Thursday, June 21, 2012

Ringkas dan Menyelerakan - Bahaya nih!!!

Pada waktu2 yang sangat membingungkan, membosankan, otak jadi keras tak boleh nak berfikir walaupun perut sudah memulakan 'konsert'nya yg tersendiri.  Adoi... fenin... fenin...  Selak sana selak sini... makin buntu nak masak apa... sesekali layan hidangan ringkas begini, macam lupa diri pulak...

Taugeh cacamarba begini pun sedap... (sebab dah kebulur la kan...)

Ikan goreng - untuk mencantikkan ikan goreng yang begitu 'plain' semasa menghidang, akak gorengkan hirisan bawang besar, halia, bawang putih dan cili hingga sedikit layu.  taburkan di atas ikan tadi.  Kemudian, tuangkan kicap sedikit... lichin beb!!!

Bihun Sup


Pilihan yang tepat bila dah tak tau nak makan apa.  Lebih2 lagi dengan cuaca yang panas kering ni, pilihan hidangan bersup memang sangat menyegarkan.


Resipi sup dah ada pada entry lepas di sini.

Condiments:
Bihun - rendam dan celur
Sawi - celur
Tauhu goreng - hiris
Sambal kicap
bawang goreng
hirisan daun bawang

Bahan2 tambahan tu boleh la ikut citarasa masing2 ye... ish... terliur lak tengok entry sendiri... ciss!!!

Dori Hitam Manis dengan Epal Hijau

Wah! diam tak diam, dah hampir sebulan akak tidak menjenguk rumah akak ni... banyaknya habuk... kena buat pembersihan ni.  Emmm... mana nak mula ye...

Akak puasa hari ini, tapi kena masak gak ler untuk yang lain2 dalam rumah ni especially yang nak pergi sekolah.  Biar tidak kelaparan.  Nasib baik orang dalam rumah ni tak cerewet, masak apa saja insyallah semua beres.

Untuk menjimatkan masa akak cuma masak 1 lauk jer... no sayur sebab tak sempat ke pasar.  Guna jer la apa yang ada dalam peti es klasik akak tu...


Hirisan Dori Hitam Manis
A)
700 gm isi ikan Dori - potong kiub, perap seketika bersama garam dan lada putih
tepung jagung secukupnya
Minyak utk menggoreng
B)
2 ulas bawang putih - hiris
1 cm halia - hiris
1 sudu besar pes bawang merah
1 sudu teh pes bawang putih
1 sudu besar pes cili
C)
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap tiram
2 sudu besar kicap manis
D)
1/2 cawan air
1 sudu besar jus lemon
E)
1 biji bawang besar - potong kiub
1 batang cili merah - hiris
1 biji epal hijau - di dadu
1 biji tomato - dadu


Panaskan minyak untuk menggoreng.  Salutkan filet dengan tepung jagung dan goreng hingga garing.  Ketepikan.
Masukkan sedikit lebihan minyak goreng tadi ke dalam kuali untuk menumis.  Masukkan bahan (B), kacau hingga naik bau.
Masukkan bahan (C), kacau rata dan sebati kemudian masukkan bahan (D).  Biar mendidih dan kuahnya sedikit pekat.
Masukkan epal hijau masak hingga sedikit lembut.  Kemudian masukkan bawang besar, cili merah dan tomato.  Kacau rata.
Gaulkan filet siap goreng ke dalam kuah.


 Siap untuk dihidang.