Tuesday, April 13, 2010

Pais Ikan Patin


Ikan Patin adalah sejenis ikan sungai. Senang didapati di negeri Pahang terutama di kawasan Temerloh sehingga ia diberi gelaran Bandar Ikan Patin. Kebanyakkan pengusaha komersial di sana membela patin dengan kaedah sangkar dalam sungai. Setakat hari ini harga bagi sekilo patin sangkar adalah RM15 berbanding yang ditangkap liar adalah jauh lebih mahal.

Berlainan pula di daerah2 lain atau di negeri2 lain, ikan patin dibela di dalam kolam dan dijual dengan harga serendah RM5 sekilogram. Jauh bezanya bukan? Rasanya juga berbeza.

Jika anda penggemar ikan sungai, anda pasti tidak akan berkira tentang harga dan sanggup membayar berapa sahaja harganya.

Mari kita cuba membuat pais cara orang Pahang.


Pais Ikan Patin

1 potong ikan patin segar - dibersihkan
4 sudu besar tempoyak
1 inci kunyit hidup
5 biji cili api
4 tangkai daun kesum - dihiris halus
garam secukup rasa

daun kunyit
daun pisang

Lumatkan kunyit dan cili api. Campurkan ke dalam tempoyak. Gaulkan sekali hirisan daun kesum. Perasakan dengan garam.
Susunkan daun kunyit, ambil separuh campuran tempoyak dan letakkan di atas daun kunyit. Letakkan ikan di atasnya. Tutupkan ikan dengan lebihan tempoyak tadi. Bungkus dengan daun kunyit tadi.
Kemudian bungkus sekali lagi dengan menggunakan daun pisang. Bungkus kemas2 supaya bahan dalam tidak terkeluar.
Panggang di dalam kuali dengan api perlahan sehingga masak.

2 comments:

Ermayum said...

saya memang orang kuat tempoyak kak but tak pernah la pulak dgr pais tu - macam gini rupanya hmm terliur :)

Penyulawa (Kak Anim) said...

cuba la... pasti menjilat jari... confirm!