Bawang Goreng
Bawang merah kecil
Garam
Tepung beras
Loyang yang dialas dengan kitchen towel
Hiriskan bawang kecil nipis2.
Selerakkan dalam tray yang di alas dengan kitchen towel.
Biarkan sedikit kering air bawang tadi.
Pastu gaul dengan sedikit garam.
Kemudian taburkan tepung beras dan gaul rata, agak2 jer
supaya air bawang yg bersisa meresap pada tepung.
Akhir sekali goreng hingga kekuningan dan tiriskan lebihan minyak di atas kitchen towel.
Simpan dalam bekas kedap udara. Gunakan sebagai hiasan masakan atau makan begitu sahaja.
Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts
Wednesday, October 10, 2012
Kue Tiaw Sup Sayur Bebola Ikan
Bila rasa malas buat la camni jer. Senang dan mengandungi nutrisi lengkap jugak ni (agaknya lah...) hahahaha... akak memang penggemar sayuran. Jadi orang dalam rumah ni pun akak paksa makan sayur jugak. Mereka paksa rela ikut selera tukang masak kalau nak kenyang. Zalim ke tak tu ye???
Resipi senang jer deknon... main celur dan rebus. Memang tidak banyak kerenahnya. Tak payah sukat2 pun bahan tu semua, bak kata seorang chef arab yang bercakap melayu 'ikut suka suka hati lah...'.
Hidangan (4 orang)
1 (450 gm) bungkus kue tiaw - leraikan, siramkan air panas dan toskan
tomato segar - potong baji
cili kicap (kalau suka buat la hiris cili curah kicap)
hirisan daun sup
bawang goreng
Bahan sayur (celur dalam air mendidih):
Brokoli - potong la ikut suka hati
Jagung muda - tak nak belah pun ok jer
sawi - potong ikut suka jugak
lobak merah - hiris membulat (nak lonjong, ikut suka hati lah)
kacang buncis - potong panjang ukuran 3 inci
Bahan sup:
Bebola ikan - apa jenis pun ikut suka hati la...
kek ikan - hiris
batang saleri
cendawan tiram - koyak2 jer
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
garam secukupnya (jika perlu)
Didihkan air bersama serbuk lada putih dan garam dalam periuk yang agak besar. Celurkan sayuran satu per satu jenis. Susun sayur siap celur dalam bekas. Biarkan air dalam periuk terus mendidih.
Masukkan hirisan bawang, bebola dan kek ikan. Biar hingga bawang lembut dan bebola timbul ke permukaan periuk. Masukkan batang saleri dan cendawan. Perasakan garamnya. Biar didih sekali lagi dan reneh seketika.
Siap untuk di hidang.
Masukkan kue tiaw, sayuran dan curahkan sup ke dalam mangkuk. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Jika suka, curahkan cili kicap.
Sedia untuk dihirup dan makan.
Resipi senang jer deknon... main celur dan rebus. Memang tidak banyak kerenahnya. Tak payah sukat2 pun bahan tu semua, bak kata seorang chef arab yang bercakap melayu 'ikut suka suka hati lah...'.
Hidangan (4 orang)
1 (450 gm) bungkus kue tiaw - leraikan, siramkan air panas dan toskan
tomato segar - potong baji
cili kicap (kalau suka buat la hiris cili curah kicap)
hirisan daun sup
bawang goreng
Brokoli - potong la ikut suka hati
Jagung muda - tak nak belah pun ok jer
sawi - potong ikut suka jugak
lobak merah - hiris membulat (nak lonjong, ikut suka hati lah)
kacang buncis - potong panjang ukuran 3 inci
Bahan sup:
Bebola ikan - apa jenis pun ikut suka hati la...
kek ikan - hiris
batang saleri
cendawan tiram - koyak2 jer
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
garam secukupnya (jika perlu)
Didihkan air bersama serbuk lada putih dan garam dalam periuk yang agak besar. Celurkan sayuran satu per satu jenis. Susun sayur siap celur dalam bekas. Biarkan air dalam periuk terus mendidih.
Masukkan hirisan bawang, bebola dan kek ikan. Biar hingga bawang lembut dan bebola timbul ke permukaan periuk. Masukkan batang saleri dan cendawan. Perasakan garamnya. Biar didih sekali lagi dan reneh seketika.
Siap untuk di hidang.
Masukkan kue tiaw, sayuran dan curahkan sup ke dalam mangkuk. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Jika suka, curahkan cili kicap.
Sedia untuk dihirup dan makan.
Thursday, June 21, 2012
Ringkas dan Menyelerakan - Bahaya nih!!!
Pada waktu2 yang sangat membingungkan, membosankan, otak jadi keras tak boleh nak berfikir walaupun perut sudah memulakan 'konsert'nya yg tersendiri. Adoi... fenin... fenin... Selak sana selak sini... makin buntu nak masak apa... sesekali layan hidangan ringkas begini, macam lupa diri pulak...
Ikan goreng - untuk mencantikkan ikan goreng yang begitu 'plain' semasa menghidang, akak gorengkan hirisan bawang besar, halia, bawang putih dan cili hingga sedikit layu. taburkan di atas ikan tadi. Kemudian, tuangkan kicap sedikit... lichin beb!!!
Wednesday, May 2, 2012
Chicken Creamy Pasta with Cheesed Broccoli and Cocktail Jelly Punch
Hari ini akak melayan anak tekak akak dengan hidangan ala2 kebaratan kerana berjaya berpuasa penuh sehari. Selerapun apalagi... macam2 dok dalam kepala. Memandangkan segala bahan semuanya boleh dikatakan lengkap, hayun jer la... menu menambahkan kolestrol... hahahahaha... amekkaw!!!
Untuk menu utama akak sediakan pasta bersama sos krim dan ayam dan akak sengaja campakkan jugak kacang buncis yang telah dicelur. Mula asalnya nak buat carbonara, tapi jadi lain pulak sebab tak bubuh telur dalamnya.
Chiken Creamy Pasta
500 gm fusilli pasta – masak ikut arahan di pek
Kacang buncis celur
1 sudu makan olive oil
2 sudu makan mentega
1 bawang besar, cincang/dadu
2 ulas bawang putih, cincang
5 biji cili padi, cincang
400 gm isi ayam cincang
1 st garam
1 st lada hitam
1 cawan stok sayur
½ cawan stok ayam
1 cawan susu cair
250 ml krim pekat (thickened cream)
1 sudu makan parsley kering
40 gm parmesan cheese
Cairkan mentega dan tambahkan olive oil, tumiskan bawang
besar hingga layu. Masukkan bawang putih
dan cili cincang, goreng hingga sedikit kuning, tambahkan isi ayam, masak
selama 1-2 minit.
Masukkan garam, lada hitam, stok sayur, stok ayam, susu dan krim,
biarkan mendidih. Kecilkan api dan renehkan
sehingga kuah sedikit pekat dan masukkan parmesan cheese dan sebatikan.
Gaulkan pasta dan kacang buncis hingga
rata. Sedia untuk dihidang.
Memandangkan stok brokoli dan cauliflower tu banyak, akak buatkan sos cis. Kali ni akak panggang sekejap di dalam oven.
Cheesed Broccoli and Cauliflower
Brokoli – floret
Cauliflower – floret
2 sdm mentega
1 biji bawang besar – dadu
1 ulas bawang putih – cincang
150 ml susu cair
½ sdt serbuk lada hitam
1 sdt garam
½ cawan keju cheddar parut
keju mozzarella – untuk taburan
Cara membuat:
Celurkan brokoli dan cauliflower dalam air yang dididih bersama
sedikit garam dan lada hitam. Ketepikan.
Cairkan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih,
goreng hingga layu. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, garam dan susu
cair. Masak hingga mendidih dengan
kepanasan sederhana.
Masukkan keju cheddar dan kacau hingga larut dan menjadi sos
pekat.
Gaulkan brokoli dan cauliflower ke dalam sos.
Angkat dan tuangkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan keju mozzarella di atasnya.
Panggang dalam oven panas hingga keju cair. Angkat dan sedia untuk dihidang.
Bagi menyegarkan anak tekak akak nih, akak buat punch. Buat lebih awal dan simpan dalam peti sejuk beberapa jam. Emmm... nyaman...
Cocktail Jelly Punch
1 liter susu segar
1 tin buah laici
Nata de coco
Fruitty Jellies
Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan simpan beberapa jam di dalam peti ais.
Hidang sejuk.
Monday, April 30, 2012
Homemade Carrot Noodles In Vege Soup
Dalam cuaca panas begini, dapat makanan jenis berkuah atau sup memang menyegarkan. Akak pulak memang sup sudah menjadi kegemaran lebih2 lagi dengan keadaan gusi yang sakit agak susah nak mengunyah. Udah jadi macam ulor... main telan jer.
Kali ini akak guna mee carrot yang akak buat sendiri. Supnya memang sengaja akak bubuh sayur lebih sebab akak suka sayur. Cuma ditambah udang dan bebola ikan di dalam sup.
Sayur2nya dan udang akak celur sebentar dalam air mendidih yang bercampur garam untuk menjaga kesegarannya dan juga untuk mendapatkan stok dan dicampurkan ke dalam sup.
Bahan celur (blanch):
Bunga kobis / cauliflower
lobak merah / carrot
udang / prawn
jagung muda / baby corn
buncis / french bean
kacang (apa tu ek) / green bean
Bahan Sup / Soups:
Bawang besar - hiris / Onion - sliced
Bawang putih - cincang / garlic - chopped
halia - hiris halus / ginger - thinly sliced
cili api - ketuk / bird chilies - crushed (optional)
bebola ikan / fish ball
air rebusan sayur / vege stock
garam secukupnya / salt to taste
minyak zaiton / olive oil
hirisan kobis / sliced cabbage (optional)
Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih, cili api dan halia, goreng hingga layu. Masukkan bebola ikan dan air rebusan. Biarkan mendidih dan perasakan garamnya. Masukkan hirisan kobis, reneh sebentar sebelum hidang.
Heat up the oil and add-in onion, garlic, bird chilies and ginger, fry until tender. Add in fishball and vege stock and bring to boil. Add in salt to taste. Add in cabbage if desire and simmer before serve.
Slurppp!!! Emmm... Yummy!!!
Tapi akak mesti nak siram sambal kicap tak kira la sup apa pun... :D
This is my homemade carrot noodles that I eat with the soup....
Carrot Noodles
500 gm flour
200 ml carrot juice
1 tsp salt
Sift flour into a mixing bowl and make a well in the centre.
Combine carrot juice with salt and pour into the centre of the flour. Bind
mixture together to form a very stiff dough. Knead until well combined and
smooth.
Divide dough into small portions. Roll
out the dough on a lightly floured surface until it is thin enough to be passed
through a noodle machine. Adjust knob of
the noodle machine so that the rollers are at the widest setting to feed the
dough. Insert a piece of dough and keep passing dough through the machine,
decreasing roller spacing each time until you get the thickness that you
desire.
Next, pass the dough sheet through the cutting setting to
make strands. Repeat the procedure with the remaining dough.
Remove the strands of noodles and dump in boiling water for
2-3 minutes or take them out when the noodles start floating. Pour some oil and mix well during hot. Store in container after cooling process.
Wednesday, March 28, 2012
Vegetarian... hehehehe...
Ni favourite akak kalau malas nak makan berat2. Buat pun senang dan cepat. Dah banyak kali akak paparkan kat sini. Kalau teringin nak buat jenguk la resipinya kat sini.
Bening Petola, Sambal Udang dan Ikan Goreng Cili Belacan
Alamak!!! Blogger ada setting baru... keliru akak camni... Terkial2 akak... apa2pun kena cuba gak ni sambil akak layan 'Little Star' from Philippines nih... :D
Sejak 2 hari lepas akak memang malas (bukan hari2 malas ke?). Ni jer hidangan yang akak sediakan yang boleh membuka selera akak yang tak menentu nih.
Udang - dibersihkan
kisar - cili kering, bawang besar dan belacan
bawang besar - hiris
perahan asam jawa
minyak utk menumis
garam dan gula secukupnya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak. masukkan air asam, gula dan garam.
Masak hingga sambal sedikit kering, masukkan udang dan sebati. Masukkan bawang hiris dan gaul rata hingga bawang sedikit layu. hidangkan.
Konon2 nak buat ikan goreng dengan cili hijau tu... slalu makan kat kedai, cilinya kasar2... tp akak buat jadi halus tak nampak rupa cili... camana tu ek???
Ikan Goreng Cili Belacan
3 ekor ikan kembung - goreng
5 batang cili hijau
1 ulas bawang putih
2 butir bawang merah
belacan
1 biji bawang besar - hiris
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Kisar kasar cili hijau, bawang putih dan bawang merah bersama belacan.
Panaskan minyak dan gorengkan bahan kisar hingga terbit bau (semestinya anda bersin). Masukkan garam.
Gaulkan ikan goreng tadi dan taburkan bawang hiris.
Hidangkan.
Sejak 2 hari lepas akak memang malas (bukan hari2 malas ke?). Ni jer hidangan yang akak sediakan yang boleh membuka selera akak yang tak menentu nih.
Bening Gambas (Petola masak air)
1 batang petola - buangkan sipi2 tajam tu, potong kecil
secubit ikan bilis
1/2 biji cili merah hiris
1 butir bawang merah - hiris
garam secukup rasa
air secukupnya
Didihkan air dan garam. Masukkan ikan bilis, bahan hirisan dan petola. Biar mendidih sekali lagi dan petola sedikit lembut. Hidangkan.
Yang ni buat lauk nsik lemak. Simple jer cara akak...
Sambal Tumis UdangUdang - dibersihkan
kisar - cili kering, bawang besar dan belacan
bawang besar - hiris
perahan asam jawa
minyak utk menumis
garam dan gula secukupnya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak. masukkan air asam, gula dan garam.
Masak hingga sambal sedikit kering, masukkan udang dan sebati. Masukkan bawang hiris dan gaul rata hingga bawang sedikit layu. hidangkan.
Konon2 nak buat ikan goreng dengan cili hijau tu... slalu makan kat kedai, cilinya kasar2... tp akak buat jadi halus tak nampak rupa cili... camana tu ek???
Ikan Goreng Cili Belacan
3 ekor ikan kembung - goreng
5 batang cili hijau
1 ulas bawang putih
2 butir bawang merah
belacan
1 biji bawang besar - hiris
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Kisar kasar cili hijau, bawang putih dan bawang merah bersama belacan.
Panaskan minyak dan gorengkan bahan kisar hingga terbit bau (semestinya anda bersin). Masukkan garam.
Gaulkan ikan goreng tadi dan taburkan bawang hiris.
Hidangkan.
Monday, February 27, 2012
Simple Weekends - Masak Lemak Pucuk Meranti, Sambal Tumis Campur dan Dadar Telur Masin
Hujung minggu yang ringkas, akak masak ringkas2 jer sebab malas yang komplikated. Hehehehe... suka masak yang ringkas, cepat dan menepati selera. Yang penting mesti lichin tak der yang terbuang gitu...
Pucuk Meranti Masak Lemak
2 ikat pucuk meranti - petik daunnya dan bersihkan
1 keping tauhu - potong kecik
1 cawan santan + 1 1/2 cawan air
2 butir bawang merah - hiris
1 biji lada merah - hiris
secubit ikan bilis
garam secukup rasa
Satukan tauhu, santan, air, bawang merah, ikan bilis dan garam secukupnya.
Kacau atas api sederhana hingga mendidih tapi jangan sampai pecah santan.
Masukkan pucuk meranti dan lada merah, masak hingga sayur sedikit layu.
Sedia untuk dihidang.
Sambal Tumis Campur
2 biji kentang - dadu kasar, goreng
2 keping tauhu - dadu, goreng
tempe - dadu, goreng
1 keping fucuk - rendam lembut, potong kecil
suun - rendam lembut
150 gm udang - buang kepala dan kulit
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 biji cili hijau - hiris
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan cili dan bawang kisar hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan udang, biar hingga udang kecut. Masukkan asam keping, gula dan garam.
Masukkan kentang, tauhu dan tempe. Gaul rata dan sebati dan sambal sedikit kering.
Masukkan fucuk dan suun serta cili hijau. Gaul sebati hingga semua masak sekata dan kering.
Siap untuk dihidang.
Dadar Telur Masin
2 biji telur masin - pecahkan dan pukul sedikit, hancurkan kuningnya
1/2 biji bawang besar hiris
1 pokok daun bawang
Campurkan semua bahan, dadarkan dalam kuali non stik. Masak seperti telur dadar biasa.
2 ikat pucuk meranti - petik daunnya dan bersihkan
1 keping tauhu - potong kecik
1 cawan santan + 1 1/2 cawan air
2 butir bawang merah - hiris
1 biji lada merah - hiris
secubit ikan bilis
garam secukup rasa
Satukan tauhu, santan, air, bawang merah, ikan bilis dan garam secukupnya.
Kacau atas api sederhana hingga mendidih tapi jangan sampai pecah santan.
Masukkan pucuk meranti dan lada merah, masak hingga sayur sedikit layu.
Sedia untuk dihidang.
2 biji kentang - dadu kasar, goreng
2 keping tauhu - dadu, goreng
tempe - dadu, goreng
1 keping fucuk - rendam lembut, potong kecil
suun - rendam lembut
150 gm udang - buang kepala dan kulit
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 biji cili hijau - hiris
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan cili dan bawang kisar hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan udang, biar hingga udang kecut. Masukkan asam keping, gula dan garam.
Masukkan kentang, tauhu dan tempe. Gaul rata dan sebati dan sambal sedikit kering.
Masukkan fucuk dan suun serta cili hijau. Gaul sebati hingga semua masak sekata dan kering.
Siap untuk dihidang.
2 biji telur masin - pecahkan dan pukul sedikit, hancurkan kuningnya
1/2 biji bawang besar hiris
1 pokok daun bawang
Campurkan semua bahan, dadarkan dalam kuali non stik. Masak seperti telur dadar biasa.
Monday, February 20, 2012
Sup Kentang Sambal Telur
I really am malas hari ini, rasa cam tak sehat jer... sengal segala sendi, otot2 lak rasa tegang. Siang tadi akak buat salad kentang jer, rasa cam sedaaaaaaaap sangat. Tapi bila makan (sebab dah betul2 lapar) tak seperti diharapkan (very high expectation - agaknya). Ingat cukup la tu, untuk dinner akak nak suruh jer diorang cari kat pasar malam. Tapi kesian pulak, akak masak nasi, buat sup kentang (kentang lagi), letak suun dan fucuk. Sambal tumis masih ada lagi, akak rebus telur, humban jer ke dalam sambal. Teringat zaman persekolahan masa dok asrama dulu, memang paberet akak tuh, tak pernah 'skip' tau... Tapi akak tak leh telan gak, nasib baik ada 2 hero akak tu tolong makankan. Confirm!!! Akak memang tak sehat la ni.1 biji kentang - buang kulit, hiris nipis
30 gm suun - rendam hingga lembut
30 gm fucuk - rendam hingga lembut dan potong kecil
1 cubit ikan bilis
1/2 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
5 biji cili padi - hiris
1 liter air
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak untuk menumis
sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup - hiasan
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi hingga bawang layu. Masukkan air dan kentang. Biar didih dan masak hingga kentang lembut.
Masukkan fucuk dan suun, tambahkan garam secukup rasa. Biar reneh seketika sebelum dihidang. Jangan lupa taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup.
***Rasa cam nak tidur awal la arini...***
Saturday, February 18, 2012
Sotong Kangkung
Hidangan malam ni pulak - Sotong Kangkung yang telah lama akak idam idamkan... ni kira salad la jugak kan??? Puas dah pusing merata kat area tempat tinggal akak ni tak der pulak yang menjual sotong kangkung. Nak ke KL pulak tak berbaloi RM yang keluar hanya untuk sepiring sotong kangkung. Ntah piring besor mana pulak... puas tak tentu lagi... Akhirnya akak gagahkan diri jugak membuatnya. Ambik ko!!! baru puas hati aku... muahahahaha...

Sotong Kangkung
1 ekor sotong kembang - bersihkan dan potong kecil
1 ikat kangkung - bersihkan dan potong2
bijan - sangrai/sangai
kacang tanah goreng - tumbuk
Sosnya:
2 senduk cili kisar + 1/2 cawan air, tapiskan
2 senduk petis/otak udang
2 senduk gula
2 sudu besar jus asam jawa
Didihkan air dalam periuk. Celurkan kangkung. Angkat dan susun atas pinggan.
Kemudian masukkan sotong ke dalam air didihan tadi. Rebus hingga sotong terapung. Angkat dan susun atas kangkung celur tadi.
Dalam periuk lain, campurkan semua bahan sos dan masak hingga mendidih dan pekat.
Siram ke atas pinggan yang berisi kangkung dan sotong tadi.
Taburkan bijan dan kacang tumbuk.
Sedia untuk di baham...
Ha... akak dah share kat sini ye... lepas ni kita boleh jamu family, sahabat handai kita dengan senang hati tanpa memikir berapa RM nak kena keluar... hehehe...
Salad Jawa (Janganan) dan Siakap Berlada
Semalam sebelum keluar ke studio, Mat Rock minta ulam2an untuk hidangan makan tengahari hari ini. Akak pun dah gelenyor lama tak pergi pasar malam dengan gediknya la berjalan ke pasar malam berhampiran rumah. Cari pakcik yang kita biasa jual sayur tu tak der pulak. Baru teringat, dia tak meniaga hari Jumaat. Cuma ada 1 jer penjual sayur kat situ, mak ai... untuk satu kobis bulat (besar sikit dari bola tenis), 3 batang carrot saiz lengan baby, 4 biji tomato sebesor penumbuk, 1 biji timun, 1 biji capsicum hijau, 3 ikat sayur kangkung dan 3 ikat sayur meranti (my all times favourite)... RM18 semuanya... terkedu jugak tapi nak buat camana, sayur memang dah tak der kat rumah. Jeran nak shopping kat pasar malam rasanya. Dengan pakcik yang biasa tu tak pernah lak jejak harga sampai camtu... aduhai... Jadi, tengahari tadi akak masak la seadanya. Alhamdulillah semuanya puas sebab akak tengok bertambah2 nasi... hingga menjilat jari... hehehehe...
Sayur2 tu akak buat ler salad ala orang jawa yang kami panggil janganan. Ada sengkuang dalam petiais, Ok! Cantik ler... Teringat kacang siap goreng lebihan masa buat nasi lemak aritu. Cam biasa kuah salad tu akak buat cara akak yang paling mudah untuk semua.
Tapi tadi masa menyediakan kuah tu, ada kejadian yang tidak diingini berlaku, mangkuk berisi bahan2 kuah salad yang sudah di lumatkan jatuh terlungkup ke lantai… huhuhu… sedeynya akak, peluh yang keluar masa menumbuk lesung tu pun tak kering lagi… nasib baik bahan masih ada lagi, terpaksa la diulang proses sekali lagi. Apa nak buat dah tak der rezeki.
Janganan @ Salad Jawa
1 cekak pucuk meranti – celur
½ biji sengkuang – potong ‘julian’ (parut memanjang lagi senang)
½ batang timun – hiris nipis
Tomato (option jer kalau nak – akak bubuh sbb dah ada :D)
Susun semua sayuran dalam pinggan, siramkan kuahnya.
Sambal Kacang (Kuah Salad)
10 biji cili api
2 ulas Bawang putih
Seketul belacan (sebesar ibu jari)
1 cawan kacang tanah goring
1 sudu besar gula
Jus asam jawa (gunakan air masak untuk membancuh)
Garam secukup rasa
Air masak (jika perlu)
Tumbuk cili api, bawang putih dan belacan hingga lumat. Masukkan ke dalam bekas.
Tumbuk kacang hingga hancur. Campurkan ke dalam campuran cili.
Tambahkan gula, jus asam jawa dan garam secukup rasa dan kacau sebati. Kalau jus pekat, boleh tambah air masak untuk mencairkan. Biar seketika sebelum digunakan.
Sebenarnya, selain sayur2 yang akak gunakan nih, korang boleh jugak guna sayur2 lain seperti kacang panjang (celur), lobak merah, kangkung atau sebagainya. Jangan hadkan pemilihan sayur yang nak diambil ye… korang belasah jer, mesti jempol!!!
Untuk lauknya, bangun pagi tadi dah keluarkan ikan siakap dari peti beku. Tanya tuan rumah nak soh buat apa ngan siakap nih? Dia minta ikan digoreng garing pastu simbah ler ngan kuah yang ada rasa pedas. Ok, senang la camtu, buat masak berlada jer lah kan, tapi akak siap warning kat tuan rumah ni, mesti makan habis tak mau tingal2… nanti mogok masak baru tau… hehehe… sayang beb kalau tak habis, mahal tu…
Siakap Berlada
1 ekor siakap – dibersihkan dan digoreng
1 biji bawang besar hiris untuk hiasan
Air asam jawa
Garam, gula secukupnya
Minyak utk menumis
Bahan Kisar Kasar:
4 biji cili merah
10 biji cili api
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
½ inci halia
Belacan sebesar ibu jari
Panaskan minyak dalam kuali (akak guna minyak lebihan goreng ikan jer), tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan air asam, kacau hingga sebati semuanya. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan bawang hiris, goring hingga bawang layu.
Siram ke atas ikan yang telah diletak di dalam pinggan.
Hidang.
Tapi tadi masa menyediakan kuah tu, ada kejadian yang tidak diingini berlaku, mangkuk berisi bahan2 kuah salad yang sudah di lumatkan jatuh terlungkup ke lantai… huhuhu… sedeynya akak, peluh yang keluar masa menumbuk lesung tu pun tak kering lagi… nasib baik bahan masih ada lagi, terpaksa la diulang proses sekali lagi. Apa nak buat dah tak der rezeki.
1 cekak pucuk meranti – celur
½ biji sengkuang – potong ‘julian’ (parut memanjang lagi senang)
½ batang timun – hiris nipis
Tomato (option jer kalau nak – akak bubuh sbb dah ada :D)
Susun semua sayuran dalam pinggan, siramkan kuahnya.
10 biji cili api
2 ulas Bawang putih
Seketul belacan (sebesar ibu jari)
1 cawan kacang tanah goring
1 sudu besar gula
Jus asam jawa (gunakan air masak untuk membancuh)
Garam secukup rasa
Air masak (jika perlu)
Tumbuk cili api, bawang putih dan belacan hingga lumat. Masukkan ke dalam bekas.
Tumbuk kacang hingga hancur. Campurkan ke dalam campuran cili.
Tambahkan gula, jus asam jawa dan garam secukup rasa dan kacau sebati. Kalau jus pekat, boleh tambah air masak untuk mencairkan. Biar seketika sebelum digunakan.
Sebenarnya, selain sayur2 yang akak gunakan nih, korang boleh jugak guna sayur2 lain seperti kacang panjang (celur), lobak merah, kangkung atau sebagainya. Jangan hadkan pemilihan sayur yang nak diambil ye… korang belasah jer, mesti jempol!!!
1 ekor siakap – dibersihkan dan digoreng
1 biji bawang besar hiris untuk hiasan
Air asam jawa
Garam, gula secukupnya
Minyak utk menumis
Bahan Kisar Kasar:
4 biji cili merah
10 biji cili api
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
½ inci halia
Belacan sebesar ibu jari
Panaskan minyak dalam kuali (akak guna minyak lebihan goreng ikan jer), tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan air asam, kacau hingga sebati semuanya. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan bawang hiris, goring hingga bawang layu.
Siram ke atas ikan yang telah diletak di dalam pinggan.
Hidang.
Tuesday, January 10, 2012
Tumis Kecipir dan Taugeh + Ikan Goreng Tepung
Hidangan untuk dinner semalam. Sempoi jer... 1 sayur 1 lauk cukup dah...
1) Tumis Kecipir dan Taugeh

6 batang kecipir (kacang boto) - hiris
50 gm taugeh (tak mau pun tak ngaper)
1/2 biji bawang besar - hiris
1 batang cili merah - hiris
secubit ikan bilis
garam secukup rasa
minyak utk menumis
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan ikan bilis hingga naik bau. Masukkan cili merah, taugeh dan kecipir. Kacau rata. Masukkan garam dan air sedikit. Goreng jangan sampai layu sangat.
2) Ikan Sardin Goreng Tepung
Bahan 'batter'
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh ketumbar serbuk/kisar
1 sudu teh jintan serbuk/kisar
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh garam
satukan semua bahan dalam mangkuk, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit. Kacau hingga semua bersatu dan tidak terlalu cair.
1) Tumis Kecipir dan Taugeh

6 batang kecipir (kacang boto) - hiris
50 gm taugeh (tak mau pun tak ngaper)
1/2 biji bawang besar - hiris
1 batang cili merah - hiris
secubit ikan bilis
garam secukup rasa
minyak utk menumis
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan ikan bilis hingga naik bau. Masukkan cili merah, taugeh dan kecipir. Kacau rata. Masukkan garam dan air sedikit. Goreng jangan sampai layu sangat.
2) Ikan Sardin Goreng Tepung
Bahan 'batter'1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh ketumbar serbuk/kisar
1 sudu teh jintan serbuk/kisar
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh garam
satukan semua bahan dalam mangkuk, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit. Kacau hingga semua bersatu dan tidak terlalu cair.
Friday, January 6, 2012
Black Pepper Honey Crabs & Pea Sprouts in Oyster Sauce
Rajinnya akak deknon... arini terus jer update blog... semangat nih... sementara mood tengah tinggi menggunung...
Hidangan 'lunch' hari ini atas permintaan tuan tanah. Berapa hari dok sebut ketam... ketam... sanggup meredah kegelapan pagi ke pasar borong. Akak suka la... pulun jer apa teringin ;). Bab masak ketam ni akak suka jenis kering atau berkuah likat. Mesti ada rasa masam manis pedas, baru selera nak membaham.
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan hirisan daun, cili api dan halia, goreng hingga naik bau. Masukkan semua sos, madu, jus lemon dan air, kacau sebati hingga mendidih dan pekat. Perasakan garamnya.
Masakan yang ringkas rasanya lebih sesuai. Jadi, masak dengan sos tiram mesti sedapkan...
Hidangan 'lunch' hari ini atas permintaan tuan tanah. Berapa hari dok sebut ketam... ketam... sanggup meredah kegelapan pagi ke pasar borong. Akak suka la... pulun jer apa teringin ;). Bab masak ketam ni akak suka jenis kering atau berkuah likat. Mesti ada rasa masam manis pedas, baru selera nak membaham.3 ekor ketam - bersihkan dan goreng
1 sudu besar bawang putih cincang
5 biji cili api - hiris halus
1 inci halia - cincang
1 pokok daun ketumbar - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1/3 cawan sos cili
1/2 cawan sos black peper
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan madu
1/2 cawan air
1/2 biji jus lemon
garam secukup rasa
minyak utk menumis
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan hirisan daun, cili api dan halia, goreng hingga naik bau. Masukkan semua sos, madu, jus lemon dan air, kacau sebati hingga mendidih dan pekat. Perasakan garamnya.Masukkan ketam, gaul hingga sebati dengan sos. Biarkan hingga kuah sedikit kering.
Hidangkan.
*************
Waktu dok tinjau2 di bahagian sayur, terpandang sejenis sayur. Setiapkali ke pasar akak selalu termenung bila ngadap sayur ni. Kawan bagitau namanya Taumiau atau 'Pea Sprouts'. Emmm... patutlah masa akak masak cam ada bau taugeh... jenis taugeh gak ghopernya...
Masakan yang ringkas rasanya lebih sesuai. Jadi, masak dengan sos tiram mesti sedapkan...150 gm taumiau
50 gm udang - buang kepala
1 sudu kecil bawang putih cincang
1 biji bawang besar - hiris
1 batang cili merah - hiris
2 sudu besar sos tiram
minyak utk menumis
Bersihkan sayur dan toskan airnya.
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, goreng kekuningan. Masukkan udang, kacau rata. Kemudian masukkan sos tiram dan bawang besar. Kacau sebati.
Masukkan sayur dan hirisan cili, kacau gaul hingga rata. Masak hingga sayur sedikit layu.
Hidangkan.
Monday, November 21, 2011
Pucuk Paku Goreng Belacan dan Sotong Masak Hitam
Ni hidangan dinner tadi. Pucuk Paku goreng belacan, sotong masak hitam dan ikan goreng. Dah habis pikir nak masak apa tak tau... akhirnya main campak2 jer lah. Tapi yang peliknya dalam rumah ni, kalau main campak2 ni kadang2 tak cukup nasi... bahaya sungguh, sebab tu akak masak sukat cukup2 jer....
Pucuk Paku Goreng Belacan1 ikat pucuk paku - ceraikan dr batangnya
5 biji cili api
1 ketul belacan sebesar ibu jari
1 sudu besar bawang kisar
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Tumbuk cili api bersama belacan hingga hancur. Satukan dengan bawang kisar.
Panaskan minyak, tumiskan campuran belacan dan bawang tadi hingga naik bau.
Masukkan pucuk paku dan sedikit air. Kacau gaul hingga rata. Biar hingga mendidih.
Tambahkan garam secukup rasa dan matikan api. Hidang.
500 gm sotong - bersihkan tanpa buang dakwatnya
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 cm halia - mayang halus
1 biji cili hijau/cili merah - hiris
4 biji cili api - hiris
garam secukup rasa
sedikit air
Minyak untuk menumis
Panaskan minyak dan tumiskan cili api, bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan. Masukkan sotong, gaul rata dan tambahkan air. Didihkan.
Masukkan garam secukup rasa dan hirisan cili. Matikan api.
Hidangkan.
Masukkan sotong
Tuesday, November 8, 2011
Pajeri Mangga
Lepas buat Daging Dendeng permintaan tuan besar, akak terus la laksanakan angan2 akak yang masih tertangguh sejak bulan lepas. PAJERI MANGGA. Nasib baik mangga muda yang akak dapat tu masih lagi dalam keadaan baik, masih rangup lagi seperti baru dipetik walaupun dah sebulan bertapa kat dalam 'esbok' akak. Asyik terbantut jer niat murni tu dgn macam2 hal. Akhirnya terlaksana jua hari ini... puas hati akak.
Ramai kengkawan akak rasa macam pelik bila akak kata nak buat pajeri mangga sebab tak pernah makan gitu... akak pun tak pernah dek non... tak tau pun ada ke tak orang lain buat. apalagi 'google' jer la ek... Alhamdulillah, jumpa gak resipi yang dihajati tapi cam biasa la akak adjust sana sini ikut kesesuaian nafsu dan tekak akak ler... :D
PAJERI MANGGA
1 biji mangga muda (anggaran 1kg) - buang kulit, potong setebal 1 cm
4 biji cili merah - belah dua
1 biji bawang besar - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - hiris halus
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar udang kering - rendam sekejap dan toskan
3 sudu besar kerisik
3 sudu besar gula perang
rempah tumis - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
Air secukupnya untuk melembutkan mangga
Minyak untuk menumis
air asam jawa/cuka - jika perlu
Panaskan minyak, masukkan rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia. Tumis hingga wangi dan bawang layu. Tambahkan cili kisar, biar hingga terbit minyak, masukkan udang kering dan kerisik.
Tambahkan bahan serbuk: ketumbar, jintan, kunyit, garam dan gula.
Masukkan mangga dan cili merah, gaul sebati dan tambahkan air secukupnya. Masak hingga mangga lembut. Kalau air kering mangga masih keras, tambahkan air lagi.
Sesuaikan rasa garam dan gulanya, tambahkan air asam jawa atau cuka jika suka lebih masam.

Subscribe to:
Posts (Atom)
























