Tuesday, May 22, 2012

Mi Bayam


Mi Bayam ni akak buat sendiri.  Kalau selalunya akak buat mi kuning guna air kunyit, mi lobak merah ngan jusnya, akak cuma gantikan kepada air kisaran daun bayam.  Tiada penggunaan kaler kimia, semuanya tulin.

Mi Bayam

500 gm tepung
200 ml kisaran daun bayam (kisar daun bayam dan air)
1 sudu kecil garam

Campur semua bahan dan uli hingga menjadi doh.  Bahagikan ke beberapa bahagian.
Gelek doh hingga menjadi kepingan nipis (no. 5).
Lalukan kepingan di bahagian pemotong mi.
Didihkan air hingga menggelegak dah masukkan mi siap potong ke dalamnya.  Rebus hingga mi timbul, angkat dan toskan.
Masukkan dalam bekas dan gaulkan dengan minyak.  Sejukkan dan boleh digunakan terus atau disimpan sehingga beberapa hari di peti sejuk.


Goreng aja seperti mee kuning biasa tu... sedap, tak ada bau bayam, tak der rasa bayam yang ketara.  Kalau ada anak2 yang tidak suka makan sayur tapi suka makan mi (mana ada anak2 tak suka mi), cara begini lebih efektif dari kita memaksa mereka untuk makan sayur... khasiatnya sudah berada di dalam mi tersebut.




1 comment:

Sue dan Nahar said...

boleh cuba buat nie..makan mee kuning jer selalunyer..thanks for the resepi^^