Thursday, February 5, 2009

Nasi Dagang + Gulai Tongkol + Acar

NASI DAGANG (Untuk makan 10 orang)

Bahan-bahannya:-
5 cawan beras siam wangi
2 cawan beras pulut
1 biji kelapa - asingkan santan pekat dan santan cair
8 ulas bawang merah (hiris)
Halia agak-agak (hiris)
Halba 2 sudu besar – direndam 2 jam
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
  • Beras wangi dan pulut dicampurkan dan direndam tidak kurang 2 jam, di bersihkan dan ditoskan. Kukus beras untuk 15-20 minutes hingga separuh masak.
  • Langkah seterusnya ialah gaulkan santan cair dan kukus lagi selama kira-kira 20 minit. Selepas itu, gaulkan santan pekat, bawang merah, halba dan garam kepada beras yang dikukus dan kukus lagi selama kira-kira ½ jam.


Gulai Ikan Tongkol
3 ekor ikan tongkol yang sedang besarnya
Asam keping secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas
rempah nasi dagang - buat sendiri (2 sudu besar ketumbar + 2 sudu besar jintan manis + kayu manis + bunga lawang + cengkih) - dikisar menjadi rempah.
1 senduk besar cili boh
1-2 biji kelapa (ambil santan jgn terlalu cair)
sebatang kayu manis
sedikit bunga lawang
Buah pelaga
Gula melaka
Option – asam keping atau belimbing buluh dan cili api

Cara membuatnya:-
  • Ikan di potong dan dicuci dan direbus dengan asam keeping dan garam. Bila sudah masak tutup api dan simpan.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia, dengan buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis. Bila naik bau, tumis cili boh dan rempah nasi dagang. Bila telah naik bau dan cukup garing, masukkan santan. Masak kuah dan bila telah nampak pekat masukkan gula melaka, garam.
  • Masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi dan masak sehingga masak. Jika suka masukkan beberapa cili api dan belimbing buluh yang telah dibasuh.


Acar
1 batang timun dihiris seperti kayu api
1 batang lobak merah dihiris seperti diatas
1 biji tomato – dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
1-2 cili hidup
1-2 sudu besar cuka
Garam
Gula

Gaulkan semua bahan diatas dan rasa garam dan kemanisannya secukup rasa.


Yang ni optional... tak der pun tak per...

No comments: