PULUT KUNING
direndam semalaman
2 kg pulut
3 sudu kunyit serbuk
2 sudu teh garam
campurkan sebati
250 gm santan pati
1 ltr air
1 ltr air
garam secukup rasa
Didihkan air dalam periuk kukus. Kukus pulut selama 20-30 minit.
Angkat dan gaulkan dengan santan sehingga rata dan sebati.
Kukus semula selama 30 minit.
RENDANG TELUR
Telur yang telah siap direbus
Kuah rendang (ikut ler style rendang negeri mana pun)
Kalau rendang daging, korang masak sekali ngan rempah tu kan, tapi utk rendang telur, korang masak kuahnya berasingan. Bila kuah dah pekat, masukkan telur. Jangan lupa buangkan kulitnya... cam tu jer...
SAMBAL TUMIS Style Malas
1 labu Bawang besar - di dadu
Sedikit belacan - dihancurkan
3 senduk besar cili kisar segengam ikan bilis - siap goreng
1 labu bawang besar - dimayang (hiris melintang)
garam + gula secukup rasa
air asam jawa
Tumiskan belacan & bawang besar dadu hingga layu. Masukkan cili kisar. Goreng hingga naik minyak. Masukkan air asam, garam dan gula (jika suka) biarkan hingga sedikit pekat. Masukkan bawang besar hiris dan jugak ikan bilis goreng tadi. Bila bawang sedikit layu - matikan api.
No comments:
Post a Comment