Bahannya (hidangan 4 orang)
*500 gm tulang rusuk - potong kecil cuci bersih
*1 inci halia - ketuk
*2 ulas bawang putih - memarkan (ketuk)
*1 sudu kecil lada hitam
*1 batang serai - ketuk
*air untuk merebus
1 biji bawang besar - hiris
1/2 sudu teh serbuk jintan manis (kasar)
1/2 sudu teh serbuk jintan putih (halus)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk kunyit
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1 biji kentang - potong 8
1 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam secukup rasa
Masukkan bahan (*) ke dalam periuk dan rebus diatas api kecil sehingga daging yang melekat di tulang empuk atau tertanggal.
Masukkan rempah tumis, hirisan bawang, serbuk kunyit, serbuk jintan dan ketumbar, biar mereneh hingga bawang layu. Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk.
Tambahkan garam secukupnya dan masukkan jus limau kasturi. Renehkan lagi seketika.
Taburkan hirisan daun bawang dan daun sup semasa hidang.
Sayur ni orang cina panggil 'Pak Choy'. Cara masak begini memang kesukaan anak2. Kalau akak malas, alhamdulillah diorang boleh buat sendiri. Mudah jer... pejam mata pun buleh...
Pak Choy Goreng Sos Tiram
Pak Choy - leraikan dan bersihkan
bawang putih - ketuk dan cincang
ikan bilis - basuh
cili merah - hiris
bawang besar - hiris
sos tiram secukupnya
air panas secukupnya
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan masukka ikan bilis dan bahan hiris.
Tuangkan sos tiram, kacau rata dan kaup balik pak choy ke dalamnya. Tambahkan sedikit air panas.
Teruskan kacau hingga mendidih. Angkat dan hidangkan.
Try la... :))
No comments:
Post a Comment