Jemput2 - cucur - cekodok --> merujuk kepada hidangan yang sama. Sesuai dihidang bila2 masa dimana jua. Kegemaran semua peringkat umur dari dahulu hingga kini. Bawalah ke mana pun tetap diterima kehadirannya...
Di tempat asal akak dipanggil jemput2 kerana kaedahnya dengan menggunakan hujung jari, kita mencubit sejemput adunan tepung dan dijatuhkan kedalam kuali penuh minyak yang dipanaskan. Sejenis kudapan bergoreng. Sangat mudah untuk disediakan, tapi jangan terkejut ada yang masih tidak berjaya membuatnya sendiri walaupun sudah diberi tutorial... akak pun tak tau mana silapnya...
Akak kalau buat jemput2 memang suka banyak sayur, selalunya carrot dan taugeh menjadi pilihan utama. Kalau ada lebihan ayam goreng pun boleh leburkan bersama. Mari tengok apa yang akak gunakan untuk meyediakan jemput2 kali ini.
Bahan asas:
Tepung gandum
Bawang besar - cincang
halia - cincang
lada merah - cincang
garam
isi ayam goreng yang disiat2 (boleh diganti dengan ikan bilis)
air untuk membancuh
Bahan Sayur:
(ikut citarasa masing2, tidak terhad yang tersenarai sahaja)
Kobis - hiris
lobak merah - parut kasar
taugeh
daun kucai - hiris
(boleh tambah daun bawang atau daun sup jika suka)
satukan semua bahan ke dalam mangkuk
gaul sebati
masukkan telur dan gaul sebati sambil campurkan air sedikit demi sedikit
hingga menjadi adunan yang tidak terlalu cair atau terlalu pekat. diamkan sekurang2nya 30 minit, baru digoreng.
deep fry - jangan terlalu penuh bagi ruang untuk gorengan terapung
bila dah kuning keemasan, angkat dan toskan atas kitchen towel.
siap! untuk menjadi kudapan enak dihidang bersama kopi atau teh panas.
Senangkan....
No comments:
Post a Comment