Thursday, November 26, 2015
Ikan Masak Taucu (Fried Fish in Salted Soy Soup)
(Fried fish in salted soy soup)
First time using my mobile to update my 'long-left-unattended' blog. It took me longer time to understand the commands.
First time I cooked this 'long-time-dreamt-dish' - fish in salted soy soup (ikan masak taucu).
It was not difficult to make but the level of confidence of using the 'taucu' was not that supportive in me. Please don't ask me why...
Ok... let me share my simple recipe I've tried today... well... I just finished cook it ok so the ingredients list still sticking on my head. :-D
2 pcs fish (i used kembong) - cleansed n cut each into 2 parts - mix with tumeric n salt - fried
2 tbsps 'taucu' (salted soy) - mix with water, separated and keep aside
2 cloves garlic - sliced
1 shallot - sliced
1/2" ginger - julliene
1 onion medium size - 'ring' cut
1 green chili - halved lengthwise
5 pcs bird chili - halved lengthwise
1/2 tbsp tamarind paste + 2 cups water
Salt n sugar to taste
Cooking oil
Heat up cooking oil and stir fry sliced shalot, garlic n ginger until soften.
Add in the taucu n mix well.
Add in the chilies, sliced onion and tamarind juice. Bring to boil. Add in salt n sugar to taste.
Add in the fried fish and simmer for 10 minutes.
Ready to serve.
Easy right?... ok happy cooking to you!!!
Note: you can add some water that we keep separated from the taucu into the soup.
Tuesday, October 16, 2012
Pengat Labu Manis
Pengat Labu
Labu - buang kulit dan biji, potong dadu
Gula (gula merah atau gula pasir ikut suka)
garam
santan
air
Rebus labu dan garam hingga labu empuk.
Masukkan gula dan santan. Kacau hingga mendidih dan gula larut semuanya.
Hidangkan.
Bubur Jagung
Bubur Jagung
3 tongkol jagung - ceraikan dr tongkolnya
1/2 cawan sago - cuci
senduk gula secukupnya
1 st garam
air
1 cawan santan
rebus butir jagung bersama garam hingga lembut. masukkan nisan. tambah gula jika suka lebih manis. (tak tambah lagi bagus sbb gula dah mahal). masak hingga mendidih kemudian tambah sago, biar hingga sago masak. Masukkan santan, kacau hingga mendidih lagi. tutup api dan hidang.
Wednesday, May 23, 2012
Jom Buat Jemput2 Sayur a.ka Vege Fritters
Jemput2 - cucur - cekodok --> merujuk kepada hidangan yang sama. Sesuai dihidang bila2 masa dimana jua. Kegemaran semua peringkat umur dari dahulu hingga kini. Bawalah ke mana pun tetap diterima kehadirannya...
Di tempat asal akak dipanggil jemput2 kerana kaedahnya dengan menggunakan hujung jari, kita mencubit sejemput adunan tepung dan dijatuhkan kedalam kuali penuh minyak yang dipanaskan. Sejenis kudapan bergoreng. Sangat mudah untuk disediakan, tapi jangan terkejut ada yang masih tidak berjaya membuatnya sendiri walaupun sudah diberi tutorial... akak pun tak tau mana silapnya...
Akak kalau buat jemput2 memang suka banyak sayur, selalunya carrot dan taugeh menjadi pilihan utama. Kalau ada lebihan ayam goreng pun boleh leburkan bersama. Mari tengok apa yang akak gunakan untuk meyediakan jemput2 kali ini.
Senangkan....
Tuesday, May 22, 2012
Kepok Lekor Cik Ani
Dah lama sungguh tak buat kepok (keropok) lekor. Kebetulan tadi pagi pergi pasar ada ikan sadin dah pecah perut jual harga murah. Selalu pun ada gak ikan2 begini tapi nak beli teragak-agak. Hari ni kuatkan semangat terus jer beli dalam sekati (600 gm). Balik rumah terus jer ceraikan tulang dan isinya. Ketepikan sementara nak habiskan kerja2 lain di dapur.
Kepok lekor yang disediakan sendiri ni lebih memuaskan hati akak, sebab kita boleh kawal pengunaan bahan dan juga serbuk perasa. Akak ni kan 'MSG Free' kalau memasak... Penggunaan tepung jugak bergantung pada si pembuatnya... kalau nak lebih rasa ikan, kurangkan tepungnya. Kalau nak bubuh perasapun boleh jugak.
Sebenarnya ni bukan kali pertama akak membuat kepok sendiri. Dah banyak kali jugak. Lagipun tak susah mana. Akak belajar dari seorang kakak angkat masa lepas SPM dulu, bukan secara formal pun, dia cuma arahkan apa nak buat jer, dari bersihkan ikan sampai merebus... tu yang akak ingat sampai sekarang kottt... Dulu tu guna lesung batu deknon, tak main kisar2 nih tau... jenuh nak menumbuk isi ikan tu kooo...
Keropok Lekor
Bahan:
600 gm ikan (selayang/pelaling/sadin/tamban) - bersihkan, asingkan isi dari tulang dapat (+/-)400 gm isi ikan
400 gm tepung sagu (kurangkan lagi untuk lebih rasa ikan)
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu kecil garam
Kisar isi ikan bersama garam dan lada putih.
Ulikan bahan kisar bersama tepung sagu hingga boleh digentel.
Gentel memanjang seperti selinder mengikut saiz yang dikehendakki.
Rebus dalam air mendidih yang dicampur sedikit garam dan minyak hingga ianya timbul.
Angkat dan toskan.
Boleh dimakan terus, atau digoreng seperti keropok lekor biasa.
Dah ada kepok, kena la ada pencicah (dipping) pula...
Untuk membuat pencicah atau sosnya akak menggunakan
200 gm cili merah - buang biji
200 gm cili pes/cili kering kisar (boleh kurangkan atau lebih mengikut citarasa)
50 gm bawang putih
400 gm gula melaka - potong kecil
2 cawan air
1/2 cawan cuka
2 sudu teh garam
Kisarkan cili merah dan bawang putih hingga hancur. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih dan pekat.
Siap untuk dihidang.
Selamat Mencuba!!!
Wednesday, March 28, 2012
Vegetarian... hehehehe...
Tuesday, January 17, 2012
Pecel Pari/Tuka
Dulu kalau arwah emak atau arwah bapak buat, tanya ni apa? Mereka jawab 'Pecel'. Memang tersematlah di sanubari rasa pecel nih. Agaknya mereka jer yang panggil dengan nama tu. Tapi bila dok KL, bila sebut pecel, jangan kata rasa, rupa pun lain. Puas la tanya, semua jawaban tak berapa 'match' ngan apa yang ada di kepala.
Setelah puas pusing keliling alam siber ni, rupa2nya ianya sama dengan 'masak cekur'. Memang bahan utama ada cekur atau kencur dalam bahasa jawa, barulah cukup rasanya. Yang tak best nih, puas keliling, cari daun cekur tak der pulak. Sampai ke pasar cari, memang tak ada rezeki. Nasib baik bijinya ada, cukuplah cuma kurang meriah tak nampak daun2 nya dalam kuah.
Selain ikan pari/tuka, boleh gak ganti dengan ikan jenis lain seperti cencaru atau kembung panggang. Ikan keli (lele) pun selalu digunakan (keluarga akak tidak berapa pandai makan ikan keli). Kalau nasib baik, sesekali Arwah bapak turun ke dapur, dia suka buat pecel terung (kena panggang jugak). Kami makan hingga jilat jari...
Pecel Tuka
2 ekor ikan pari tuka – panggang dan siat2kan
100ml pati santan + ½ cawan air masak
10 biji cili padi yang masih hijau
2 biji isi kencur (cekur)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
Sedikit belacan
garam & gula
2 helai daun kencur - mayang (kalau akak suka siat2 jer tp kali ni tak jumpa daun, cuma ada buah jer)
Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Panggang hingga masak.
Tumbuk cili padi bersama belacan, bawang merah, bawang putih, halia dan isi kencur (cekur).
Campurkan semua bahan tumbuk ke dalam bancuhan santan. Campurkan garam, gula dan daun kencur.
Kacau di atas api sederhana hingga mendidih.
Masukkan ikan yang telah dipanggang dan disiat2 tadi.
Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.
Atau:
Campurkan semua bahan tumbuk ke dalam bancuhan santan, campurkan garam, gula dan daun kencur. Kacau sebati.
Letakkan ikan pari di atas pinggan dan tuangkan kuah santan.
Thursday, January 12, 2012
Serawa/Kuah Durian

Masukkan:
Tambahkan 500 ml pati santanSunday, October 16, 2011
Ikan Pekasam
ikan pekasam - goreng (satu rumah bau)kurangkan minyak gorengan ikan tadi. masukkan bahan hiris, goreng hingga layu.
Tuesday, May 17, 2011
Kacang Panjang Garem Asem
Kacang Panjang Garem AsemWednesday, April 20, 2011
Masak Lemak Cili Api

Sunday, March 27, 2011
Sambal Petai Tempoyak Ikan Bilis

Monday, February 28, 2011
ubi goreng pulut kuning
Monday, November 8, 2010
Cucur Nasi

2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus
Daun sup/daun bawang, hiris halus (tak bubuh sbb x der)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
- Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
- Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel.
Tuesday, September 21, 2010
Lontong Merah Mama Ghock
Hahaha... jangan terkejut tengok kuah lontong warna merah ni. Saja jer tukar rupa dia, asik kuning jer kan boring. Upgrade sikit bagi glamour la... semangat sikit nak makan.
Bahan2 macam biasa la jugak cuma lebihkan cili kisar dalam tumisan. Sebenarnya malas nak buat sambal asing. Ikan bilis kita dah kisar sekali dengan bawang dan cili. Kalau berani, cuba la! ;)
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
½ inci halia hiris
2 sudu ikan bilis
2 senduk kecil cili kering siap kisar
½ sk jintan kasar (manis) siap kisar
½ sk jintan halus (putih) siap kisar
1 batang serai - dititik
1 helai daun salam
½ inci lengkuas - diketuk
200 g udang hidup – buang hujung yg tajam
¼ cawan minyak utk menumis
Bahan sayur di potong kecil ikut selera:-
4 kelopak daun kobis
6 batang kacang panjang
½ batang lobak merah
½ biji sengkuang kecil
2 biji kentang – potong kecil dan goreng
3 keping tauhu – dipotong kecil dan goreng
1 keping tempe – dipotong dan digoreng
10 gm kincham – direndam
1 keping tahu kering - rendam
50 gm su'un – direndam
lada merah dan hijau – dipotong serong
1.5 ltr santan sederhana cair
garam secukup rasa
air secukupnya
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan udang dan gaul sebati dan masukkan santan, serai, daun salam, lengkuas dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu diakhiri dengan su’un dan tauhu kering dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga mendidih dan sayur lembut.
3. Siap untuk dihidang bersama lontong, ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.
Saturday, October 3, 2009
Rendang Raya
opps!! lain2 sajian raya sama cam tahun2 lepas... ketupat, sambal goreng, sambal kacang dan bla... bla... bla... semua menu wajib hari raya, kalau nak letak kat sini resipinya cam benda sama... tak best...

2kg daging (lembu/kambing)
250g rempah rendang
4 senduk kecil cili kisar (nak pedas tambah lagi...)
3 senduk kecil bawang kisar
1½ senduk kecil bwg putih kisar
2 sudu besar halia kisar
2" kunyit hidup
lengkuas
6 batang serai - kisar bersama kunyit dan lengkuas
rempah tumis - kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
1 liter susu penuh krim
1 senduk kecil kerisik
gula melaka dan garam secukupnya
minyak untuk menumis
hirisan daun kunyit
daun limau purut yang di siat2
Satukan rempah rendang dan bahan kisar.
Panaskan minyak, masukkan rempah tumis hingga wangi dan masukkan semua campuran bahan kisar. Tumis hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan daging, susu, kerisik, gula dan garam. Biarkan mendidih. Kacau sekali sekala. Masukkan daun limau purut. Masak hingga kuah pekat.
Saturday, August 22, 2009
Laksa Sarawak untuk berbuka
Hari pertama puasa tahun ini, kita hanya sempat menyediakan juadah ringkas untuk berbuka. Dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, Laksa Sarawak adalah yang paling mudah untuk disediakan.
Rebuskan udang (dgn kulit) dan ayam kedalam 2.5 liter air. Setelah masak asingkan udang dan ayam dari air rebusan.
Menghidang Laksa Sarawak:
Tuesday, May 19, 2009
Pencuk Nenas
Tiap kali kalau ada nenas separuh masak, cuaca pulak panas, emak akan buat pencuk nenas. Balik sekolah bukak tudung saji nampak pencuk, emmmm... tak boleh tahan dah, baru hidu baunya saja bagai mau gugur air liur nih... terkam terus.
Resipi ni versi ingat2 lupa... siap tanya kat kakak sebab dulu2 memang dia la paling rajin buat pencuk.

Sunday, February 15, 2009
Sambal Goreng

Pulut Kuning, Rendang Telur dan Sambal Tumis Bilis

1 ltr air

























