Monday, October 17, 2011

Siakap Tiga Rasa

Akak ni kalau masak untuk makan siang atau malam tidak ler suka banyak2 jenis. Cukup satu lauk satu sayur. Lagipun tuan tanah kata, kalau dah pelbagai jenis ni susah nak menghayati rasa apa dalam mulut... hahahaha... ingatkan menyanyi jer dia menghayati, rupanya bab makan pun dia nak menghayati jugak... feellll...

Hari ni akak masak sekali jer dek non... sebabnya akak tinggal sorang diri jer siang tadi. Anak2 sekolah, tuan tanah lak ada kerja. Jadi akak masak untuk makan malam jer la. Huh! Senang akak dek non... siang tadi kebuluran akak makan biskut kering jer... huhuhu... padan muka akak kan!

Sebabkan masak sekali jer, akak buat la spesel sikit, tupun atas permintaan tuan tanah ler, aritu ke pasar beli siakap. Dimintanya Siakap Tiga Rasa... ambik koooo... habis korek resipi sana sini. Hasilnya tidak mengecewakan si peminta. Beberapa kali naik 'jempol'nya. Siap sound lak tu... 'Lepas ni tak payah la oder kat tomyam tu ye, kat rumah dah buleh dapat.' Emmm... akak tak der hal punya... bahan cukup, kayuh jer la... kan?!

Meh kita tengok resipi macam bagus akak nih...


SIAKAP TIGA RASA

1 ekor siakap (900gm – 1kg) – dibersihkan, lumurkan dengan lada putih, garam, serbuk kunyit dan tepung jagung, goring, ketepikan

Kisar/cencang halus
6-8 biji cili merah – tambah cili api untuk lebih pedas
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia

2 biji tomato – dadu
1/4 biji nenas – dadu
Daun ketumbar – hiris
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos sotong
1/2 cawan air
Garam gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, goreng hingga kekuningan. Masukkan bawang besar, goreng hingga layu, kemudian masukkan halia dan cili. Kacau hingga naik bau, masukkan semua sos dan air. Masukkan nenas kemudian tomato. Kacau rata biar mendidih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah sedikit pekat. Boleh jugak masukkan bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Siram kuah ke atas ikan yang sudah digoreng tadi. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar.


Sayur ni akak suruh anak dara yang masak. Tapi kita pun kena gak pegang senduk ngan kuali tu. Alahai... terjerit2 la suara dok tanya nak buat cemana? potong camana? berapa banyak? pastu apa??? hahaha... letih akak, baik akak turun sendiri.
SAYUR GORENG CACA MARBA

3 batang kacang panjang - patah2 1 inci panjang
1 batang seleri - hiris
1/2 batang lobak merah - hiris membulat
bunga kobis - agak2 ler berapa byk nak, pecah2kan

bahan tumis
1 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 batang cili merah - hiris
secubit ikan bilis
sedikit air
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada putih
2 sudu minyak masak

panaskan minyak, masukkan bahan hiris dan ikan bilis. goreng hingga naik bau.
masukkan lobak merah dan bunga kobis. tambahkan sedikit air. biar mendidih hingga sayur sedikit lembut.
Masukkan kacang panjang dan batang seleri. kacau gaul. Tambahkan garam dan lada putih secukupnya.
Angkat bila sayur sudah nampak lembut.


Amacam? Ok kan...
Selamat mencuba!!!

3 comments:

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum tuan rumah..
Mak aiiii.. meleleh air liur tg ikan tu..That sayur caca marba pun suka sgt naz tgk sbb Naz mmg suka sayur yg campur2 cam ni..
Naz follow dan letak link blog ni ke blog Naz eh.. Harap izinkan..

Naz / Nadz COSK said...

Hihihiii..kak tulis lagi ni. Tadi baca resepi & tgk gambar jer.

Naz pun sama. Kalau masak mmg 1 lauk dan 1 sayur jer. Mmg dah terbiasa cam tu dari dulu sbb mak Naz pun masak utk hidangan lunch or dinner cam tu.

Penyulawa aka Mama Ghock said...

thanks naz... sorry ler akak ni bab2 komen dlm blog ni cam blur... hehehe x berapa pandai nak membalas...