Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

Canned Fish Sambal and Potatoes with Glass Noodles and FooChook Soup

After very long vacation, here i present my cooking for our family lunch today.  Simple, yet favourite to everyone.  No left over ;) ;)


Canned Fish Sambal (sambal sadin daaa...)

1 canned (450 gm) mackerel/sardine fish
3 tbsps chili paste
2 cloves garlic - crushed/sliced
2 shallots - sliced
1" ginger - thinly sliced
5 pcs bird chilies (optional) - crushed
1 tbsp oyster sauce
1 can water
2 pcs tamarind pulp
1 onion - sliced
4 tbsps cooking oil

heat up cooking oil, stir-fry chili paste to fragrant then add in sliced/crushed shallot, garlic, ginger and chili. fry until tender.  Add in oyster sauce, mix well.
Add in the canned fish, water and tamarind pulp.  Bring to boil. Continue to cook until thicken.
Simmer a while before serve.

Potato with Glass Noodle and FooChook Soup

2 potatoes - peeled and cubed
10 gms glass noodles - soaked and drained
2 pcs foo chook - soaked and drained
a packet of fishball (optional)
1 shallot - sliced
1 clove garlic - sliced
dried shrimps - soaked
2 tbsps cooking oil
3 cups water
salt to taste

Heat up cooking oil and stir fry shallot and garlic.  Add in shrimps.  Pour in water, add cubed potatoes.  Bring to boil until potatoes become tender.
Add in fish ball, glass noodles and foo chook. Bring to boil again.
Garnish with chopped spring onion/green onion/chinese parsley.
Serve.

Wednesday, October 10, 2012

Kue Tiaw Sup Sayur Bebola Ikan

Bila rasa malas buat la camni jer.  Senang dan mengandungi nutrisi lengkap jugak ni (agaknya lah...) hahahaha... akak memang penggemar sayuran.  Jadi orang dalam rumah ni pun akak paksa makan sayur jugak.  Mereka paksa rela ikut selera tukang masak kalau nak kenyang.  Zalim ke tak tu ye???

Resipi senang jer deknon... main celur dan rebus. Memang tidak banyak kerenahnya.  Tak payah sukat2 pun bahan tu semua, bak kata seorang chef arab yang bercakap melayu 'ikut suka suka hati lah...'.

Hidangan (4 orang)
1 (450 gm) bungkus kue tiaw - leraikan, siramkan air panas dan toskan
tomato segar - potong baji
cili kicap (kalau suka buat la hiris cili curah kicap)
hirisan daun sup
bawang goreng

Bahan sayur (celur dalam air mendidih):
Brokoli - potong la ikut suka hati
Jagung muda - tak nak belah pun ok jer
sawi - potong ikut suka jugak
lobak merah - hiris membulat (nak lonjong, ikut suka hati lah)
kacang buncis - potong panjang ukuran 3 inci

Bahan sup:
Bebola ikan - apa jenis pun ikut suka hati la...
kek ikan - hiris
batang saleri
cendawan tiram - koyak2 jer
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
garam secukupnya (jika perlu)

Didihkan air bersama serbuk lada putih dan garam dalam periuk yang agak besar. Celurkan sayuran satu per satu jenis.  Susun sayur siap celur dalam bekas.  Biarkan air dalam periuk terus mendidih.
Masukkan hirisan bawang, bebola dan kek ikan.  Biar hingga bawang lembut dan bebola timbul ke permukaan periuk. Masukkan batang saleri dan cendawan. Perasakan garamnya.  Biar didih sekali lagi dan reneh seketika.
Siap untuk di hidang.

Masukkan kue tiaw, sayuran dan curahkan sup ke dalam mangkuk. Taburkan daun sup dan bawang goreng.   Jika suka, curahkan cili kicap.
Sedia untuk dihirup dan makan.


Thursday, June 21, 2012

Bihun Sup


Pilihan yang tepat bila dah tak tau nak makan apa.  Lebih2 lagi dengan cuaca yang panas kering ni, pilihan hidangan bersup memang sangat menyegarkan.


Resipi sup dah ada pada entry lepas di sini.

Condiments:
Bihun - rendam dan celur
Sawi - celur
Tauhu goreng - hiris
Sambal kicap
bawang goreng
hirisan daun bawang

Bahan2 tambahan tu boleh la ikut citarasa masing2 ye... ish... terliur lak tengok entry sendiri... ciss!!!

Tuesday, May 22, 2012

Sup Tulang Rusuk

Macam2 akak buat hari ini...  Untuk buka puasa merangkap makan malam, akak buat sup tulang rusuk dan sayur goreng jer.  Cukup la 2 juadah setiap 'meal'.  Dah biasa begini, kalau lebih nanti mesti terbazir.  Tuan tanah dan anak2 kata kalau banyak sangat hidangan jadi bingung nak makan mana satu.  Kalau masuk semua dalam mulut pulak tidak dapat rasa nikmat sesuatu makanan tu... emmm... ada2 jer alasan.  Tapi bagus gak begitu sebab, ringan skit kepala otak akak nak memikir apa yang perlu akak sediakan untuk diorang makan nanti.  Hahahaha... yang sebenornya, malas pun ye jugak... hahahahaha...


SUP TULANG RUSUK

Bahannya (hidangan 4 orang)
*500 gm tulang rusuk - potong kecil cuci bersih
*1 inci halia - ketuk
*2 ulas bawang putih - memarkan (ketuk)
*1 sudu kecil lada hitam
*1 batang serai - ketuk
*air untuk merebus
1 biji bawang besar - hiris
1/2 sudu teh serbuk jintan manis (kasar)
1/2 sudu teh serbuk jintan putih (halus)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk kunyit
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1 biji kentang - potong 8
1 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam secukup rasa

Masukkan bahan (*) ke dalam periuk dan rebus diatas api kecil sehingga daging yang melekat di tulang empuk atau tertanggal.
Masukkan rempah tumis, hirisan bawang, serbuk kunyit, serbuk jintan dan ketumbar, biar mereneh hingga bawang layu.  Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk.
Tambahkan garam secukupnya dan masukkan jus limau kasturi.  Renehkan lagi seketika.
Taburkan hirisan daun bawang dan daun sup semasa hidang.


Sayur ni orang cina panggil 'Pak Choy'.  Cara masak begini memang kesukaan anak2.  Kalau akak malas, alhamdulillah diorang boleh buat sendiri.  Mudah jer... pejam mata pun buleh...

Pak Choy Goreng Sos Tiram

Pak Choy - leraikan dan bersihkan
bawang putih - ketuk dan cincang
ikan bilis - basuh
cili merah - hiris
bawang besar - hiris
sos tiram secukupnya
air panas secukupnya

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan masukka ikan bilis dan bahan hiris.
Tuangkan sos tiram, kacau rata dan kaup balik pak choy ke dalamnya.  Tambahkan sedikit air panas.
Teruskan kacau hingga mendidih.  Angkat dan hidangkan.


Try la... :))

Monday, April 30, 2012

Homemade Carrot Noodles In Vege Soup

Dalam cuaca panas begini, dapat makanan jenis berkuah atau sup memang menyegarkan.  Akak pulak memang sup sudah menjadi kegemaran lebih2 lagi dengan keadaan gusi yang sakit agak susah nak mengunyah. Udah jadi macam ulor... main telan jer.  

Kali ini akak guna mee carrot yang akak buat sendiri.  Supnya memang sengaja akak bubuh sayur lebih sebab akak suka sayur.  Cuma ditambah udang dan bebola ikan di dalam sup.  


Sayur2nya dan udang akak celur sebentar dalam air mendidih yang bercampur garam untuk menjaga kesegarannya dan juga untuk mendapatkan stok dan dicampurkan ke dalam sup.

Bahan celur (blanch):
Bunga kobis / cauliflower
lobak merah / carrot 
udang / prawn
jagung muda / baby corn
buncis / french bean
kacang (apa tu ek) / green bean


Bahan Sup / Soups:
Bawang besar - hiris / Onion - sliced
Bawang putih - cincang / garlic - chopped
halia - hiris halus / ginger - thinly sliced
cili api - ketuk / bird chilies - crushed (optional)
bebola ikan / fish ball
air rebusan sayur / vege stock
garam secukupnya / salt to taste
minyak zaiton / olive oil
hirisan kobis / sliced cabbage (optional)

Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih, cili api dan halia, goreng hingga layu.  Masukkan bebola ikan dan air rebusan.  Biarkan mendidih dan perasakan garamnya.  Masukkan hirisan kobis, reneh sebentar sebelum hidang.

Heat up the oil and add-in onion, garlic, bird chilies and ginger, fry until tender.  Add in fishball and vege stock and bring to boil.  Add in salt to taste.  Add in cabbage if desire and simmer before serve.

Slurppp!!! Emmm... Yummy!!!

Tapi akak mesti nak siram sambal kicap tak kira la sup apa pun... :D

This is my homemade carrot noodles that I eat with the soup....

Carrot Noodles
500 gm flour
200 ml carrot juice
1 tsp salt

Sift flour into a mixing bowl and make a well in the centre. Combine carrot juice with salt and pour into the centre of the flour. Bind mixture together to form a very stiff dough. Knead until well combined and smooth.

Divide dough into small portions. Roll out the dough on a lightly floured surface until it is thin enough to be passed through a noodle machine.  Adjust knob of the noodle machine so that the rollers are at the widest setting to feed the dough. Insert a piece of dough and keep passing dough through the machine, decreasing roller spacing each time until you get the thickness that you desire.

Next, pass the dough sheet through the cutting setting to make strands. Repeat the procedure with the remaining dough. 

Remove the strands of noodles and dump in boiling water for 2-3 minutes or take them out when the noodles start floating.  Pour some oil and mix well during hot.  Store in container after cooling process. 

Monday, February 20, 2012

Sup Kentang Sambal Telur

I really am malas hari ini, rasa cam tak sehat jer... sengal segala sendi, otot2 lak rasa tegang. Siang tadi akak buat salad kentang jer, rasa cam sedaaaaaaaap sangat. Tapi bila makan (sebab dah betul2 lapar) tak seperti diharapkan (very high expectation - agaknya). Ingat cukup la tu, untuk dinner akak nak suruh jer diorang cari kat pasar malam. Tapi kesian pulak, akak masak nasi, buat sup kentang (kentang lagi), letak suun dan fucuk. Sambal tumis masih ada lagi, akak rebus telur, humban jer ke dalam sambal. Teringat zaman persekolahan masa dok asrama dulu, memang paberet akak tuh, tak pernah 'skip' tau... Tapi akak tak leh telan gak, nasib baik ada 2 hero akak tu tolong makankan. Confirm!!! Akak memang tak sehat la ni.

Sup Kentang Sempoi
1 biji kentang - buang kulit, hiris nipis
30 gm suun - rendam hingga lembut
30 gm fucuk - rendam hingga lembut dan potong kecil
1 cubit ikan bilis
1/2 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
5 biji cili padi - hiris
1 liter air
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak untuk menumis
sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup - hiasan

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi hingga bawang layu. Masukkan air dan kentang. Biar didih dan masak hingga kentang lembut.
Masukkan fucuk dan suun, tambahkan garam secukup rasa. Biar reneh seketika sebelum dihidang. Jangan lupa taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup.


Sambal telur ni akak gunakan lebihan sambal tumis yang akak buat untuk nasi lemak aritu. Memang akak selalu buat banyak2 sebab diorang dalam rumah ni makan biskut mayat pun colek sambal. Akak cuma rebus telur dan golek2kan jer dalam sambal.


***Rasa cam nak tidur awal la arini...***

Wednesday, April 20, 2011

Mee Udang

Mee Udang yang telah lama mengidam nak buat. Ini versi kita sendiri tidak boleh dibandingkan dengan resipi2 mee udang yang glamer dan popular tu ye. Resipi yang kita cipta berdasarkan permerhatian dan pembacaan serta apa yang kita rasa sebelum ini yang mana memang menarik jiwa kita untuk makan. Yang penting sesuai dengan tekak kita dan ahli keluarga kita. Ada gak mee udang yang pernah kita cuba sebelum ni tapi kita tidak berapa berkenan. Jadi inilah hasilnya tapi masih perlu dikemaskini dan diubahsuai mengikut keadaan.


1 peket mee kuning
sawi - dicelur
taugeh - celur
fishcake (optional)
cincangan daun bawang dan daun sup
hirisan cili merah

bahan kuah:
700 gm udang - bersihkan, rebus, asingkan airnya
4 sudu besar bawang kisar
5 ulas bawang putih - tumbuk lumat
2 sudu besar cili kisar (boleh tambah untuk lebih pedas)
1 inci belacan - tumbuk bersama bawang putih
3 senduk sos cili
3 senduk sos tomato
2 sudu besar sos tiram
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar dan belacan hingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato, biar hingga terbit minyak.
Tuangkan air rebusan udang tadi masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula. Renihkan untuk seketika.
Sedia untuk dihidangkan.


Cara menghidang:
Ambil kuah secukupnya, masukkan udang dan fishcake. Didihkan semula dan masukkan sawi dan mee.
Masukkan ke dalam pinggan, taburkan taugeh, daun bawang, daun sup dan cili merah.

Wednesday, July 21, 2010

BBQ Lamb Soup



I started with this recipe first after such a 'long vacation' ok... Just grabbed this one before I forget everything. I'm getting 'younger'... hahahhaha...

My freezer getting 'smaller', so I need to make some clearance... the left over of BBQ Lamb. Last time I made as stir fried dish. See this. Today, I transferred into a soupy watery dish.

Boil to tender and the meat loosen from the bone.
Then make the soup.I used:

BBQ Lamb - boiled to tender, separate the stock
1 packet 65 gm soup paste
1.5 water + 1 cup stock (fresh meat need more water)
3 potatoes - quartered
2 stalk celery - cut into pieces
salt to taste
fried onion
chopped spring onion and parsley

Pour in water and stock in a pot and add in soup paste, stir well.
Add in potatoes, lamb and celeries. Cook on a medium heat until tender. Add salt to taste
Garnish with fried onion and chopped spring onion and parsley to serve.

Note:
I served with 'Sambal Kicap'.

Sunday, June 7, 2009

Sup Su'un dan kentang

Entry yang tertinggal. Ni memang favourite kita bila dah tak tau apa nak makan. Waktu hari panas, dapat sup su'un + kentang memang menyegarkan. Tak der nasi layan sup ni jer pun cukup. Kalau dapat ada sambal tumis telur lagi best... Masa kat asrama dulu, berebut2 makan sungguh selera. Kita tak pernah ponteng makan kalau ini menunya...
1 biji kentang - kupas dan potong kecil
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
ikan bilis
bawang besar - hiris
bawang putih - hiris
garam secukup rasa
cili merah - hiris serong
minyak untuk menumis
air secukupnya

rendam lembut
su'un
tauhu kering
kincham (dried lillies) - option

Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Goreng hingga naik bau. Masukkan bahan hiris (kecuali cili merah) dan ikan bilis, goreng hingga kekuningan. Masukkan air dan kentang. Biarkan mendidih dan kentang separuh masak.
Masukkan cili merah, su'un dan tauhu kering, biarkan mereneh sebentar sebelum di hidang.

Sunday, March 1, 2009

Nasi Tomato and Friends

Dah lama dapur tak berasap... rasa rindu la pulak. Teringat janji kat Iman nak masakkan dia nasi tomato minggu lepas. Minat sangat dengan nasi tomato sampai tiapkali ada pasar malam dia minta nasi tomato. Lagipun memang dah lama tak buat nasik tomato. Sesekali tukar selera... emm? tukar selera? ye la... dari masakan kedai ke masakan rumah sendiri... air tangan sendirik...


Nasi Tomato


4 cawan beras Basmathi - cuci, rendam 15 minit, toskan
100 gm tomato puree dalam tin
4 biji tomato segar - dicelur dan kisar
200 ml susu cair
3 sudu besar mentega
4 cawan air rebusan ayam
garam secukup rasa
2 biji tomato segar - didadu
kismis (option)

bahan tumis

kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
1 biji bawang besar - didadu
1 inci halia - dihiris
2 helai daun pandan

Panaskan mentega di dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan goreng hingga bawang layu dan naik bau.
Masukkan tomato puree dan tomato kisar, kacau sebati. Tambahkan air rebusan ayam dan susu. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras. Kacau ratakan bahan. Biar hingga nasi sudah separuh masak dan kering airnya.
Kecilkan api dan taburkan tomato yang didadu. Biarkan nasi masak sepenuhnya.


Kita lak kalau buat nasi tomato suka buat puri dari tomato segar. Kelar bersilang punggung tomato tu dan rendam dalam air panas mendidih hingga kulitnya terkupas. Angkat buang kulit dan kisar. Tapi kena gak campur puri dalam tin untuk menaikkan warnanya. Kalau tak dicampur nasi nampak pucat.








Ayam Masak Tomato


1 ekor ayam - perap dengan garam dan kunyit
1 mangkuk sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 biji capsicum - didadu
3 biji cili merah - potong serong
2 biji tomato segar - potong baji
air rebusan ayam secukupnya
garam gula secukup rasa
minyak utk menggoreng

bahan tumis (dihiris)
1 inci halia
ulas bawang putih
6 butir bawang merah

Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
Kurangkan minyak dalam kuali sehingga tinggal lebih kurang 4 sudu besar. Masukkan bahan tumis, goreng hingga naik bau. Masukkan segala sos dan air secukupnya (ikut kepekatan yang dikehendakki). Kacau rata dan biarkan mendidih dan sedikit kering.
Perasakan garam dan gulanya. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul hingga sekata bahannya.
Masukkan tomato, capsicum dan cili merah atau bawang besar dihiris jika suka.
Hidangkan.


Sup


Air rebusan ayam secukupnya
bawang merah dihiris
bawang putih dihiris
garam secukup rasa
daun sup/daun bawang dihiris
bawang goreng

Didihkan air rebusan ayam, masukkan sekali hirisan bawang merah dan bawang putih. Perasakan garamnya.
Taburkan bawang goreng, hirisan daun bawang dan daun sup semasa menghidang.

Acar Timun dan Tomato

1 biji timun - hiris sesuai selera
1 batang lobak merah - potong sesuai selera
2 biji tomato - hiris nipis
1 biji bawang besar - di mayang
2 biji cili merah - dihiris
garam dan gula secukup rasa
2 sudu kecil cuka

Campurkan semua bahan dan gaul rata. Perap selama 15 minit sebelum dihidang.

Wednesday, February 4, 2009

Sayur Masak Bening

If you're javanese, you know what 'masak bening' is. It's my favourite... dah lidah jawa mmg cam tu lah. This dish is simple and easy to prepare.

It doesn't need so many ingredients, just enough if you have anchovis, shallots, sliced red chillie, salt to taste and water. Bring them to boil and drop in the vegetables. Let's simmer for 3 minutes and off fire. Serve right away.

Best serves with Sambal belacan at side and ikan goreng eeemmmmmm... wallah...

And to those who go on diet, this dish is good for you. Wah!!! macam pandaiiiiiiii gitu... and not to forget to those yang MALAS macam SAYA... hahahaha...

Bayam Goreng

Very simple dish and easy to prepare. Spinach - plucked, washed and drained
1 shallot - sliced
1 clove garlic - sliced
1 red chili - sliced
anchovies
salt to taste
cooking oil
1/2 cup water

Heat cooking oil and drop the anchovies and sliced ingredients in. Stir fry till its turn brownish. Add in water and bring to boil. Add in the spinach and salt to taste. Let it simmer for 3 minutes and off the heat. Ready to serve.