Showing posts with label Patin. Show all posts
Showing posts with label Patin. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Patin Tempoyak Belimbing Buluh & Brokoli Goreng Udang

Ni kisah weekend lepas, baru ni ada masa nak buat entry. Hidangan untuk meraikan tetamu (Pak Teh dan familinya) yang bertandang. Happy jer, hilang penat memasak bila tetamu seronok berselera makan masakan kita. Rasa lapar pun hilang.

Ada patin tempoyak (rupa2nya anak buah tu mmg dah lama minta nak makan patin dr mak ayahnya tp tak tau nak cari kat mana), kebetulan ada belimbing buluh dari Sedenak... (ahak! bekalan dari Che Mat Gebu masa kita bertandang ke rumahnya beberapa minggu lepas), kita masukkan sekali. Emmm... memang jempol!!!! Terimakasih CMG... kita suka, ada lagi koling2 ye... :D

Buat Sambal Hitam (memang dah ada belimbing siap rebus dalam peti es) dan goreng brokoli (request dr anak dara) jer. Lepas tu buat bubur skoteng, utk minum petang, tp terlupa nak posingkan. Samosa dan sardin roll mmg dah ada dalam freezer.


Patin Tempoyak Belimbing Buluh
1 ekor patin dibersihkan
6 biji belimbing buluh (belah 2)
4 sudu besar tempoyak
10 butir cili padi
2 inci kunyit
garam secukupnya

lumatkan cili padi dan kunyit. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan tambahkan air. Masak hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya.


Brokoli Goreng dengan Udang
Brokoli - potong kecil sesedap selera
10 ekor udang
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk/cincang
1 batang cili - hiris serong
1 senduk air rebusan tulang
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Panaskan minyak, goreng bawang dan cili, masukkan udang dan brokoli, tambahkan air rebusan tulang. Biar mendidih hingga bawang layu. Perasakan garamnya. Tutup api.


Sambal Hitam - untuk resipi sila lihat entry terdahulu.

Thursday, July 7, 2011

Masak apa aja

beberapa hari ni agak kesibukkan sikit... ntah apa yang disibukkan, kita pun tak tau la... dah nak puasa, biskut tak mula lagi. selain sibuk melukis biskut tempahan, kita pun saja la sibuk nak menyibuk nak menyahut cabaran konon sehebat chef gitu... hehehehe... kira asik dengan R&D nya la, sampai nak masak pun main campak2 tangkap muat asal boleh telan jer. Nak update blog lagi la payah... huhuhu... sorry la ye kengkawan follower yang kita sayangi, memang makcik tak sompek...

ni jer la yang kita sempat sediakan untuk beberapa hari ni... selebihnya, kedai mari... hahahaha...


sotong masak serai - ringkas saja
sotong - bersihkan
bawang besar + bawang putih + halia - hiris
serai - hiris halus
cili merah - hiris
asam keping
garam secukup rasa
minyak utk menumis

panaskan minyak, tumiskan bahan hiris hingga naik bau.
masukkan sotong dan asam keping, kacau rata biar hingga sotong masak.
perasakan garam.


asam pedas ikan pari - resipi dah ada sebelum ni, cuma yg ini ditambahkan belacan dan campakkan serai yang diketuk semasa menumis.


tak tau apa nama sayur ni, goreng dengan udang geragau sebagai perencah. suruh anak dara yang masak sebab simple jer, bior dia belajo untuk diri dia jugak.


patin tempoyak - kegemaran orang2 dalam rumah. resipi simple jer:

tempoyak + kunyit hidup + cili api - sebatikan.
air secukupnya
garam secukup rasa
asam keping (jika tempoyak tidak cukup masamnya)
ikan patin - dibersihkan

masukkan semua bahan dalam periuk. didihkan sehingga ikan masak sepenuhnya.



kita memang suka kalau masak tidak pening kepala... campak jer...

Sunday, April 18, 2010

BBQ Lamb & Asam Pedas Kepala Patin


nak bagi nama apa tah...

Ada lamb bbq lebihan geder2 minggu lepas. Dah macam2 makan masa tu, lamb pun mcm x der sambutan. Tak tau nak buat apa, rebus semula, api sederhana, hingga daging terpisah dari tulang. toskan airnya, hiris2... tumis bawang+halia+cili merah+batang seleri... garam secukup rasa. dah tu perahkan jus lemon. sedia utk dihidang.

tak membazir kan?


Asam Pedas Kepala Ikan Patin. Tinggal kepala jer, hak dagingnya dah kena pais minggu sudah. Resipi sama jer cam selalu... main lebur2 jer...

Tuesday, April 13, 2010

Pais Ikan Patin


Ikan Patin adalah sejenis ikan sungai. Senang didapati di negeri Pahang terutama di kawasan Temerloh sehingga ia diberi gelaran Bandar Ikan Patin. Kebanyakkan pengusaha komersial di sana membela patin dengan kaedah sangkar dalam sungai. Setakat hari ini harga bagi sekilo patin sangkar adalah RM15 berbanding yang ditangkap liar adalah jauh lebih mahal.

Berlainan pula di daerah2 lain atau di negeri2 lain, ikan patin dibela di dalam kolam dan dijual dengan harga serendah RM5 sekilogram. Jauh bezanya bukan? Rasanya juga berbeza.

Jika anda penggemar ikan sungai, anda pasti tidak akan berkira tentang harga dan sanggup membayar berapa sahaja harganya.

Mari kita cuba membuat pais cara orang Pahang.


Pais Ikan Patin

1 potong ikan patin segar - dibersihkan
4 sudu besar tempoyak
1 inci kunyit hidup
5 biji cili api
4 tangkai daun kesum - dihiris halus
garam secukup rasa

daun kunyit
daun pisang

Lumatkan kunyit dan cili api. Campurkan ke dalam tempoyak. Gaulkan sekali hirisan daun kesum. Perasakan dengan garam.
Susunkan daun kunyit, ambil separuh campuran tempoyak dan letakkan di atas daun kunyit. Letakkan ikan di atasnya. Tutupkan ikan dengan lebihan tempoyak tadi. Bungkus dengan daun kunyit tadi.
Kemudian bungkus sekali lagi dengan menggunakan daun pisang. Bungkus kemas2 supaya bahan dalam tidak terkeluar.
Panggang di dalam kuali dengan api perlahan sehingga masak.

Thursday, May 21, 2009

Patin Tempoyak

Juadah yang kita bawak masa 'pot luck lunch' bulan lepas kat office. Buat yang simple2 jer... 3 ekor patin dikorbankan. Ramai yang ambil kesempatan membedal patin tempoyak nih... maklum ler free kan... kalau makan kat kedai sure kena sembelih... biasala harga ikan sungai bukannya murah, lebih2 lagi yang siap di masak.

Jangan terkejut dengan harganya kerana ada yang mencecah sampai RM300/kg tau... So, kalau nak makan ikan sungai di kedai, bersiap sedialah dengan poket yang penuh ye...


Ok, mari kita belajar masak sendiri. Ini resipi dari Kg Bapong, Kuala Lipis - pak sedara mat rock yang ajar. Bahan2 tu pepandai la adjust ikut kesesuaian banyak mana ikannya ye...


Patin Tempoyak

3 ekor Ikan Patin - dipotong dan dibersihkan
kunyit hidup (serbuk buleh juga, tp yg fresh lebih sodap)
cili api (kalau nak berasap, sendiri mau ingat ler yek)
500gm tempoyak
garam secukup rasa
air secukupnya


Lumatkan kunyit dan cili api.
Dalam periuk, campurkan semua bahan kecuali ikan. Didihkan atas api sederhana.
Masukkan ikan dan biarkan mereneh hingga ikan masak.



Perhatian:

  • Didihkan kuah dahulu jika masak dalam jumlah yang banyak supaya ikan tidak hancur.

  • Tambahkan asam keping jika tempoyak anda tidak cukup masam.
  • Kuantiti air adalah mengikut kepekatan yang anda kehendakki.

Senangkan? Selamat mencuba!!

Wednesday, February 4, 2009

Patin Tempoyak Terung Asam

Kat bawah ni resipi orang Pahang tapi dah dikawinkan dengan Negeri Sarawak sebab asam keping (dimasukkan untuk mendapat lebih rasa masam) digantikan dengan Terung Asam. Meh tengok... pastu buleh cuba... resipi memang simpel. Kita belajar dari Pak Sedara Mat Rock di Kuala Lipis.
Patin Tempoyak Terung Asam

1 ekor ikan patin - dibersihkan
2 inci kunyit sebesar ibu jari
10 butir cili padi - pedas ni, kalau nak lebih lagi tambah la lagi
3 sudu makan tempoyak
1/2 biji terung asam - potong baji dah hiris nipis (yg ni tak di ajar, kita pandai2 sendirik)
garam secukup rasa

Tumbuk kunyit, garam bersama cili padi hingga lumat. Gaul dengan tempoyak. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan air mengikut kuantiti yang dikehendakki. Masak hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya kira2 15 minit. Hidangkan.

Patin Goreng Berlada


1 whole ikan patin (around 600 gm) - cleaned
1 tbsp turmeric powder
1/2 tbsp salt
3 cloves garlic - pounded
1 big onions - sliced
2 scoops of blended chillies
1 1/2 tbsp vinegar
salt to taste
Cooking oil


  1. Mix the patin with turmeric powder and salt. Bring to fry until golden & little bit crispy. Keep aside.

  2. Heat 3 tbsp of cooking oil in a pan. Fry the garlic till golden, put in the chillies (blended) stir-fry till the chillies a bit dry. Add in vinegar, sugar and salt. Add in the sliced onion and the patin. Mix well.

  3. Ready to serve.