeri2 lain, ikan patin dibela di dalam kolam dan dijual dengan harga serendah RM5 sekilogram. Jauh bezanya bukan? Rasanya juga berbeza.

Jika anda penggemar ikan sungai, anda pasti tidak akan berkira tentang harga dan sanggup membayar berapa sahaja harganya.

Mari kita cuba membuat pais cara orang Pahang.


Pais Ikan Patin

1 potong ikan patin segar - dibersihkan
4 sudu besar tempoyak
1 inci kunyit hidup
5 biji cili api
4 tangkai daun kesum - dihiris halus
garam secukup rasa

daun kunyit
daun pisang

Lumatkan kunyit dan cili api. Campurkan ke dalam tempoyak. Gaulkan sekali hirisan daun kesum. Perasakan dengan garam.
Susunkan daun kunyit, ambil separuh campuran tempoyak dan letakkan di atas daun kunyit. Letakkan ikan di atasnya. Tutupkan ikan dengan lebihan tempoyak tadi. Bungkus dengan daun kunyit tadi.
Kemudian bungkus sekali lagi dengan menggunakan daun pisang. Bungkus kemas2 supaya bahan dalam tidak terkeluar.
Panggang di dalam kuali dengan api perlahan sehingga masak.