Saturday, February 18, 2012

Salad Jawa (Janganan) dan Siakap Berlada

Semalam sebelum keluar ke studio, Mat Rock minta ulam2an untuk hidangan makan tengahari hari ini. Akak pun dah gelenyor lama tak pergi pasar malam dengan gediknya la berjalan ke pasar malam berhampiran rumah. Cari pakcik yang kita biasa jual sayur tu tak der pulak. Baru teringat, dia tak meniaga hari Jumaat. Cuma ada 1 jer penjual sayur kat situ, mak ai... untuk satu kobis bulat (besar sikit dari bola tenis), 3 batang carrot saiz lengan baby, 4 biji tomato sebesor penumbuk, 1 biji timun, 1 biji capsicum hijau, 3 ikat sayur kangkung dan 3 ikat sayur meranti (my all times favourite)... RM18 semuanya... terkedu jugak tapi nak buat camana, sayur memang dah tak der kat rumah. Jeran nak shopping kat pasar malam rasanya. Dengan pakcik yang biasa tu tak pernah lak jejak harga sampai camtu... aduhai... Jadi, tengahari tadi akak masak la seadanya. Alhamdulillah semuanya puas sebab akak tengok bertambah2 nasi... hingga menjilat jari... hehehehe...

Sayur2 tu akak buat ler salad ala orang jawa yang kami panggil janganan. Ada sengkuang dalam petiais, Ok! Cantik ler... Teringat kacang siap goreng lebihan masa buat nasi lemak aritu. Cam biasa kuah salad tu akak buat cara akak yang paling mudah untuk semua.

Tapi tadi masa menyediakan kuah tu, ada kejadian yang tidak diingini berlaku, mangkuk berisi bahan2 kuah salad yang sudah di lumatkan jatuh terlungkup ke lantai… huhuhu… sedeynya akak, peluh yang keluar masa menumbuk lesung tu pun tak kering lagi… nasib baik bahan masih ada lagi, terpaksa la diulang proses sekali lagi. Apa nak buat dah tak der rezeki.

Janganan @ Salad Jawa
1 cekak pucuk meranti – celur
½ biji sengkuang – potong ‘julian’ (parut memanjang lagi senang)
½ batang timun – hiris nipis
Tomato (option jer kalau nak – akak bubuh sbb dah ada :D)

Susun semua sayuran dalam pinggan, siramkan kuahnya.

Sambal Kacang (Kuah Salad)
10 biji cili api
2 ulas Bawang putih
Seketul belacan (sebesar ibu jari)
1 cawan kacang tanah goring
1 sudu besar gula
Jus asam jawa (gunakan air masak untuk membancuh)
Garam secukup rasa
Air masak (jika perlu)

Tumbuk cili api, bawang putih dan belacan hingga lumat. Masukkan ke dalam bekas.
Tumbuk kacang hingga hancur. Campurkan ke dalam campuran cili.
Tambahkan gula, jus asam jawa dan garam secukup rasa dan kacau sebati. Kalau jus pekat, boleh tambah air masak untuk mencairkan. Biar seketika sebelum digunakan.

Sebenarnya, selain sayur2 yang akak gunakan nih, korang boleh jugak guna sayur2 lain seperti kacang panjang (celur), lobak merah, kangkung atau sebagainya. Jangan hadkan pemilihan sayur yang nak diambil ye… korang belasah jer, mesti jempol!!!



Untuk lauknya, bangun pagi tadi dah keluarkan ikan siakap dari peti beku. Tanya tuan rumah nak soh buat apa ngan siakap nih? Dia minta ikan digoreng garing pastu simbah ler ngan kuah yang ada rasa pedas. Ok, senang la camtu, buat masak berlada jer lah kan, tapi akak siap warning kat tuan rumah ni, mesti makan habis tak mau tingal2… nanti mogok masak baru tau… hehehe… sayang beb kalau tak habis, mahal tu…

Siakap Berlada
1 ekor siakap – dibersihkan dan digoreng
1 biji bawang besar hiris untuk hiasan
Air asam jawa
Garam, gula secukupnya
Minyak utk menumis
Bahan Kisar Kasar:
4 biji cili merah
10 biji cili api
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
½ inci halia
Belacan sebesar ibu jari

Panaskan minyak dalam kuali (akak guna minyak lebihan goreng ikan jer), tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan air asam, kacau hingga sebati semuanya. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan bawang hiris, goring hingga bawang layu.
Siram ke atas ikan yang telah diletak di dalam pinggan.
Hidang.

No comments: