Sunday, August 23, 2009

Berbuka Hari Ke2

Juadah berbuka hari ini simple jer. Malas nak bermewah yang akhirnya akan ke tong sampah jugak. Memang dah lazim begitu berbuka sekadarnya sahaja. Anak2 dah terbiasa tak pernah komplen. Mengajak ke pasar ramadan pun tak, sebab selalunya apa yang dibeli bila dijamah amatlah mengecewakan. Dalam rumah ni, lidah dan tekak masing2 masih berfungsi dengan baik lagi... hahaha...
Taugeh masak lemak putih. Tiba2 mat rock mintak sayur ni. Awalnya kita nak goreng jer sbb dah ada telur masak kicap yang berkuah. Rupa2nya dia teringat lebihan sambal belacan yang kita buat untuk laksa tu, nak jadikan regu la tu sbb ada ikan goreng jugak. Dia kata teringat makanan kat asrama dulu... hahahha... sanggup dia ke kedai beli santan.

Telur puyuh masak kicap. Ni pun mat rock punya permintaan. Dah lama dah. Kita nak sambalkan jer, tapi dia nak kaler hitam ni jugak...

Ikan kembung goreng... senang jer tak perlu pikir... mesti habis punya...

Saturday, August 22, 2009

Laksa Sarawak untuk berbuka

Selamat Berpuasa untuk semua kengkawan yg beragama Islam...

Hari pertama puasa tahun ini, kita hanya sempat menyediakan juadah ringkas untuk berbuka. Dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, Laksa Sarawak adalah yang paling mudah untuk disediakan.

1 bungkus bihun (celur bagi lembut)
1/4 ekor ayam
500g udang
200g rempah laksa sarawak (jgn cari kat semenanjung, cari kat sarawak ye...)
2 btg serai - diketuk
250g santan pati
air rebusan ayam dan udang
garam & perasa (option) secukupnya
condiments:
ayam yang dicarik2
udang yang telah direbus
daun ketumbar - hiris (mesti ada, baru ummph!)
taugeh - celur sedikit
telur dadar - hiris halus
limau kasturi - belah
sambal belacan - cili merah + belacan = tumbuk sekali

Rebuskan udang (dgn kulit) dan ayam kedalam 2.5 liter air. Setelah masak asingkan udang dan ayam dari air rebusan.
Dengan air rebusan yang sama, masukkan rempah laksa dan serai yang diketuk. Kacau diatas api sederhana hingga mendidih. Masukkan pati santan dan kacau serta biarkan sedikit mendidih. Kemudian masukkan garam dan perasa (jika mahu) secukup rasa. Renehkan.
Celur bihun dalam air panas dan bilas dalam air sejuk.

Menghidang Laksa Sarawak
:
Masukkan bihun ke dalam pinggan kuah, taburkan telur, taugeh, isi ayam, udang dan daun ketumbar di atasnya. Curahkan kuah dan letakkan sambal belacan dan limau kasturi.
Siap untuk dimakan.

Wednesday, August 19, 2009

Nasi Goreng Rampai

Tu la.. masak nasik siap berlauk sampai berpeluh2... cuit pun tak. Banyak lak tu masak, 3 cawan beras. Sayang kan... Decided buat nasi goreng jer, sure laju habisnya.hah.. dah banyak sangat buat nasi goreng, dah macam2 versi. maklum lah, kita ni kan rajin gitu... hahaha... tak koser teman... Kali ni kita bagi nama special... tak tau tang mana special... hehehe. Senang jer, anak bujang kita tu pun dah boleh buat. Kak Long lagi suka sbb dia pun jenis 'rajin' cam emak dia nih. Basic sama jer, cuma pelbagaikan isiannya. Bior meriah gitu....
NASI GORENG RAMPAI

Nasi sejuk
Bawang putih - crushed n chopped
bawang merah - hiris
ikan bilis
udang - buang kulit tinggal ekor jer
hirisan sosej
sayur campur
cili api - diketuk
telur - dipukul sedikit
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng

Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan udang sebentar, angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama, tumiskan bawang2 dan cili api sampai orang dalam rumah bersin.
Masukkan ikan bilis, sosej dan sayur campur. Kacau rata hingga sedikit kering.
Masukkan nasi dan udang. Gaul rata. Perasakan garam. Kacau gaul hingga nasi sedikit ringan.
Curahkan telur dan gaul hingga rata dan telur masak. Dah boleh hidang.


psst: ukuran bahan ikut banyak mana nasi yang hendak di goreng.

Selamat Mencuba!!!

Saturday, August 15, 2009

Kari Sadin & Sambal Hitam

Sadin... dah selalu sangat dimasak sambal, kali ni tukar bahan skit. Masak kari. Bahan2nya apa yang ada dalam peti es. Apa yg ada kita guna... Masak pun simple habis, tak banyak kerenah.

Tumbuk halia, kunyit, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
Panaskan minyak masak dalam kuali. Sementara itu, asingkan sardin dari sosnya.
Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan 1 bungkus serbuk kari ikan. Gaul rata.
Masukkan sos sadin, air dan santan secukupnya, biarkan hingga mendidih. Masukkan asam keping, garam dan sedikit gula.
Masukkan ikan sardin, kacau gaul. Biarkan kuah sedikit pekat dan renehkan seketika.
Hidangkan.
**************************


Yang ini pulak di panggil Sambal Hitam. Ini resipi orang Pahang. Kalau ada kenduri disana, ia seakan menu wajib untuk dihidang. Sambil makan tu, kita tanya gak cara menyediakan sambal hitam dari suku sakat mat rock. Agak rumit penyediaannya.

Kita cuba buat sendiri dengan berpandukan resipi dari myresipi.com


Sambal Hitam Pahang oleh: ieza_beledza
Dari seorang cikgu orang Pahang

Bahan-bahan (5 orang)
500gm belimbing buluh
5 biji bawang merah
15-20 biji cili padi hijau
2 genggam ikan bilis yang telah dibelah
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
rebus belimbing buluh selama 8jam
tumbuk bawang merah dan cili padi hingga lumat
tumbuk ikan bilis separuh lumat
tumis semua bahan yang telah di tumbuk.
masukkanbelimbing buluh yang telah di toskan
masukkan garam dan gula
gaul rata dan biarkan ia kering sedikit.


memang mabeles... anak2 meratah gitu aja...