Tuesday, May 22, 2012

Kepok Lekor Cik Ani


Dah lama sungguh tak buat kepok (keropok) lekor.  Kebetulan tadi pagi pergi pasar ada ikan sadin dah pecah perut jual harga murah.  Selalu pun ada gak ikan2 begini tapi nak beli teragak-agak.  Hari ni kuatkan semangat terus jer beli dalam sekati (600 gm).  Balik rumah terus jer ceraikan tulang dan isinya. Ketepikan sementara nak habiskan kerja2 lain di dapur.

Kepok lekor yang disediakan sendiri ni lebih memuaskan hati akak, sebab kita boleh kawal pengunaan bahan dan juga serbuk perasa.  Akak ni kan 'MSG Free' kalau memasak... Penggunaan tepung jugak bergantung pada si pembuatnya... kalau nak lebih rasa ikan, kurangkan tepungnya.  Kalau nak bubuh perasapun boleh jugak.

Sebenarnya ni bukan kali pertama akak membuat kepok sendiri.  Dah banyak kali jugak.  Lagipun tak susah mana.  Akak belajar dari seorang kakak angkat masa lepas SPM dulu, bukan secara formal pun, dia cuma arahkan apa nak buat jer, dari bersihkan ikan sampai merebus... tu yang akak ingat sampai sekarang kottt... Dulu tu guna lesung batu deknon, tak main kisar2 nih tau... jenuh nak menumbuk isi ikan tu kooo...

Keropok Lekor
Bahan:
600 gm ikan (selayang/pelaling/sadin/tamban) - bersihkan, asingkan isi dari tulang dapat (+/-)400 gm isi ikan
400 gm tepung sagu (kurangkan lagi untuk lebih rasa ikan)
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu kecil garam

Kisar isi ikan bersama garam dan lada putih.
Ulikan bahan kisar bersama tepung sagu hingga boleh digentel.
Gentel memanjang seperti selinder mengikut saiz yang dikehendakki.
Rebus dalam air mendidih yang dicampur sedikit garam dan minyak hingga ianya timbul.
Angkat dan toskan.
Boleh dimakan terus, atau digoreng seperti keropok lekor biasa.

Isi ikan siap uli - bahagikan ke beberapa bahagian sama berat timbangannya
 Acara menggentel - takde mesin, manual jer sebab sikit
 siap dah 
 potong 2 kasi pendek senang masuk periuk nnt.
 rebus dalam air mendidih hingga terapung ke permukaan, tandanya dah boleh keluarkan
 taraaaaaaaaaaaaaa!!! siap untuk dihidang begini atau digoreng.

Dah ada kepok, kena la ada pencicah (dipping) pula...
Untuk membuat pencicah atau sosnya akak menggunakan
200 gm cili merah - buang biji
200 gm cili pes/cili kering kisar (boleh kurangkan atau lebih mengikut citarasa)
50 gm bawang putih
400 gm gula melaka - potong kecil
2 cawan air
1/2 cawan cuka
2 sudu teh garam

Kisarkan cili merah dan bawang putih hingga hancur.  Kemudian masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih dan pekat.
Siap untuk dihidang.


Selamat Mencuba!!!

2 comments:

Rohah said...

salamkenal kak,
sedapnyerr tengok keropok lekor kat sini..

AiDa said...

salam kenal kak penyu lawa...;)
seronok dapat tau resepi kepok lekor ni kat sini...suka makan kepok lekor tapi bila beli bnyak rasa tepong...;)