Ni sebenarnya entry tertunggak. Akak cuba masak nasi ni lebihkurang sebulan yang lalu. Akibat sibuk beraya, lupa nak masukkan ke sini. Sebenarnya inilah pertama kali akak cuba memasaknya. Selalu akak tengok jer orang lain masak tapi tak pernah mencuba. Jadi akak cuba la jugak buat nasi warna warni ni ikut stail akak sendiri. Terpulang la nak ikut resipi manapun. Why worry huh??? Recipe's everywhere, yo!!! But, mine is very simple to follow... ;-)
3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 15 minit, tiriskan air
rempah tumis - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 biji bawang besar - hiris
2 ketul bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
5 sudu besar minyak jagung
garam secukup rasa
pewarna merah, kuning dan hijau
bawang goreng, daun bawang
Panaskan minyak jagung, masukkan rempah tumis, goreng hingga naik bau.
Masukkan bahan hiris, goreng hingga layu kemudian masukkan beras. Kacau rata, masukkan garam, air dan susu. Masak nasi seperti biasa.
Bila nasi hampir kering, titik pewarna ke atas nasi. Biarkan nasi masak sepenuhnya tanpa dikacau.
Taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang semasa menghidang.
Sebagai regunya akak buatkan ayam masak merah dan jelatah timun. Resipi kedua2nya dah ada di entry terdahulu.
No comments:
Post a Comment