Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

Omelet Daging Cincang

Lebihan daging untuk inti roti john aritu akak jadikan omelet.  jimat segala.  cuma akak tambahkan daun kucai, bawang hiris, sedikit garam dan cili merah cincang bagi menaikkan seri.  pastu buat la cam biasa... boleh jadi lauk atau makan begitu sahaja... 



Monday, February 27, 2012

Simple Weekends - Masak Lemak Pucuk Meranti, Sambal Tumis Campur dan Dadar Telur Masin

Hujung minggu yang ringkas, akak masak ringkas2 jer sebab malas yang komplikated. Hehehehe... suka masak yang ringkas, cepat dan menepati selera. Yang penting mesti lichin tak der yang terbuang gitu...

Pucuk Meranti Masak Lemak
2 ikat pucuk meranti - petik daunnya dan bersihkan
1 keping tauhu - potong kecik
1 cawan santan + 1 1/2 cawan air
2 butir bawang merah - hiris
1 biji lada merah - hiris
secubit ikan bilis
garam secukup rasa

Satukan tauhu, santan, air, bawang merah, ikan bilis dan garam secukupnya.
Kacau atas api sederhana hingga mendidih tapi jangan sampai pecah santan.
Masukkan pucuk meranti dan lada merah, masak hingga sayur sedikit layu.
Sedia untuk dihidang.


Sambal Tumis Campur
2 biji kentang - dadu kasar, goreng
2 keping tauhu - dadu, goreng
tempe - dadu, goreng
1 keping fucuk - rendam lembut, potong kecil
suun - rendam lembut
150 gm udang - buang kepala dan kulit
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 biji cili hijau - hiris
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan cili dan bawang kisar hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan udang, biar hingga udang kecut. Masukkan asam keping, gula dan garam.
Masukkan kentang, tauhu dan tempe. Gaul rata dan sebati dan sambal sedikit kering.
Masukkan fucuk dan suun serta cili hijau. Gaul sebati hingga semua masak sekata dan kering.
Siap untuk dihidang.


Dadar Telur Masin
2 biji telur masin - pecahkan dan pukul sedikit, hancurkan kuningnya
1/2 biji bawang besar hiris
1 pokok daun bawang

Campurkan semua bahan, dadarkan dalam kuali non stik. Masak seperti telur dadar biasa.


Sunday, November 6, 2011

Petai Rampai

Salam Aidil Adha akaq ucapkan pada semua kawan2 yang sedang melayari blog akaq yang tak seberapa ini. Teruknya kan sebab akaq ni dah kurang beno bagi perhatian pada blog nih. Dah tak rajin nak menulis. Dah tak rajin nak meng'up n don'loadkan gambor. Dulu masa kerja ingatkan dok rumah boleh punya banyak masa nak merapu... tapi keadaan sebaliknya bila kita dah meninggalkan alam pekerjaan kita... lebih sibuk, tak habis2 nak buat itu ini... bertambah2 benda yg nak dibuat. Kesian akaq...
Hari ni hari ke2 kita beraidil adha. Alhamdulillah, juadah hari raya akaq, nasi dagang, dah habis licin pada petangnya. Lega, tak der pembaziran, hati pun senang. Jadi untuk hari ini akaq masak simple2 jer, nak hilangkan 'muak santan' masakan semalam. Memang laju la semuanya makan...


Petai Rampai (akaq mmg suka hidangan yang meriah berwarna warni)
3 papan petai - hiris
2 biji bawang besar - hiris
2 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau - hiris
4 biji cili api - hiris
1/2 cawan ikan bilis - goreng
1/2 biji jus lemon
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak

panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar, goreng hingga sedikit layu.
masukkan hirisan cili, gaul rata. tambahkan petai dan ikan bilis goreng.
perahkan jus lemon, tambah garam secukup rasa.


Telur dadar
4 biji telur
1/2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar bawang kisar
1 ulas bawang putih - cincang halus
garam secukup rasa
hirisan daun bawang dan saderi

campur semua bahan dan pukul hingga sebati.
panaskan sedikit minyak ke dalam kuali, goreng campuran telur hingga masak.

Tuesday, August 23, 2011

Telur Sos Mayonis


4 biji telur - goreng mata kerbau, letak dlm pinggan, ketepikan
1 sudu teh bwg putih kisar
2 sudu besar bwg merah kisar
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar mayonis
garam + gula secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar hiris
1 batang cili merah hiris

Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, tumis hingg naik bau.
Tambahkan sos, garam, gula dan air. Kacau rata biar mendidih.
Masukkan mayonis, sebatikan. Biar kuah sedikit pekat, masukkan bawang hiris dan cili hiris.
Masak hingga bawang sedikit layu. Tuang ke atas telur siap goreng tadi.
Siap untuk dihidangkan.


Sunday, August 23, 2009

Berbuka Hari Ke2

Juadah berbuka hari ini simple jer. Malas nak bermewah yang akhirnya akan ke tong sampah jugak. Memang dah lazim begitu berbuka sekadarnya sahaja. Anak2 dah terbiasa tak pernah komplen. Mengajak ke pasar ramadan pun tak, sebab selalunya apa yang dibeli bila dijamah amatlah mengecewakan. Dalam rumah ni, lidah dan tekak masing2 masih berfungsi dengan baik lagi... hahaha...
Taugeh masak lemak putih. Tiba2 mat rock mintak sayur ni. Awalnya kita nak goreng jer sbb dah ada telur masak kicap yang berkuah. Rupa2nya dia teringat lebihan sambal belacan yang kita buat untuk laksa tu, nak jadikan regu la tu sbb ada ikan goreng jugak. Dia kata teringat makanan kat asrama dulu... hahahha... sanggup dia ke kedai beli santan.

Telur puyuh masak kicap. Ni pun mat rock punya permintaan. Dah lama dah. Kita nak sambalkan jer, tapi dia nak kaler hitam ni jugak...

Ikan kembung goreng... senang jer tak perlu pikir... mesti habis punya...

Tuesday, May 12, 2009

Tempe Rebus Asam

hari ni semua orang dalam rumah demam, nak masak pelik2 pun sure masing tak selera. Kita ikut selera kita masa berpantang dulu... hehehe... ni pernah janji kat Zai Kulim gak nak bg resipi dalam pantang. Tekak loya2 ni mmg sedap layan ngan rasa masam2 skit... Opps! Kita tak ngidam tau... tapi tekak tak sedap sbb demam... Jom kita layan...

4 keping tempe, potong kecil
1/2 biji bawang besar - potong baji atau hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah, potong serong (boleh ganti ngan lada hitam)
secubit ikan bilis - bersihkan
Air asam jawa secukupnya (kepekatan ikut selera)
garam secukup rasa

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak diatas api sederhana hingga semuanya masak. Hidangkan.

********************************************************

Dah tak tau apa lagi lauk nak bagi, kita buat LEMPENG TELUR... hehhe... jgn saspen ye... telur dadar jer...

Sunday, April 19, 2009

Egg Pizza

Hahaha... it is just an omelet... try to commercialize the name... hehehehe... 5 eggs
sliced onion
chopped chilli
chopped scallions
salt to taste
2 tbsps cooking oil.

In a bowl, lightly beaten all eggs, add in all ingredients and mix them well.
Heat cooking oil in a non-stick pan over low fire. Dump the eggs mixture in. Cover the pan with the lid until the whole eggs cooked. Serve.

Tuesday, March 31, 2009

Dadar Kurma


5 eggs
1 red chilli
1 shallot
5 pcs curry leaves
1 sprig daun kesum (laksa leaves)
1 tsp kurma powder
cooking oil or olive oil
salt to taste

Method:
Put all ingredients together in a blender. Blend them to mix well.
Spread over preheated non stick skillet.
Roll tightly. Cut the way you like it before serve.



Monday, March 2, 2009

Dadar Kari Daging Salai

Diilhamkan dari Majalah Sedap Bil. 9 Vol. 1 2009 - Dadar Gulung Rasa Kari yang menggunakan daging cincang sebagai salah satu bahan. Disebabkan cuma ada daging salai, kita pun pepandai jer tukar.


50 gm daging salai - hiris nipis
daun bawang/daun sup - hiris halus
5 biji telur pukul ringan
1/2 sudu teh serbuk kari daging
2 ulas bawang putih - cincang halus
4 biji bawang kecil - cincang halus
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1/4 sudu teh gula pasir (will leave this out in future)

Kacau rata semua bahan. Dadar nipis dalam kuali. Angkat dan gulung.

Resipi asal dari majalah Sedap:

Dadar Gulung Rasa Kari

50 gm daging cincang
3 batang daun bawang, hiris halus
4 biji telur pukul ringan
1/4 sudu teh serbuk kari
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 labu bawang besar, cincang halus
1 sudu teh garam
1/4 susu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh gula pasir

Cara
Kacau rata semua bahan.
Tuangan ke dalam kuali dadar. Biarkan sehingga setengah masak.
Gulung dan biarkan masak.