Monday, February 20, 2012

Step-by-step Sambal Itang (Hitam)

Dulu akak dah pernah ada entry pasal sambal hitam di sini, tapi secara am jer. Ada jugak akak bagi guide camana nak membuatnya tapi akak letak kat FB akak jer, terlupa nak masukkan ke blog. Jadi, kali ni akak letak kat sini juga supaya senang follower blog (ada ker???) akak mencuba pulak. Sebabnya sekarang sambal hitam (orang Pahang sebut 'Itang') dah mula diperkatakan sana sini.


Bahan2 utama:
Belimbing buluh - rebus hingga tukar kaler hitam
Cili padi
Bawang merah
ikan bilis

Tumbuk semua bahan. Akak guna food processor jer, kalau nak kisar dalam blender, guna kisar kering.
Tumiskan semua bahan yang dah ditumbuk tadi. Tambahkan garam secukup rasa dan gula untuk seimbangkan rasanya.
Goreng sampai kering airnya.
Sedia untuk dihidang. Senangkan????
Anak2 akak ratah jer, tak perlu tunggu nasi... dengan roti, biskut pun jadi... Belimbing tu selalunya akak rebus banyak2, simpan dalam peti es. Air rebusan tu boleh di buat pencicah ikan bakar (macam air asam lah), tapi akak kalau merebus sampai kering airnya, kalau ada pun sikit sangat.

Ok semua, selamat mencuba.

3 comments:

Chik Mimi said...

kita punya stok pun dah pinish ni kak nim ,kena buat lagi hehehesalam kenal kak selalu jadi silent reader je

Ctnaemah said...

kak anim..kita follower setia blog akak..heheheh..blk kg nak kutip belimbing buluh bebanyak laa..teringin nak menerai sambal itang ni.

Penyulawa aka Mama Ghock said...

Chik Mimi n Ctnaemah - tq ye walau apapun silent reader atau follower, tak kisah ler, sekurang2nya resipi turun temurun ni dapat kita kenalkan pada anak2 kita dan generasi akan datang. Nak kira ni resipi tradisi org pahang sebelah husband. tp akak ni kaki bodek habis semua pak2 sedara, mak2 sedara sepupu sepapat dia akak godam tanya segalam resipi yg boleh ingat...