Monday, February 27, 2012

Nasi Beriyani Daging Burger


Ingat nak buat beriyani kofta, tapi telek2 resipi banyak pulak kerjanya. Tiba tiba Allah bagi jalan senang untuk akak. Alhamdulillah. Akak gunakan stok daging burger yang memang sedia ada dalam peti es. Bagi lembut dan kepal2kan jer, pastu goreng.

Nak buat raita bagai bahan tak cukup, tapi akak guna pakai sedikit sebanyak idea menyediakan raita tu sebagai pelengkap nasi beriyani entahapahapa akak nih...

BERIYANI Daging Burger
6 keping burger daging – lembutkan dan potong 2 (akak guna Ramly)
Rempah tumis – kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang
1 biji tomato – dadu
½ cwn air
½ cwn yoghurt
Daun pudina dan daun ketumbar – cincang kasar
3 sudu besar minyak untuk menumis
Garam secukup rasa (akak letak ½ sudu teh jer)
Pes:
2 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu teh bwg putih kisar
1 sudu teh halia kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil serbuk cili


Bulat2kan setiap potongan daging burger, dan tekan sedikit leper. Goreng atas kuali non stick seperti goreng burger biasa. Cukup hanya separuh masak. Ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan minyak dan masukkan rempah tumis dan pes, tumis hingga naik bau dan rempah sedikit garing. Masukkan tomato, masak hingga layu.
Masukkan bebola burger dan sedikit air, biarkan mendidih dan kuah pekat.
Masukkan yoghurt, garam dan hirisan daun ketumbar dan pudina. Reneh sebentar dan ketepikan.


Bahan untuk Nasi Beriyani
2 cawan beras basmathi – cuci dan rendam dalam air garam selama 30 minit, toskan
Air untuk merebus
Kayu manis, cengkih, jintan dan lada hitam biji
Garam secukupnya
1 sudu besar minyak

Didihkan air dalam periuk bersama kayu manis, cengkih, jintan, lada hitam, garam dan minyak. Rebus beras hingga ½ masak. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
Gunakan periuk yang dalam, susunkan separuh bebola burger dan kuah di dasar periuk. . Lapiskan dengan nasi separuh masak, taburkan bawang goreng, hirisan daun pudina dan daun ketumbar.
Susunkan lebihan bebola burger dan sedikit kuahnya. Lapiskan dengan separuh lagi lebihan nasi diatasnya. Taburkan bawang goreng, hirisan daun pudina dan daun ketumbar di atasnya.
Tuangkan lebihan kuah jika ada dan titiskan beberapa warna kuning telur jika mahu.
Tutup periuk dengan foil rapat baru letakkan penutupnya.
Tanak dengan api perlahan selama 30 minit. Tutup api dan biarkan 5-10 minit baru dibuka penutup dan foil.
Ready utk dimakan.


Yang ni akak tak tau nak bagi nama apa, tapi makan bersama nasi beriyani memang kena la...
Timun - hiris nipis (akak sagat kasar)
Tomato - dadu kecil
Cili merah - cincang
daun ketumbar - cincang
mayonis (akak guna cheesy mayonis tu jer stok akak ada)

Campur semua dalam mangkuk, gaul rata. Simpan dalam peti es sehingga dihidangkan bersama nasi dan beriyani bebola burger (kofta)

No comments: