Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Patin Tempoyak Belimbing Buluh & Brokoli Goreng Udang

Ni kisah weekend lepas, baru ni ada masa nak buat entry. Hidangan untuk meraikan tetamu (Pak Teh dan familinya) yang bertandang. Happy jer, hilang penat memasak bila tetamu seronok berselera makan masakan kita. Rasa lapar pun hilang.

Ada patin tempoyak (rupa2nya anak buah tu mmg dah lama minta nak makan patin dr mak ayahnya tp tak tau nak cari kat mana), kebetulan ada belimbing buluh dari Sedenak... (ahak! bekalan dari Che Mat Gebu masa kita bertandang ke rumahnya beberapa minggu lepas), kita masukkan sekali. Emmm... memang jempol!!!! Terimakasih CMG... kita suka, ada lagi koling2 ye... :D

Buat Sambal Hitam (memang dah ada belimbing siap rebus dalam peti es) dan goreng brokoli (request dr anak dara) jer. Lepas tu buat bubur skoteng, utk minum petang, tp terlupa nak posingkan. Samosa dan sardin roll mmg dah ada dalam freezer.


Patin Tempoyak Belimbing Buluh
1 ekor patin dibersihkan
6 biji belimbing buluh (belah 2)
4 sudu besar tempoyak
10 butir cili padi
2 inci kunyit
garam secukupnya

lumatkan cili padi dan kunyit. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan tambahkan air. Masak hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya.


Brokoli Goreng dengan Udang
Brokoli - potong kecil sesedap selera
10 ekor udang
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk/cincang
1 batang cili - hiris serong
1 senduk air rebusan tulang
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Panaskan minyak, goreng bawang dan cili, masukkan udang dan brokoli, tambahkan air rebusan tulang. Biar mendidih hingga bawang layu. Perasakan garamnya. Tutup api.


Sambal Hitam - untuk resipi sila lihat entry terdahulu.

Sunday, March 28, 2010

Nasi Beriani Udang Galah


Dah agak lama udang galah yang kak Dee bawakan dari Kuching terperap dalam freezer. Nak masak minggu lepas, mat rock tak der, nak masak hari kerja, malas la pulak. Resipi dari Chef Zam - Nasi Beriani Udang Masala dah lama tersimpan.

Banyak resipi telah di analisa, yang lomak2 tu memang dengan niat terawal 'ngga mau si...', terlintas pula dibuat beriani sebab teringat masa kita melancung ke Kuching dulu. Admire kat nasi beriani udang yang di jual di gerai di Waterfront dengan udang yang ter'catuk' berdiri... ada ka ek...

Resipi Chef Zam ni telah menarik minat kita sebab cara penyediaannya. Kita gunakan resipinya sebagai panduan tatacara manakala bahan-bahannya sememangnya kita mau menderhaka. Ya Ampunnnn Chef Zam... ku memang penderhaka resipi but I thank you. Sebenarnya bukan la nak menderhaka besar2an... tp bila minta dibelikan yogurt asli tapi yang dapat yogurt mango, terpaksa la memikirkan cara lain... huhuhu... yogurt mango tu terusla kita humban ke tekak ini...

Tak ada dalca atau pajeri cuma makan bersama jelatah dan acar buah tak tahu sapa pembuatnya... :D

Ok... meh kita mula... ini resipi olahan kita


NASI BERIANI UDANG GALAH

Bahan Nasi Beriani
4 cawan Beras Basmati – dibersihkan dan direndam 15 minit
12 cawan air atau secukupnya
Rempah kering - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, daun salam, lada hitam.

Bahan Masak Udang
3 sudu besar Minyak Sapi
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
4 biji Buah Pelaga
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
500 gm Udang galah – dibersihkan
dadih - 250 ml susu segar + 1 biji perahan lemon (yg ni, kita minta yogurt asli, tukang beli bawa balik yogurt mango... masuk perut terus la jawabnya)
1 cawan Air
3 biji Tomato - dipotong 6
3 biji Ubi Kentang - potong 4 dan goreng sehingga masak
Garam (secukup rasa)
1/2 cawan Susu + secubit Saffron/Koma-koma – dipanaskan
1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
150 gm rempah beriyani – jadikan pes
100 gm cili boh

Hiasan
Bawang Goreng
Daun Ketumbar dihiris kasar

Cara Memasak Beriani
Toskan beras dan didihkan air secukupnya bersama campuran rempah kering. Masukkan beras dan rebus hingga masak. Tapiskan.


Cara Memasak Udang
  1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk kunyit yang dikisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes beriani dan cili boh dan masak diatas api perlahan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang, dadih, air, garam, tomato, ubi kentang dan jus limau. Masak hingga kuah menjadi pekat.
  4. Letakkan satu lapisan nasi yang telah dimasak tadi kedalam periuk, berselang-seli dengan udang beriani & renjiskan campuran susu dan saffron diatasnya, tutup periuk dengan rapat.
  5. Masak bahan tadi diatas api perlahan selama 15 minit.
  6. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.




Ini resepi asal dari Chef Zam

NASI BERIANI UDANG MASALA

by Chef Zam

Bahan Nasi Beriani:
1 kg Beras Basmati – dibersihkan
Rempah kering - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, daun salam, lada hitam.

Bahan Udang Masala:
3 sudu besar Minyak Sapi
1 biji Bawang Besar }
6 ulas bawang putih } dikisar halus
2 inci Halia }
1/2 kg Udang Besar – dibersihkan
2 cawan Dadih asli
1 cawan Air
3 biji Tomato - dipotong 6
3 biji Ubi Kentang - potong 4 dan goreng sehingga masak
Garam (secukup rasa)
Jus limau nipis
1/4 cawan Susu + Saffron/Koma-koma (? sudu kecil) – dipanaskan

Rempah Kering – kisar:

1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
4 biji Cili Kering
2 sudu kecil Jintan Manis
2 sudu kecil Biji Ketumbar
10 biji Lada Hitam
1 batang Kulit Kayu Manis

Hiasan:

3 sudu besar Bawang Goreng
3 sudu besar Daun Pudina } dihiris kasar
2 sudu besar dan Ketumbar }

Cara Memasak Beriani:
Berasmati dicuci, ditoskan airnya, direbus dalam campuran rempah kering dan air secukupnya hingga masak.

Cara Memasak Udang Masala:
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk kunyit yang dikisar hingga wangi.
Masukkan kesemua rempah kering yang dikisar dan masak diatas api perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan udang, dadih, air, garam, tomato, ubi kentang dan jus limau. Masak hingga kuah menjadi pekat.
Letakkan satu lapisan nasi yang telah dimasak tadi kedalam periuk atau bekas pembakar, berselang-seli dengan udang masala & Renjiskan campuran susu dan saffron diatasnya tutup periuk dengan rapat.
Masak bahan tadi didalam oven selama 30 minit dengan kepanasan 180 darjah C ataupun diatas api perlahan selama 15 minit.
Hiaskan dengan hirisan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng.




Sunday, February 15, 2009

Udang Masak Kasturi

Source: Chek Ray of MTM
Bahan-bahan Yang Perlu

10 ekor udang besar
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
2 tomato merah
2 biji bawang besar
2 biji limau kasturi diambil airnya
2 tomato hijau secawan minyak masak garam secukup rasa
1/2 biji capsicum didadu (saja tambah, bukan dr resipi asal)


Cara memasaknya

Udang digaul dengan air limau dan garam, cili hijau, cili merah ditumbuk kasar, bawang dihiris tomato dibelah empat, panaskan minyak masukkan udang.

Setelah masak angkat udang.

Tumis bawang besar, agak masak kemudian masukan cili ditumbuk, gaul rata dengan api sederhana. Apabila naik minyak masukan udang yang sudah digoreng tadi. Gaul rata sebelum diangkat masukkan tomato dan hidangkan.


Thursday, February 5, 2009

Sambal Udang Kering

Buat banyak2 boleh simpan masuk fridge atau bekukan. Boleh makan dengan Mee Kari atau Laksa Sarawak atau apa2 hidangan yang sesuai.
1 cawan udang kering - direndam, basuh bersih toskan
500g cili boh
5 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1 batang serai - ketuk
asam keping/cuka/lemon jus
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
  • Kisar atau tumbuk udang kering hingga hancur.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Saute bawang putih hingga wangi, masukkan udang, cili dan serai. Kacau rata hingga air sedikit kering. Masukkan asam keping/cuka/jus lemon secukupnya.
  • Tambah garam secukup rasa. Boleh juga tambah serbuk perasa atau tukarkan dengan sedikit gula.

Wednesday, February 4, 2009

Capcai Udang

Capcai ni ikut selera kita la kan. Apa sayur yang ada kita masukkan. Yang penting udangnya..
250g udang kertas - buang kepala
1 batang celery - potong serong
15 biji kacang hijau - buang hujungnya
1 batang kecil lobak merah - potong ler ikut suker
bunga kobis - potong kecil
1/4 cili bengala merah - potong kecil
1/4 cili bengala kuning - potong kecil
3 butir bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris garam secukup rasa
minyak utk menumis

Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris hingga naik bau. Masukkan udang, kacau. Masukkan segala sayur dan garam. Tuangkan 1/2 cawan air. Kacau rata semua bahan. Tutup kuali selama 2 minit. Tutup api bila udang sudah masak. Hidangkan.

Sambal Udang Petai

300g prawns - shelled
petai - amount of your choice
4 tbsp blended chillies
3 shallots
1 clove garlic
tamarind pulp (take out the seeds)
1 big onion - sliced
salt n sugar to taste
3 tbsp cooking oil

Pound shallots, garlic and tamarind pulp together. Heat cooking oil in a pan. Stir fry blended chillies till cook and throw in pounded ingredients and stir fry to fragrant. Put in prawns and petai. Keep stirring till all prawns and petai covered with chillies mixture. Throw in salt and sugar. Mix well. Lastly, throw in sliced big onion in and stir well till onion a bit soft. Enjoy!!!

Sambal Tumis Udang

300g prawns - shelled and washed
2 big scoops of Blended chillies
4 tbsp blended onion
2 cloves garlic - pounded
1 cup tamarind juice
2 tbsp sugar (optional or can be reduced)
salt to taste cooking oil
1 big onion - sliced for garnishing

Heat cooking oil in a pan. Put garlic and blended ingredients in. Stir fry for 8 minutes. Add in salt, sugar and tamarind juice. Stir to mix well. Put in the prawns when the water in sauce reduced. Stir well for 5 minutes. Add in garnishing and mix well. Off the heat and ready to serve.

Fried Prawns for Lazy Me


Prawns - peeled & cleaned
pepper
salt to taste
flour
enough cooking oil to fry

Heat the cooking oil in a pan. Put prawns in a bowl. Sprinkle with pepper and salt. Shake it to mix well. Sprinkle flour until it coats the prawns. Fry about 5-8 minutes. Take out from heat and drain the oil on a kitchen towel. Serves.