Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Jom Buat Jemput2 Sayur a.ka Vege Fritters


Jemput2 - cucur - cekodok --> merujuk kepada hidangan yang sama.  Sesuai dihidang bila2 masa dimana jua.  Kegemaran semua peringkat umur dari dahulu hingga kini.  Bawalah ke mana pun tetap diterima kehadirannya...

Di tempat asal akak dipanggil jemput2 kerana kaedahnya dengan menggunakan hujung jari, kita mencubit sejemput adunan tepung dan dijatuhkan kedalam kuali penuh minyak yang dipanaskan.  Sejenis kudapan bergoreng.  Sangat mudah untuk disediakan, tapi jangan terkejut ada yang masih tidak berjaya membuatnya sendiri walaupun sudah diberi tutorial... akak pun tak tau mana silapnya...

Akak kalau buat jemput2 memang suka banyak sayur, selalunya carrot dan taugeh menjadi pilihan utama.  Kalau ada lebihan ayam goreng pun boleh leburkan bersama. Mari tengok apa yang akak gunakan untuk meyediakan jemput2 kali ini.

Bahan asas:
Tepung gandum
Bawang besar - cincang
halia - cincang
lada merah - cincang
garam
isi ayam goreng yang disiat2 (boleh diganti dengan ikan bilis)
air untuk membancuh

Bahan Sayur
(ikut citarasa masing2, tidak terhad yang tersenarai sahaja)
Kobis - hiris
lobak merah - parut kasar
taugeh
daun kucai - hiris
(boleh tambah daun bawang atau daun sup jika suka)

satukan semua bahan ke dalam mangkuk

gaul sebati

masukkan telur dan gaul sebati sambil campurkan air sedikit demi sedikit

hingga menjadi adunan yang tidak terlalu cair atau terlalu pekat.  diamkan sekurang2nya 30 minit, baru digoreng.

deep fry - jangan terlalu penuh bagi ruang untuk gorengan terapung

bila dah kuning keemasan, angkat dan toskan atas kitchen towel.

siap! untuk menjadi kudapan enak dihidang bersama kopi atau teh panas.

Senangkan....

Thursday, May 3, 2012

Kentang Sumbat Berkeju

Dulu pernah buat kentang sumbat ni... teringat2 kesedapannya sebab ada keju.  Akak kalau bab2 makan yang berkolesterol camni memang suka.  Lebih2 lagi nak membuatnya pun tidak rumit.  Kalau kerja tak main2, 45 minit dah ready.  Cari kentang yang kecil molek comel gitu... cepat masak waktu merebus. Kebetulan pulak dalam freezer tu masih ada keju yang belum diguna.  Akak guna keju cheddar tapi kalau nak lebih sedap boleh tambah keju mozzrella.

5 biji kentang - bersihkan dan rebus hingga empuk bersama kulit.
Belah dua dan korek isinya untuk membentuk mangkuk.  Ketepikan isi kentang yang dikorek tadi..

Bahan Inti:
150 gm daging cincang
1 biji bawang besar - cincang
3 sudu besar sos cili
daun ketumbar - cincang
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga layu.  Masukkan daging cincang, kacau sebati hingga daging masak.
Masukkan sos cili dan isi kentang, gaul rata dan sebati.  Kemudian masukkan daun ketumbar.
Siap.

Sumbatkan inti ke dalam mangkuk kentang.  Taburkan keju.
Bakar sebentar hingga keju cair.

Siap untuk dimakan...


Wednesday, April 11, 2012

Roti John dan Gegaran

Semalam akak masak nasi putih, bening kobis (fresh from Cameron Highland), ayam goreng garam kunyit (stail kampung) dan berulamkan cili padi hijau - amek kooo... mencungap berasap segala rongga tapi nasib baik nasik akak masak ngam2 jer... kalau masak lebih mesti makan lebih... bahaya tu... tak buleh... tak buleh...

Hari ni akak tak sentuh nasi pun... siang keluar akak cuma makan mee goreng kedai mamak, yang lain makan nasi.  Selamat haku tak payah masak... hahahaha... Malam pulak akak ingat nak layan pasar malam, tapi terasa malas lak nak keluar rumah setelah mengalami 'gegaran rumah bergoyang' petang tadi, kesan gempa bumi di Acheh.

Duduk di tingkat 3, memang terasa sungguh rumah ni berayun kiri kanan, tanya kat anak dara terasa tak, dia kata tak tapi kepala terasa pening macam bergegar... akak pandang arial TV nampak bergoyang, pandang ke tingkap nampak cam beralun... pastu anak dara kata 'air dalam botol tu berkocak la'... ye sungguh... berlari masuk bilik nak tanya kat tuan tanah ada rasa tak, Cheh!!! Tengok2 member sedap jer dibuai mimpi... pergghhh!!! Tak 'thrill' langsung ler...


Roti John je dek non... sempoikan hidup akak... homemade ni lebih puashati.  Bubuh ler apa yang kita suka, jimat pun jimat, kenyangggg...

Sediakan:
6 Roti Frankfurter (akak guna brand gardenia) - belah 2 tanpa putus
5 biji telur
hirisan bawang besar
hirisan timun
daun salad (akak guna hirisan kobis sebab kehabisan stok salad)
hirisan tomato (akak terlupa letak tp ni pilihan je)
sos cili
mayonis

Inti
200gm daging cincang
1 biji bawang besar - dadu
1 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci halia - cincang
40 gm serbuk rempah kurma
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.  Masukkan rempah kurma, kacau rata.  Masukkan daging cincang.  Masak hingga daging masak dan sedikit kering.  Perasakan garamnya.  Ketepikan.  Kalau terlebih minyak, toskan dulu.


Pecahkan telur dan pukul ringan.  Campurkan bahan inti.  Tambah garam jika suka.
Panaskan kuali leper tidak lekat.  Bubuh 2 senduk campuran telur (buat seperti telur dadar), tangkupkan belahan roti ke atasnya, angkat bila telur cukup masak.
Sapukan mayonis dan sos cili di atas bahagian telur.  Susunkan sayur2 pilihan diatasnya.  Lipat dua roti tadi.


Sedia untuk dihidang.



Tuesday, January 25, 2011

Roti Puri & Sambal Tumis Kerang


The last time I had roti puri was few years back... at last, i managed to prepare it for dinner tonite matched with Sambal Kerang. Those 'kerang' was kept in the freezer for many moons already - so get rid before expire... :D.

ROTI PURI by cendrawasih2020@yahoo.com.my

Bahan-bahannya:
1 kilo tepung gandum 1kg all purpose flour
4 sudu minyak sapi 4 tbsps ghee
1 sudu teh garam 1 tsp salt
Air secukupnya untuk menguli enough water to knead
3 cawan minyak untuk menggoreng 3 cups cooking oil

Cara
Panaskan minyak sapi hingga cair. Masukkan ke dalam tepung. Gaul rata dengan senduk. Kemudian masukkan air yang telah dikacau bersama garam secukupnya. Uli hingga jadi doh lembut licin.
Heat to melt the ghee. Mix well into the flour then add in water (dissolve salt into the water) and knead until smooth dough is formed.

Kemudian ambil doh sebesar macam nak buat karipap, canaikan bulat dan nipis.
Round out the dough into a golf ball size, roll out the dough to a thin layer piece.

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan doh yang dicanai nipis tadi. Bila digoreng ia akan naik menggelembung.
Heat up cooking oil in a pan. Deep fry the rolled out pieces. It will balloon during frying.

Balikkan dan bila dah kuning bolehlah angkat ke dalam pinggan yang dialas dengan kertas kitchen.
Turn over and fry until golden brown and move to a plate lined with kitchen towels.



Sambal Kerang by me

3 kg kerang (cockles) - boiled and separate the shells
10 tbsps Chili paste
5 shallots - blended
1 clove garlic - blended
thumb size shrimp paste - blended
tamarind juice
salt and sugar to taste
cooking oil
1 onion - sliced

Heat up cooking oil, saute blended ingredients until water dissolved. Fold in the cockles, mix well. Add in tamarind juice, salt and sugar to taste. Bring to boil and all ingredients well blended to each other. Add in sliced onion, cook until onion become soft. Simmer few minutes before serve.

Monday, November 8, 2010

Cucur Nasi

Tak tahan ngan godaan Che Mat Gebu, sengaja jer masak nasik lebih2 supaya boleh cuba jugak. Masa makan tu tak sedar diri, tau2 tinggal mangkuk jer. Punyalah lembutssss... emmm...

Inilah hasilnya, tapi telah diolah mengikut kesesuaian apa yang ada dalam esbok. CMG, kita kopipes jer ye... tambah sikit jer tu...


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus
Daun sup/daun bawang, hiris halus (tak bubuh sbb x der)
1 biji carrot - parut (kita tambah sendiri)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  3. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel.