Wednesday, April 27, 2011

Mee Goreng Mamak (ala-ala gitu...)


Ingatkan nak goreng biasa2 jer... terjadi lak kelihatan cam mee goreng mamak. Rasa pun ala-ala gitu... walaupun tak cukup bahan cam yang kat kedai mamak. But... ok la... jimat 4 hengget akak dek non...

1 paket (400 gm) mee kuning
100 gm taugeh
3 batang sawi - potong
1/2 cawan kicap (kita guna lemak manis)
1 cawan air
2 biji telur
minyak utk menumis

Bahan tumis (campur sekali)
bawang merah - tumbuk atau kisar
bawang putih - tumbuk atau kisar
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar udang kering

Panaskan minyak, masukkan bahan tumis. Goreng hingga naik bau. Masukkan kicap dan air, biar mendidih. Pecahkan sebiji telur dalam tumisan, kacau rata.
Masukkan mee dan sawi. Kaup balik hingga rata. Masukkan taugeh, kacau rata.
Pecahkan sebiji lagi telur kedalam mee. Goreng hingga mee dan telur sebati.
Hidangkan.

1 comment:

Aishah @ Ariffin @ Aqil said...

yummmyumm....sedapnyeeeeeeee...