Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Nasi Minyak Hujan Panas

Ni sebenarnya entry tertunggak.  Akak cuba masak nasi ni lebihkurang sebulan yang lalu.  Akibat sibuk beraya, lupa nak masukkan ke sini.  Sebenarnya inilah pertama kali akak cuba memasaknya.  Selalu akak tengok jer orang lain masak tapi tak pernah mencuba.  Jadi akak cuba la jugak buat nasi warna warni ni ikut stail akak sendiri.  Terpulang la nak ikut resipi manapun.  Why worry huh??? Recipe's everywhere, yo!!! But, mine is very simple to follow... ;-)

3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 15 minit, tiriskan air
rempah tumis - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 biji bawang besar - hiris
2 ketul bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
5 sudu besar minyak jagung
garam secukup rasa
pewarna merah, kuning dan hijau
bawang goreng, daun bawang

Panaskan minyak jagung, masukkan rempah tumis, goreng hingga naik bau.
Masukkan bahan hiris, goreng hingga layu kemudian masukkan beras.  Kacau rata, masukkan garam, air dan susu. Masak nasi seperti biasa.
Bila nasi hampir kering, titik pewarna ke atas nasi.  Biarkan nasi masak sepenuhnya tanpa dikacau.
Taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang semasa menghidang.

Sebagai regunya akak buatkan ayam masak merah dan jelatah timun.  Resipi kedua2nya dah ada di entry terdahulu.

Saturday, October 6, 2012

Nasi Goreng Bersayur (Vegetables Fried Rice)

Meriah youuu... so colourful, variety of vegetables, all-in-one.  Tak pening dan tak penat akak nak mencuci... kes malas tahap cipan.  Tau apa cipan?  Akak pun tak tau... ;-)

Nasi Goreng Bersayur (4 orang makan)

2 pinggan penuh nasi sejuk (overnite)
50 gm isi ayam - cincang
bawang besar - dadu
lobak merah - hiris nipis
brokoli - floret
jagung muda - potong kecil
batang celery - dadu
kacang panjang - potong kecil
1/2 sk lada putih
garam secukup rasa
minyak zaiton
Hiasan:  hirisan daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili merah.


Panaskan minyak zaiton dalam kuali.  Tumiskan bawang besar hingga lembut, masukkan hirisan isi ayam.  Tambahkan lada putih.  Kacau goreng hingga ayam cukup masak. Masukkan lobak merah, celery dan brokoli, Gaul rata. Masukkan nasi, jagung dan kacang panjang.  Tambahkan garam.  Gaul rata hingga sebati.     .

Monday, April 2, 2012

Nasi dan Ayam Tomato Yogurt

Hari ini akak rajin kottt... awal sungguh dah masak untuk makan tengahari.  Tapi macam biasa akak masak yang paling ringkas dan cepat.  Apa yang ada kat dapur tu yang akak leburkan...


Nasi Tomato Yogurt
3 cawan beras - cuci, rendam 10 minit dan toskan (akak campur 2 cwn beras biasa + 1 cwn beras panjang)
1 cawan air rebusan ayam
3 cawan air
1 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
100 gm tomato puri
50 gm yogurt biasa
garam secukupnya
kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
100 gm majerin
1 biji tomato - didadu

Cairkan majerin dalam periuk letrik, tumiskan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.
Masukkan bahan hiris, goreng hingga layu.  Masukkan tomato puri dan yogurt, kacau rata.  Masukkan beras dan gaul rata.  Masukkan air dan air rebusan ayam tadi dan tambahkan garam secukup rasa.  Masak nasi seperti biasa hingga hampir kering.
Taburkan tomato dadu dan biarkan nasi masak sepenuhnya.


Ayam Tomato Yogurt
1/2 ekor ayam potong kecil - gaul garam kunyit dan goreng 1/2 masak
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar yogurt
Dikisar
2 biji tomato
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

1 biji bawang besar - hiris
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Campurkan bahan kisar bersama sos cili dan yogurt.
Panaskan minyak dan tumiskan campuran bahan tadi.  Masak hingga mendidih dan pekat, kemudian masukkan ayam.
Tambah garam dan gula secukup rasa.  Renehkan seketika sebelum dihidang.

Sup
Air rebusan (akak rebus kaki dan leher ayam utk dptkan stoknya)
1 sudu teh bawang putih cincang
sedikit halia ketuk
garam secukupnya
Renehkan semua bahan dan hidangkan.


Friday, March 23, 2012

Nasi Ayam Lagi


Nasi ayam lagi. Resipinnya akak dah masukkan pada entry yang lepas di sini.

Untuk kali ini akak gunakan beras biasa dan bukan beras basmathi. Sedap jugak tapi pada pendapat akak kita perlu lebihkan sedikit air untuk mendapatkan nasi yg lebih lembut bukan seperti yang akak buat tadi, sukatan air sama dengan sukatan cawan beras. Nasi tetap menjadi, rasanya tetap enak, cuma pada akak tidak selembut seperti yg diharapkan.

Untuk kuah cilinya, akak tambahkan buah tomato dan untuk menambahkan kepedasannya akak tambah cili padi - kisar sekali semuanya. Hasilnya menjadi lebih sedap.

Jika inginkan ayam yang lembut selepas digoreng, jangan rebus ayam terlalu masak cukup sekadar 'matikan darah' jer. Kemudian diperap dalam 30 minit dan goreng. Gunakan api yang sederhana jer. Oleh kerana ayam memang sudah separuh masak, jangan goreng terlalu lama.

Wednesday, March 7, 2012

Nasi Goreng Nugget Ayam


Dengan jiwa yang teramat la malasnya... bekfes + lunch akak buat mee goreng jer. untuk dinner akak cuma goreng nasi atas permintaan tuan tanah. aisey... semua keras cam batu dalam freezer tu, korek punya korek, jumpa nugget ayam ada la dalam 6 ketul. Apalagi... senangnya kerja akaq...


Nasi Goreng Nugget Ayam

2 cawan nasi sejuk
6 ketul nugget ayam - goreng dan potong dadu
5 biji cili api - cincang
1 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1/2 batang saleri - dadukan
1 keping kek ikan - hiris
garam secukup rasa
minyak utk menumis
hirisan daun salad dan cili merah sbg hiasan

Ambil lebihan minyak goreng nugge dalam 4 sudu besar. Panaskan dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili api cincang hingga naik bau.
Masukkan kek ikan dan saleri. Kacau rata.
Masukkan nasi dan potongan nugget. Tambahkan garam. Kacau goreng hingga semua bahan sebati.
Taburkan hirisan cili dan daun salad semasa menghidang.


Selamat menikmati hidangan...



** macam sedap jer deknon... licin dah semua tak berbaki... :D

Wednesday, February 29, 2012

Nasi Ayam Cik Ani


Dah lama nak buat nasi ayam. Tapi akak rasa cam rumit jer, sebabkan banyak pelengkap yang nak kena sediakan. Hari ini akak kuatkan semangat bak kata omputih 'there's a will, there's a way' gitukan??? betul ke??? lebeykurang la... Dalam masa sejam setengah semua dah ready. Hahahaha... suka akak deknon... lepas ni confirm akak tak akan beli dah nasi ayam, sebab dah buleh buat yang menepati selera tekak akak.

Dulu akak pernah minta jiran akak ajarkan camana buat nasi ayam sebab nasi ayam dia memang sedap, akak suka sangat. Tapi macam2 helah dia bagi berat sangat nak bagitau. Jadi resipi ni akak olah sendiri jer mengikut naluri, dan kalau korang nak boleh la korang cuba, akak halalkan. Ilmu camni tak baik kita kedekut kan...

Alhamdulillah, memang ini yang akak mahukan, cuma bab ayam tu jer akak kena improve lagi... nak improve tang mana ek?? tak tau la, tang kaler kottt... sebab texture tu akak puashati dah... garing diluar, moist/lembab di dalam.


Nasi Ayam Cik Ani (Cik Ani tu akak ler... :D)

Stok Ayam
½ ekor ayam – bersihkan dan potong ikut suka besor mana
2 inci halia – ketuk
2 ulas bawang putih - ketuk
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawa
Air untuk merebus

Satukan semua bahan, rebus ayam hingga separuh masak. Keluarkan ayam. Ketepikan air rebusan untuk kegunaan lain.


Sos Perapan
½ cawan kicap
1 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan
1 inci halia – tumbuk lumat/kisar
3 ulas bawang putih – tumbuk lumat/kisar

Satukan semua bahan dalam satu bekas. Gaulkan dgn ayam yang telah direbus tadi. Perap dalam sejam. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan lebihan sos perapan tadi.


Sos Kicap
Lebihan sos perapan
1 cawan air rebusan

Campurkan semua dalam periuk kecil. Masak hingga mendidih.


Sos Cili
8-10 biji cili merah (nak pedas tambah cili api) – buang biji
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
1 biji limau nipis - ambil jusnya
1 ½ cawan air rebusan ayam

Campurkan semua, dan kisar hingga hancur.


Nasi Ayam
3 cawan beras (kali ni akak guna basmathi) – cuci dan rendam seketika, toskan
3 cawan air rebusan ayam
1 inci halia – hiris halus
2 ulas bawang putih – hiris halus
1 biji bawang besar – mayang
Rempah tumis - Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
Garam secukupnya
3 sudu besar majerin

Panaskan/cairkan majerin dalam periuk. Masukkan rempah tumis, biar hingga naik bau.
Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih hiris, goreng hingga bahan layu.
Masukkan beras dan kacau rata. Masukkan air dan garam. Biarkan nasi tanak seperti biasa.
Hidangkan.


Sup
Lebihan air rebusan ayam
1 sudu besar bawang kisar
1 batang lobak merah – dadu
1 batang saleri – dadu
Garam secukup rasa

Didihkan air rebusan bersama lobak merah, batang saleri dan garam. Rebus hingga lobak merah empuk.


Bahan Hiasan
Daun Salad
Tomato – hiris
Timun - hiris

Monday, February 27, 2012

Nasi Beriyani Daging Burger


Ingat nak buat beriyani kofta, tapi telek2 resipi banyak pulak kerjanya. Tiba tiba Allah bagi jalan senang untuk akak. Alhamdulillah. Akak gunakan stok daging burger yang memang sedia ada dalam peti es. Bagi lembut dan kepal2kan jer, pastu goreng.

Nak buat raita bagai bahan tak cukup, tapi akak guna pakai sedikit sebanyak idea menyediakan raita tu sebagai pelengkap nasi beriyani entahapahapa akak nih...

BERIYANI Daging Burger
6 keping burger daging – lembutkan dan potong 2 (akak guna Ramly)
Rempah tumis – kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang
1 biji tomato – dadu
½ cwn air
½ cwn yoghurt
Daun pudina dan daun ketumbar – cincang kasar
3 sudu besar minyak untuk menumis
Garam secukup rasa (akak letak ½ sudu teh jer)
Pes:
2 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu teh bwg putih kisar
1 sudu teh halia kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil serbuk cili


Bulat2kan setiap potongan daging burger, dan tekan sedikit leper. Goreng atas kuali non stick seperti goreng burger biasa. Cukup hanya separuh masak. Ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan minyak dan masukkan rempah tumis dan pes, tumis hingga naik bau dan rempah sedikit garing. Masukkan tomato, masak hingga layu.
Masukkan bebola burger dan sedikit air, biarkan mendidih dan kuah pekat.
Masukkan yoghurt, garam dan hirisan daun ketumbar dan pudina. Reneh sebentar dan ketepikan.


Bahan untuk Nasi Beriyani
2 cawan beras basmathi – cuci dan rendam dalam air garam selama 30 minit, toskan
Air untuk merebus
Kayu manis, cengkih, jintan dan lada hitam biji
Garam secukupnya
1 sudu besar minyak

Didihkan air dalam periuk bersama kayu manis, cengkih, jintan, lada hitam, garam dan minyak. Rebus beras hingga ½ masak. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
Gunakan periuk yang dalam, susunkan separuh bebola burger dan kuah di dasar periuk. . Lapiskan dengan nasi separuh masak, taburkan bawang goreng, hirisan daun pudina dan daun ketumbar.
Susunkan lebihan bebola burger dan sedikit kuahnya. Lapiskan dengan separuh lagi lebihan nasi diatasnya. Taburkan bawang goreng, hirisan daun pudina dan daun ketumbar di atasnya.
Tuangkan lebihan kuah jika ada dan titiskan beberapa warna kuning telur jika mahu.
Tutup periuk dengan foil rapat baru letakkan penutupnya.
Tanak dengan api perlahan selama 30 minit. Tutup api dan biarkan 5-10 minit baru dibuka penutup dan foil.
Ready utk dimakan.


Yang ni akak tak tau nak bagi nama apa, tapi makan bersama nasi beriyani memang kena la...
Timun - hiris nipis (akak sagat kasar)
Tomato - dadu kecil
Cili merah - cincang
daun ketumbar - cincang
mayonis (akak guna cheesy mayonis tu jer stok akak ada)

Campur semua dalam mangkuk, gaul rata. Simpan dalam peti es sehingga dihidangkan bersama nasi dan beriyani bebola burger (kofta)

Wednesday, February 22, 2012

Nasi Beriyani ala Hyderabad - Ada Hebat???


Semalam seharian akak tak perasap dapur. Berbungkus satu badan, baring melepak jer. Tapi hari ini, meronta2 pulak nak buat nasi beriyani. Akak suka buat yang senang jer. Tak mau buat stail Melayu yang main tumis2. Akak nak buat stail rebus dulu berasnya. Anak buah akak bagi link video Vah Reh Vah, akak cuma ikut teknik dia. Bahan2 guna apa yang memang dah ada kat rumah.

Jangan samakan dengan yang korang makan cam nak maut tu ye... tak sama tapi rasa ala2 jugak. Akak ni berusaha la membuat sendiri sebab memang tak mampu nak bayau kalau makan kat restoran... maaaawwwuuutttttt!!!! poket aku... tapi kalau korang rasa nak belanja akak makan kat sana, akak tak tolak ye... Jadi, feel free to call me kata omputih... hehehehe...

Jom tengok resipi yang tak berapa nak hebat nih...

Nasi Beriyani Al-Hebat (hahahaha... kang buh nama betul, kena saman lak sbb meniru)
3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 1 jam dan toskan
3 biji cengkih
3 biji buah pelaga
1 bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
garam
1 camb minyak
Hirisan daun ketumbar
Bawang goreng
pewarna kuning telur (saffron lagi bagus)

Bahan Perap:
1/2 ekor ayam - potong kecil
2 camb garam masala
1 camb rempah kurma
1 camt serbuk jintan
1 camt serbuk ketumbar
1 cmt serbuk cili (nk pedas letak lebih)
1 cmt peppercorns
1 cmt serbuk kunyit
1 inci halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 biji bawang besar - kisar
1 cawan susu cair + 1 camb cuka - jadikan yogurt
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak
hirisan daun ketumbar (nak bubuh daun pudina sekali pun boleh kalau ada)

Satukan bahan perap dan ayam dalam satu mangkuk. Perap paling kurang 30 minit.

Sementara tu, didihkan air dalam periuk, masukkan garam dan minyak. Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan tadi. Rebus sekali cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga beras jadi separuh masak. Asingkan airnya.

Gunakan periuk yang dalam, masukkan bahan perap ke dasar periuk. Ratakan.
Lapiskan beras separuh masak tadi di atas bahan perap. Taburkan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Titiskan pewarna.
Tutup periuk dengan ketat. Atau boleh guna cara akak nih... ahaks!
Masak dengan api sederhana selama 30 minit. Kecilkan api dan biar lagi selama 10 minit. Tutup api dan biar seketika sebelum dihidang.

ni masih dalam periuk ni dek non...

Thursday, February 16, 2012

Ayam Sambal Serai Berempah dan Nasi Lemak

Malam ni akak terajin skit... buat nasi lemak siap ngan lauk ayamnya sekali selain sambal tumis ikan bilis dan pelengkap lain. Gian gak kalau lama tidak kerja keras bila masuk ke dapur. Lagi satu sebab semalam dah terrrrrrrrrrrrrrrajin mengisar 3 kg bawang dan 1/2 kg cili kering. Banyak tu dek non... bila dah siap cam ni, baru la akak rajin nak perasap dapur tu... hehehehe...

Akak ni kalau masak, mana ada main ngadap resipi dek non... balun jer campak apa yang ada kat dapur tu. Sebab tu kalau bahan asas dah siap kisar bagai, tahap kerajinan akan naik tinggi melangit. Bila idea datang terus jer capai2, humban...

Okeh, tadi akak masak nasi lemak. Bukan baru ni jer akak buat nasi lemak, dah selalu dah... tapi kali ni agak special sikit sebab akak guna beras mahal, beras basmathi yang orang selalu guna untuk masak nasi beriyani tu. Suka tengok nasi tu panjang2 gitu... Lagipun ianya sesuai untuk orang2 yang berpenyakit kronik cam akak ni. Kurang berkanji berbanding beras wangi atau beras biasa. Nasi pun peroi jer...

Nasi Lemak Beras Panjang
4 cawan beras basmathi
1 cawan santan pati
6 cawan air
1 inci halia - hiris
2 biji bawang kecil - hiris
1/2 sudu kecil halba (optional, tak ada pun tak per)
garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cuci beras hingga bersih dan rendam 30 minit. Toskan.
Masukkan beras dan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga air hampir kering. Kacau rata dan kecilkan api. Biar selama 15 minit.
Kacau rata sekali lagi dan matikan api. Tunggu sebentar sebelum dihidang.


Mulanya ingat nak buat sambal ayam gitu. Tapi bila dah godam2 dapur tu jumpa macam2. Tiba tiba timbul idea untuk memasukkan semua bahan2 yang terkumpul di dapur tu. Ku campur2 semua maka terciptalah resipi akak nih. Tak tau la kalau ada orang lain pernah buat camni gak... biasa la, resipi ni pi mai pi mai, tang tu gak... janji jempol orang yang makan tu naik tegak.
Ayam Sambal Serai Berempah
1/2 ekor ayam - bersihkan, potong kecil atau ikut suka ler nak besor mana
3 batang serai - hiris halus
4 sudu besar cili kisar (nak pedas tambah cili api)
5 butir bawang merah (lebih pun ok gak)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
perahan asam jawa
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bersihkan ayam dan ketepikan.
Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan serai. Campurkan bersama cili kisar, serbuk jintan dan ketumbar - jadikan pes.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan campuran bahan kisar tadi. Biarkan hingga agak kering. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus. (Kalau ada yg terbersin tu kira tumisan dah ok).
Masukkan ayam dan gaul sebati dengan bahan tumisan. Tutup kuali dan biarkan hingga ayam separuh masak. Tuangkan perahan asam jawa. Didihkan.
Lengkapkan dengan garam dan gula. Biar ayam masak sepenuhnya dan sambalnya pekat.
Taburkan hirisan bawang jika mahu.
Sedia untuk dihidang.


Sambal bilis tu cam biasa jer la, tak der lainnya. Sama jer cam yang pernah akak buat sebelum ni. Cuma orang selalu tanya kenapa sambal akak tu warna gelap? Heheehe... yang sebenarnya akak pun tak tau la camana. Tapi memang tiap kali akak buat sambal tak pernah dapat kaler merah terang. Adakah ia ada kena mengena dengan teknik memasak itu sendiri? Emmm... korang kaji la sendiri ye sebab akak malas dah nak perah2 otak nih... nak banyak relaks jer...
Ok... selamat mencuba dan menjamu selera...

Monday, July 25, 2011

Nasi Goreng Bawang Putih


Ada lebihan nasi, goreng jer la kan... jangan membazir...


Nasi Goreng Bawang Putih

3 cawan nasi
10 ekor udang
5 ulas bawang putih - ketuk & cincang
1/2 cawan sayur campur sejukbeku
4 biji cili padi - ketuk
garam secukupnya
4 sudu besar minyak goreng

panaskan minyak, gorengkan bawang putih dan cili padi hingga naik bau. Masukkan udang dan sayur campur, gaul sebati. Masukkan nasi dan garam. Gaul rata dan goreng hingga semua bahan sebati.

Thursday, July 21, 2011

Nasi Carrot Udang Geragau

Kes malas punya pasal... untuk tengahari ni kita masak lebur semua sayur dalam satu periuk... hehehehe... dah macam nasi goreng la pulak.


3 cawan beras - cuci, rendam seketika dan toskan
3 cawan air rebusan daging (kalau ada la ye...)
1/2 cawan susu cair
1/2 batang lobak merah - parut
1/2 tin cendawan butang - hiris

bahan tumis:
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
1/2 genggam udang geragau
bunga lawang, buah pelaga
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak jagung

Panaskan minyak, masukkan bahan penumis, goreng hingga naik bau.
Masukkan parutan beras, lobak merah dan cendawan - gaul hingga rata. Masukkan air dan susu. Biar mendidih dan air hampir kering. Masukkan garam, gaul rata. Kecilkan api biar nasi masak seperti biasa.
Sedia untuk dihidang.

Senangkan... guna jer apa bahan yang ada di dalam dapur kita, jangan pening2 kepala ek... hehehee...

Nasi Berperisa



Wah, lamanya tak berkarya kat sini ek... busy yakmat deh... lebih2 lagi nak puasa ni, macam2 persediaan nak buat. Sampai adakalanya dapur berasap utk pekara lain.

Sekarang ni nak makan nasi problem betul, tak tau nak berlauk atau bersayurkan apa. Macam ada perasaan jemu gitu... aduhai. Kena kreatif macam ni, nak kasi orang2 dalam rumah ni berselera kembali. Tu yang timbul idea memperisakan nasi ikut jer apa bahan yang ada dalam dapur kita. Jangan susah hati la bab nih... kena 'improvise' resipi yang ada... mesti enak. Jempol!!!

Meh cuba resipi campak2 kita nih. Dah dua kali buat atas permintaan Tuan Besar. Sedap banget la tu, kena pada selera dia la kan...

2 cawan beras (kita guna beras super jer) - bersihkan, rendam 15 minit dan toskan
1/2 labu bawang besar - dimayang
1 ulas bawang putih - di cincang
1 inci halia - hiris halus
1 biji tomato - dicincang dadu
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga, kayu manis
1 helai daun pandan
2 cawan air
1/2 cawan susu cair/uht/susu segar
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak utk menumis

Panaskan minyak di dalam periuk nasi. Masukkan rempah tumis dan daun pandan, goreng hingga naik bau kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng hingga layu.
Masukkan tomato cincang dan beras. Gaul rata. Masukkan air, susu dan garam. Tanak nasi hingga masak seperti biasa.
Boleh makan bersama rendang daging dan acar. Tapi sorry tak dapat la nak bagi resipi sebab kedua2 ni datang dari kampung, bukan kita yang masak.


Yang ni masak kali ke2. Anak dara yang buat semuanya... kita cuma arahkan jer. Bukan apa, bior dia belajor, kenali bahan2 memasak, nanti senang nak kenyangkan perut sendiri. Lagipun memang patut dia belajor memasak untuk keluarganya... Rupanya lawan dengan ayam masak tomato lebih sedap... memang jempol!!!!

Ayam Sos Tomato
1/2 ekor ayam - potong kecil, gaul garam kunyit dan goreng separuh masak
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris utk hiasan)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1" halia (dihiris)
1 biji tomato (ptg baji)
1/2 botol sos tomato
1/2 cawan air
3 sb cili kisar
1 btg cili merah (ptg serong)
garam dan gula secukup rasa

panaskan minyak. tumiskan bahan hirisan hingga naik bau, masukkan cili kisar, ditumis hingga pecah minyak dan masukkan sos tomato, air, garam dan gula. tunggu shingga mendidih. masukkan ayam, gaul hingga rata. masukkan tomato, cili merah (yg dipotong) dan bwg besar (dihiris utk hiasan). tunggu hingga bawang layu. tutup api.

Monday, January 31, 2011

Nasi Berdaging

Ni hidangan dinner tadi. Taktau la nak panggil nasi apa. Ada tulang yg ada sedikit isi dalam freezer. Kita rebus siap ngan rempah ratus - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, lada hitam dan rempah mandy (ni jer rempah yg ada kat dapur tu). Rebus sampai daging hampir lekang dari tulang. Kemudian asingkan isi dan tulang. Isi tu dihiris kecil2 supaya senang nak makan. Air rebusan tu guna masa masak nasi.

Beras dicuci dan ditoskan kering.
Hiriskan bawang besar, bawang putih dan halia.
3 sudu besar rempah mandy dijadikan paste.
Perahkan 2 biji limau kasturi ke dalam 150 ml susu cair. Biarkan 10 minit
Cairkan 3 sudu besar butter, tumiskan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau kemudian masukkan bahan hiris. Goreng hingga layu. Masukkan paste rempah tadi, gaul rata.
Masukkan beras dan sebatikan dengan rempah tadi. Masukkan daging dan air rebusan mengikut sukatan beras. Biar mendidih baru masukkan tairu dan garam secukup rasa dan kacau rata.
Masak seperti masak nasi biasa.

Acar yang disediakan mengikut bahan yang sedia ada di dapur.

Lobak merah - disagat
bawang besar - dihiris
cili hijau - potong kecil
1 biji limau kasturi - ambil jus dan hiriskan kulitnya
sos ikan
sedikit gula

Campur dan gaulkan semua bahan. Perap 15 minit. Siap.

Nasi Goreng Udang Geragau


Kita panggil udang geragau atau udang belacan. Waktu berjalan2 di bandar Kuching Sarawak, di sana dikenal sebagai 'Bubuk'. Selalunya kita masukkan dalam adunan cekodok. Jadi lemak rasanya bila dah bersatu dengan bahan2 yang lain.

Kali ni kita masukkan ke dalam nasi goreng bagi menggantikan ikan bilis sebab dah subuh hari malas nak mengupas. Lagipun sesekali tukar isi pati nasi goreng bagi kelainan sikit... sikit jer... Kebetulan ada sambal belacan dan ulam raja dan daun selom dari rumah kenduri. Lebih senang kerja kan...

2 pinggan nasi sejuk
1 cawan udang geragau
2 ulas bawang putih - cincang halus
3 sudu makan sambal belacan
1 batang lobak merah - sagat kasar
garam secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
1 biji telur - dipukul ringan
sedikit ulam raja dan daun selom - hiris halus

panaskan minyak, saute bawang putih hingga kekuningan, masukkan sambal belacan dan udang geragau.
Masukkan nasi dan lobak merah. Goreng hingga ringan. Masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati. Tuangkan telur dan kacau hingga telur bercampur rata. Tutupkan api. Masukkan hirisan ulam tadi.
Sedia untuk dihidang.

Thursday, September 23, 2010

Nasi Goreng Petai

Sessi untuk menghabiskan segala stok petai yang dah nak expire tak lama lagi.


4 pinggan nasi sejuk
1 papan petai - dihiris
1/2 biji bawang besar - dimayang
1/2 batang lobak merah - disagat
1/2 cawan ikan bilis - digoreng
5 butir cili padi - diketuk
2 ulas bawang putih
garam secukup rasa
2 biji telur - dipukul sekikit
4 sudu besar minyak masak

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
Masukkan ikan bilis goreng, bawang besar, lobak merah dan petai.
Masukkan nasi dan gaul rata semua bahan dalam kuali.
Tabur garam secukup rasa. Masak hingga semua bahan bercampur sebati.
Tuangkan telur dan gaul rata. Sentiasa kacau hingga telur masak serata.
Sedia untuk dihidang.

Tuesday, June 1, 2010

Nasi Goreng Bilis Telur

Sudah agak lama tiada sebarang entry disini. Sibuk yg bermacam... tak sehat, batuk dan demam datang mengikut musimnya. Dapur pun berasap mengikut musim.

Today is my 2nd day as a jobless person. I start with, as usual, my 'campak2' recipe, Nasi Goreng simple. Thought of doing that for the kids breakfast before they off for school, but my eyes opened a little late... so, this is for their lunch.


Here is the recipe:

Nasi Goreng Bilis Telur
(4-5 persons)

4 plate-full of rice
4 cloves garlic - crushed n chopped
1 bowl fried ikan bilis
1/2 bowl frozen mixed vege
4 eggs - lightly beaten
salt to taste
cooking oil

Heat-up cooking oil in a nonstick pan. Saute garlic till lightly brown.
Add in mixed vege, fry a bit.
Add in ikan bilis and rice. Mix well to cook. Season with salt.
Low the heat, stir in beaten eggs to well covered. Up the heat again, and stir and fold the rice until cooked and dried.
Ready to serve.

Sunday, March 28, 2010

Nasi Beriani Udang Galah


Dah agak lama udang galah yang kak Dee bawakan dari Kuching terperap dalam freezer. Nak masak minggu lepas, mat rock tak der, nak masak hari kerja, malas la pulak. Resipi dari Chef Zam - Nasi Beriani Udang Masala dah lama tersimpan.

Banyak resipi telah di analisa, yang lomak2 tu memang dengan niat terawal 'ngga mau si...', terlintas pula dibuat beriani sebab teringat masa kita melancung ke Kuching dulu. Admire kat nasi beriani udang yang di jual di gerai di Waterfront dengan udang yang ter'catuk' berdiri... ada ka ek...

Resipi Chef Zam ni telah menarik minat kita sebab cara penyediaannya. Kita gunakan resipinya sebagai panduan tatacara manakala bahan-bahannya sememangnya kita mau menderhaka. Ya Ampunnnn Chef Zam... ku memang penderhaka resipi but I thank you. Sebenarnya bukan la nak menderhaka besar2an... tp bila minta dibelikan yogurt asli tapi yang dapat yogurt mango, terpaksa la memikirkan cara lain... huhuhu... yogurt mango tu terusla kita humban ke tekak ini...

Tak ada dalca atau pajeri cuma makan bersama jelatah dan acar buah tak tahu sapa pembuatnya... :D

Ok... meh kita mula... ini resipi olahan kita


NASI BERIANI UDANG GALAH

Bahan Nasi Beriani
4 cawan Beras Basmati – dibersihkan dan direndam 15 minit
12 cawan air atau secukupnya
Rempah kering - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, daun salam, lada hitam.

Bahan Masak Udang
3 sudu besar Minyak Sapi
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
4 biji Buah Pelaga
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
500 gm Udang galah – dibersihkan
dadih - 250 ml susu segar + 1 biji perahan lemon (yg ni, kita minta yogurt asli, tukang beli bawa balik yogurt mango... masuk perut terus la jawabnya)
1 cawan Air
3 biji Tomato - dipotong 6
3 biji Ubi Kentang - potong 4 dan goreng sehingga masak
Garam (secukup rasa)
1/2 cawan Susu + secubit Saffron/Koma-koma – dipanaskan
1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
150 gm rempah beriyani – jadikan pes
100 gm cili boh

Hiasan
Bawang Goreng
Daun Ketumbar dihiris kasar

Cara Memasak Beriani
Toskan beras dan didihkan air secukupnya bersama campuran rempah kering. Masukkan beras dan rebus hingga masak. Tapiskan.


Cara Memasak Udang
  1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk kunyit yang dikisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes beriani dan cili boh dan masak diatas api perlahan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang, dadih, air, garam, tomato, ubi kentang dan jus limau. Masak hingga kuah menjadi pekat.
  4. Letakkan satu lapisan nasi yang telah dimasak tadi kedalam periuk, berselang-seli dengan udang beriani & renjiskan campuran susu dan saffron diatasnya, tutup periuk dengan rapat.
  5. Masak bahan tadi diatas api perlahan selama 15 minit.
  6. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.




Ini resepi asal dari Chef Zam

NASI BERIANI UDANG MASALA

by Chef Zam

Bahan Nasi Beriani:
1 kg Beras Basmati – dibersihkan
Rempah kering - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, daun salam, lada hitam.

Bahan Udang Masala:
3 sudu besar Minyak Sapi
1 biji Bawang Besar }
6 ulas bawang putih } dikisar halus
2 inci Halia }
1/2 kg Udang Besar – dibersihkan
2 cawan Dadih asli
1 cawan Air
3 biji Tomato - dipotong 6
3 biji Ubi Kentang - potong 4 dan goreng sehingga masak
Garam (secukup rasa)
Jus limau nipis
1/4 cawan Susu + Saffron/Koma-koma (? sudu kecil) – dipanaskan

Rempah Kering – kisar:

1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
4 biji Cili Kering
2 sudu kecil Jintan Manis
2 sudu kecil Biji Ketumbar
10 biji Lada Hitam
1 batang Kulit Kayu Manis

Hiasan:

3 sudu besar Bawang Goreng
3 sudu besar Daun Pudina } dihiris kasar
2 sudu besar dan Ketumbar }

Cara Memasak Beriani:
Berasmati dicuci, ditoskan airnya, direbus dalam campuran rempah kering dan air secukupnya hingga masak.

Cara Memasak Udang Masala:
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk kunyit yang dikisar hingga wangi.
Masukkan kesemua rempah kering yang dikisar dan masak diatas api perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan udang, dadih, air, garam, tomato, ubi kentang dan jus limau. Masak hingga kuah menjadi pekat.
Letakkan satu lapisan nasi yang telah dimasak tadi kedalam periuk atau bekas pembakar, berselang-seli dengan udang masala & Renjiskan campuran susu dan saffron diatasnya tutup periuk dengan rapat.
Masak bahan tadi didalam oven selama 30 minit dengan kepanasan 180 darjah C ataupun diatas api perlahan selama 15 minit.
Hiaskan dengan hirisan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng.