Friday, May 20, 2011

Asam Pedas & Sawi Goreng

Selalunya lunch ke dinner ke memang simple. Kat rumah ni kalau buat beriya2 pun orang makan ciput dan pelan jer. Dah la orang pun memangnya tak ramai. Kalu masak simple2 cam ni, laju jer diorang layan. Nasi kena masak cukup2 jer kalau tak memang tak cukup. Tak tau nak berhenti selagi nasi kat periuk tu lom habis. Emm... camna tu?

Untuk sayur saya sediakan pakchoy goreng jer. semua main campak2. bawang putih, bawang merah dan cili merah dihiris. Tumiskan bersama sedikit ikan bilis hingga bawang jadi lembut. Masukkan sayur yang telah dicuci. Kacau goreng hingga sayur layu. Matikan api. Hidangkan.

Park Choy Goreng

Lauknya pula Asam Pedas Ikan Kembung. Asam Pedas saya memang simple. Main campak2 jugak. Tak terbantut la selera nak masak asam pedas walau tidak cukup bahan samping. Janji bahan asasnya lengkap.

6 ekor ikan kembung
4 sudu makan cili siap kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
air asam jawa
sedikit belacan
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Bersihkan ikan.
Lumatkan perencah - bawang besar, bawang putih, belacan, halia dan kunyit. Campurkan kedalam cili siap kisar.
Tumiskan bahan perencah hingga naik bau dan garing. Masukkan ikan. Tambahkan air asam dan air secukupnya. Biarkan mendidih. Masukkan tomato jika mahu.
Perasakan dengan garam. Renih seketika sebelum dihidangkan.


senang jer... selamat mencuba!!!

1 comment:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... blog menarik, senang2 singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com