Showing posts with label Tempoyak. Show all posts
Showing posts with label Tempoyak. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Patin Tempoyak Belimbing Buluh & Brokoli Goreng Udang

Ni kisah weekend lepas, baru ni ada masa nak buat entry. Hidangan untuk meraikan tetamu (Pak Teh dan familinya) yang bertandang. Happy jer, hilang penat memasak bila tetamu seronok berselera makan masakan kita. Rasa lapar pun hilang.

Ada patin tempoyak (rupa2nya anak buah tu mmg dah lama minta nak makan patin dr mak ayahnya tp tak tau nak cari kat mana), kebetulan ada belimbing buluh dari Sedenak... (ahak! bekalan dari Che Mat Gebu masa kita bertandang ke rumahnya beberapa minggu lepas), kita masukkan sekali. Emmm... memang jempol!!!! Terimakasih CMG... kita suka, ada lagi koling2 ye... :D

Buat Sambal Hitam (memang dah ada belimbing siap rebus dalam peti es) dan goreng brokoli (request dr anak dara) jer. Lepas tu buat bubur skoteng, utk minum petang, tp terlupa nak posingkan. Samosa dan sardin roll mmg dah ada dalam freezer.


Patin Tempoyak Belimbing Buluh
1 ekor patin dibersihkan
6 biji belimbing buluh (belah 2)
4 sudu besar tempoyak
10 butir cili padi
2 inci kunyit
garam secukupnya

lumatkan cili padi dan kunyit. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan tambahkan air. Masak hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya.


Brokoli Goreng dengan Udang
Brokoli - potong kecil sesedap selera
10 ekor udang
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk/cincang
1 batang cili - hiris serong
1 senduk air rebusan tulang
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Panaskan minyak, goreng bawang dan cili, masukkan udang dan brokoli, tambahkan air rebusan tulang. Biar mendidih hingga bawang layu. Perasakan garamnya. Tutup api.


Sambal Hitam - untuk resipi sila lihat entry terdahulu.

Sunday, March 27, 2011

Sambal Petai Tempoyak Ikan Bilis


I think we should be proud to introduce our own local traditionally prepared food to our youngsters and encourage them to feel how delicious to eat. That's why I tried the very best of me to learn and get knowledge of any 'oldies' food which hardly found in most restaurant nowdays eventhough they're very simple and easy to prepare. Only that the ingredient used - no longer in favourite to some modern people. If we continuously ignoring those delicacies, they will totally out of sight in the future, and the heritage will gone forever. Food is heritable from generation to generation.

This is a cuisine from Pahang state - which to me the basic to many other recipe from another states by adding-in vegetables such as boiled tapioca leaves, or any other greeny.
Sambal Petai Tempoyak Ikan Bilis

1 cup of petai beans - sliced
5 tablespoonfuls Tempoyak (fermented durian paste)
1/2 cup 'ikan bilis' or dried anchovies
salt to taste
1 big onion - sliced
4 tbsps cooking oil
tumeric leaf - thinly sliced (I skipped as not available in my stock)

pounded:
*10 pcs bird chilies
*5 shallots
*2 cloves garlic
*1 inch tumeric

Heat cooking oil. Stir fry pounded ingredients to fragrance.
Add in tempoyak, petai, and anchovies. Add in somewater if needed. Cook the petai to tender.
Add in sliced onion and tumeric leaf, simmer a couple of minutes.
Serve.

Thursday, May 21, 2009

Patin Tempoyak

Juadah yang kita bawak masa 'pot luck lunch' bulan lepas kat office. Buat yang simple2 jer... 3 ekor patin dikorbankan. Ramai yang ambil kesempatan membedal patin tempoyak nih... maklum ler free kan... kalau makan kat kedai sure kena sembelih... biasala harga ikan sungai bukannya murah, lebih2 lagi yang siap di masak.

Jangan terkejut dengan harganya kerana ada yang mencecah sampai RM300/kg tau... So, kalau nak makan ikan sungai di kedai, bersiap sedialah dengan poket yang penuh ye...


Ok, mari kita belajar masak sendiri. Ini resipi dari Kg Bapong, Kuala Lipis - pak sedara mat rock yang ajar. Bahan2 tu pepandai la adjust ikut kesesuaian banyak mana ikannya ye...


Patin Tempoyak

3 ekor Ikan Patin - dipotong dan dibersihkan
kunyit hidup (serbuk buleh juga, tp yg fresh lebih sodap)
cili api (kalau nak berasap, sendiri mau ingat ler yek)
500gm tempoyak
garam secukup rasa
air secukupnya


Lumatkan kunyit dan cili api.
Dalam periuk, campurkan semua bahan kecuali ikan. Didihkan atas api sederhana.
Masukkan ikan dan biarkan mereneh hingga ikan masak.



Perhatian:

  • Didihkan kuah dahulu jika masak dalam jumlah yang banyak supaya ikan tidak hancur.

  • Tambahkan asam keping jika tempoyak anda tidak cukup masam.
  • Kuantiti air adalah mengikut kepekatan yang anda kehendakki.

Senangkan? Selamat mencuba!!

Thursday, February 5, 2009

Pais Ayam

Kita buat Pais Ayam ikut style orang Kuala Medang, Pahang. Pais orang Pahang menggunakan Tempoyak sebagai salah satu bahan utama untuk menyalut ikan sungai seperti Patin (berdaging lembut), kemudian dibungkus dengan daun kunyit dan daun pisang sebelum memanggangnya. Ikan2 laut yang kat pasar tu pun boleh sebagai gantinya. Di tengah bandar ni kan susah nak dapat ikan sungai. Kali ini kita sengaja tukar kepada ayam.

Jom tengok resipi yang original yang diberikan oleh kawan dari Kuala Medang. Kita ni kekadang suka gak ubah2 resipi dok tambah itu tambah ini, ikut sedap. Sorry ye resipi tak der sukatan, biasa la resipi orang kampung, kena pandai2 adjust, silap haribulan terlebih cili buleh mencungap macam nak terkeluar biji mata... hahaha...
Pais

A
Ikan atau Ayam - dibersihkan / fish or chicken meat - cleansed

B
20 biji Cili Api (ditumbuk) / 20 pcs small chillies (pounded)
1 cawan Tempoyak / 1 cup fermented durian paste
Hirisan daun kesum / sliced polyganum
hirisan daun kunyit / sliced tumeric leaves
garam secukup rasa / salt to taste

Untuk membungkus/For wrapping
3 helai daun kunyit / 3 pcs tumeric leaves
Daun pisang / banana leaves

Gaul semua bahan B dan ratakan pada ikan/ayam. Bungkus dengan daun kunyit kemudian bungkus lagi dengan daun pisang. Panggang di atas api perlahan sambil dibalik2kan hingga masak. Hidangkan.
Mix together ingredients B and smear evenly onto fish/chicken. Wrap with tumeric leaves and cover with banana leaves. Grill on small fire and turn frequently until cooked. Serve.

Wednesday, February 4, 2009

Patin Tempoyak Terung Asam

Kat bawah ni resipi orang Pahang tapi dah dikawinkan dengan Negeri Sarawak sebab asam keping (dimasukkan untuk mendapat lebih rasa masam) digantikan dengan Terung Asam. Meh tengok... pastu buleh cuba... resipi memang simpel. Kita belajar dari Pak Sedara Mat Rock di Kuala Lipis.
Patin Tempoyak Terung Asam

1 ekor ikan patin - dibersihkan
2 inci kunyit sebesar ibu jari
10 butir cili padi - pedas ni, kalau nak lebih lagi tambah la lagi
3 sudu makan tempoyak
1/2 biji terung asam - potong baji dah hiris nipis (yg ni tak di ajar, kita pandai2 sendirik)
garam secukup rasa

Tumbuk kunyit, garam bersama cili padi hingga lumat. Gaul dengan tempoyak. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan air mengikut kuantiti yang dikehendakki. Masak hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya kira2 15 minit. Hidangkan.

Sambal Tempoyak Pucuk Paku

I found this recipe by co-incidence. I follow my heart... My family and me like it so much eversince. Here I give you some guidelines how to prepare this dish. Sambal Tempoyak Pucuk Paku
Pucuk Paku (sometime I change to Pucuk Ubi) - plucked, cleaned & drained
2 pcs turmeric leaves - thinly sliced
1 big scoop Tempoyak (fermented durian paste )
15 stalks cili padi
1 handful Anchovies
2 stalks lemon grass - thinly sliced
3 shallots 1 small clove garlic
2 pcs dried tamarind (asam keping)
250 coconut milk (can be changed to plain water)
salt to taste
3 tbsp cooking oil

  1. Heat the cooking oil.
  2. Pound to crush the lemon grass and cili padi, then add in shallots, garlic and anchovies. Put in Tempoyak and mix well.
  3. Stir fry pounded ingredients in hot oil and add in the coconut milk (or water). Bring to boil. Add in salt, dried tamarind and Pucuk Paku. Keep stirring until the gravy thicker.
  4. Add in the sliced turmeric leaves before take off from fire.
Happy trying!!! aaahhhhhhhhhhhhh!!! its hotttttt!!!!!!!!!!!