Wednesday, May 2, 2012

Chicken Creamy Pasta with Cheesed Broccoli and Cocktail Jelly Punch


Hari ini akak melayan anak tekak akak dengan hidangan ala2 kebaratan kerana berjaya berpuasa penuh sehari.  Selerapun apalagi... macam2 dok dalam kepala.  Memandangkan segala bahan semuanya boleh dikatakan lengkap, hayun jer la... menu menambahkan kolestrol... hahahahaha... amekkaw!!!

Untuk menu utama akak sediakan pasta bersama sos krim dan ayam dan akak sengaja campakkan jugak kacang buncis yang telah dicelur.  Mula asalnya nak buat carbonara, tapi jadi lain pulak sebab tak bubuh telur dalamnya.
Chiken Creamy Pasta
500 gm fusilli pasta – masak ikut arahan di pek
Kacang buncis celur
1 sudu makan olive oil
2 sudu makan mentega
1 bawang besar, cincang/dadu
2 ulas bawang putih, cincang
5 biji cili padi, cincang
400 gm isi ayam cincang
1 st garam
1 st lada hitam
1 cawan stok sayur
½ cawan stok ayam
1 cawan susu cair
250 ml krim pekat (thickened cream)
1 sudu makan parsley kering
40 gm parmesan cheese

Cairkan mentega dan tambahkan olive oil, tumiskan bawang besar hingga layu.  Masukkan bawang putih dan cili cincang, goreng hingga sedikit kuning, tambahkan isi ayam, masak selama 1-2 minit.
Masukkan garam, lada hitam, stok sayur, stok ayam, susu dan krim, biarkan mendidih.  Kecilkan api dan renehkan sehingga kuah sedikit pekat dan masukkan parmesan cheese dan sebatikan. 
Gaulkan pasta dan kacang buncis hingga rata.  Sedia untuk dihidang.


Memandangkan stok brokoli dan cauliflower tu banyak, akak buatkan sos cis.  Kali ni akak panggang sekejap di dalam oven.

Cheesed Broccoli and Cauliflower
Brokoli – floret
Cauliflower – floret
2 sdm mentega
1 biji bawang besar – dadu
1 ulas bawang putih – cincang
150 ml susu cair
½ sdt serbuk lada hitam
1 sdt garam
½ cawan keju cheddar parut
keju mozzarella – untuk taburan

Cara membuat:
Celurkan brokoli dan cauliflower dalam air yang dididih bersama sedikit garam dan lada hitam.  Ketepikan.
Cairkan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih, goreng hingga layu. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, garam dan susu cair.  Masak hingga mendidih dengan kepanasan sederhana.
Masukkan keju cheddar dan kacau hingga larut dan menjadi sos pekat. 
Gaulkan brokoli dan cauliflower ke dalam sos.
Angkat dan tuangkan ke dalam bekas tahan panas.  Taburkan keju mozzarella di atasnya.
Panggang dalam oven panas hingga keju cair.  Angkat dan sedia untuk dihidang. 


Bagi menyegarkan anak tekak akak nih, akak buat punch.  Buat lebih awal dan simpan dalam peti sejuk beberapa jam.  Emmm... nyaman... 
Cocktail Jelly Punch
1 liter susu segar
1 tin buah laici
Nata de coco
Fruitty Jellies

Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan simpan beberapa jam di dalam peti ais. 
Hidang sejuk.

No comments: