Sunday, March 28, 2010

Lemak Tumis Selar Kuning


Masakan yang selalu arwah emak sediakan bila ada ikan goreng lebihan yang tak habis dimakan. Kalau nak best lagi, campakkan jer cili api ke dalamnya... terangkat beb... mudah disediakan.


Lemak Tumis Selar Kuning

500 gm ikan selar kuning – dibersihkan
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

½ biji bawang besar – di mayang
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 batang cili merah – hiris serong
2 cawan santan – tidak terlalu cair
1 keping asam gelugur
garam + gula secukup rasa


Gaul ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng dan ketepikan.
Kurangkan minyak goreng di dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, serbuk kunyit dan cili merah hingga naik bau dan bawang layu sedikit.
Masukkan santan dan asam keping, masak hingga sedikit mendidih.
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula. Renihkan sebentar sebelum dihidang.

Nasi Beriani Udang Galah


Dah agak lama udang galah yang kak Dee bawakan dari Kuching terperap dalam freezer. Nak masak minggu lepas, mat rock tak der, nak masak hari kerja, malas la pulak. Resipi dari Chef Zam - Nasi Beriani Udang Masala dah lama tersimpan.

Banyak resipi telah di analisa, yang lomak2 tu memang dengan niat terawal 'ngga mau si...', terlintas pula dibuat beriani sebab teringat masa kita melancung ke Kuching dulu. Admire kat nasi beriani udang yang di jual di gerai di Waterfront dengan udang yang ter'catuk' berdiri... ada ka ek...

Resipi Chef Zam ni telah menarik minat kita sebab cara penyediaannya. Kita gunakan resipinya sebagai panduan tatacara manakala bahan-bahannya sememangnya kita mau menderhaka. Ya Ampunnnn Chef Zam... ku memang penderhaka resipi but I thank you. Sebenarnya bukan la nak menderhaka besar2an... tp bila minta dibelikan yogurt asli tapi yang dapat yogurt mango, terpaksa la memikirkan cara lain... huhuhu... yogurt mango tu terusla kita humban ke tekak ini...

Tak ada dalca atau pajeri cuma makan bersama jelatah dan acar buah tak tahu sapa pembuatnya... :D

Ok... meh kita mula... ini resipi olahan kita


NASI BERIANI UDANG GALAH

Bahan Nasi Beriani
4 cawan Beras Basmati – dibersihkan dan direndam 15 minit
12 cawan air atau secukupnya
Rempah kering - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, daun salam, lada hitam.

Bahan Masak Udang
3 sudu besar Minyak Sapi
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
4 biji Buah Pelaga
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
500 gm Udang galah – dibersihkan
dadih - 250 ml susu segar + 1 biji perahan lemon (yg ni, kita minta yogurt asli, tukang beli bawa balik yogurt mango... masuk perut terus la jawabnya)
1 cawan Air
3 biji Tomato - dipotong 6
3 biji Ubi Kentang - potong 4 dan goreng sehingga masak
Garam (secukup rasa)
1/2 cawan Susu + secubit Saffron/Koma-koma – dipanaskan
1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
150 gm rempah beriyani – jadikan pes
100 gm cili boh

Hiasan
Bawang Goreng
Daun Ketumbar dihiris kasar

Cara Memasak Beriani
Toskan beras dan didihkan air secukupnya bersama campuran rempah kering. Masukkan beras dan rebus hingga masak. Tapiskan.


Cara Memasak Udang
  1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk kunyit yang dikisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes beriani dan cili boh dan masak diatas api perlahan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang, dadih, air, garam, tomato, ubi kentang dan jus limau. Masak hingga kuah menjadi pekat.
  4. Letakkan satu lapisan nasi yang telah dimasak tadi kedalam periuk, berselang-seli dengan udang beriani & renjiskan campuran susu dan saffron diatasnya, tutup periuk dengan rapat.
  5. Masak bahan tadi diatas api perlahan selama 15 minit.
  6. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.




Ini resepi asal dari Chef Zam

NASI BERIANI UDANG MASALA

by Chef Zam

Bahan Nasi Beriani:
1 kg Beras Basmati – dibersihkan
Rempah kering - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, daun salam, lada hitam.

Bahan Udang Masala:
3 sudu besar Minyak Sapi
1 biji Bawang Besar }
6 ulas bawang putih } dikisar halus
2 inci Halia }
1/2 kg Udang Besar – dibersihkan
2 cawan Dadih asli
1 cawan Air
3 biji Tomato - dipotong 6
3 biji Ubi Kentang - potong 4 dan goreng sehingga masak
Garam (secukup rasa)
Jus limau nipis
1/4 cawan Susu + Saffron/Koma-koma (? sudu kecil) – dipanaskan

Rempah Kering – kisar:

1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
4 biji Cili Kering
2 sudu kecil Jintan Manis
2 sudu kecil Biji Ketumbar
10 biji Lada Hitam
1 batang Kulit Kayu Manis

Hiasan:

3 sudu besar Bawang Goreng
3 sudu besar Daun Pudina } dihiris kasar
2 sudu besar dan Ketumbar }

Cara Memasak Beriani:
Berasmati dicuci, ditoskan airnya, direbus dalam campuran rempah kering dan air secukupnya hingga masak.

Cara Memasak Udang Masala:
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk kunyit yang dikisar hingga wangi.
Masukkan kesemua rempah kering yang dikisar dan masak diatas api perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan udang, dadih, air, garam, tomato, ubi kentang dan jus limau. Masak hingga kuah menjadi pekat.
Letakkan satu lapisan nasi yang telah dimasak tadi kedalam periuk atau bekas pembakar, berselang-seli dengan udang masala & Renjiskan campuran susu dan saffron diatasnya tutup periuk dengan rapat.
Masak bahan tadi didalam oven selama 30 minit dengan kepanasan 180 darjah C ataupun diatas api perlahan selama 15 minit.
Hiaskan dengan hirisan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng.




Monday, March 1, 2010

Sotong Masak Hitam

Dah 3x buat. Dah jadi favourite orang2 dalam rumah. Resipi yg simple, kerja pun senang. Sotong2 tu kalau yg kecil2, cuma buang tulang yg belakang tu jer. Kalu besar, kena tarik keluar kepala buang kantong yg berpasir tu, tinggalkan kantong dakwat hitam dia. Badan tu kalau nak potong pun boleh nak biar sekor2 pun boleh, bergantung pada berapa ekonomi yg kita mahu... hehehe...

Yang ni 1st trial, sotong besor kena la potong2... kalau tak potong ada yg tak hengat donia, kasi pulun sendiri.2nd trial... saja biar begitu sbb saiz kecik jer...tak puashati buat lagi...
jom layan resipi simple hantam saja...

500 gm sotong (squids) - cleansed and keep the ink
3 sm minyak untuk menumis (cooking oil)
1 biji bawang besar di mayang (sliced onion)
2 batang cili merah (red chillies)
2 tsp serbuk kunyit (tumeric powder)
garam secukup rasa (salt to taste)
Jus dr 1/2 biji lemon (juice from 1/2 lemon)

bahan hiris/slice
5 biji bawang merah (shallot)
3 ulas bawang putih (garlic)
1-inch halia (ginger)
5 biji cili padi (hot peppers)

Method
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris, goreng hingga naik bau.
Masukkan serbuk kunyit dan gaul rata.
Masukkan sotong dengan dakwatnya sekali. Tambah sedikit air jika hendak berkuah.
Masukkan bawang besar, cili merah dan garam secukupnya. Biar masak sebentar.
Masukkan jus lemon sebelum diangkat.

***
kalau nak letak serai masa menumis pun boleh atau boleh gak tambah tomato buat penyeri.