Wednesday, March 28, 2012

Ayam Perap Panggang

Recipe by accident... tak tau nak bagi nama apa sebenarnya.  Sebab akak dah perap baru panggang, tu yang akak tenyeh nama tu... :D

Tak tau nak masak apa, akak perap jer ayam ni dengan beberapa bahan yang ada kat dapur akak tu.  Dah habis fikir dah tapi masih buntu, akak panggang jer dalam oven.  Tak sangka tekak akak menerima dengan baik.  Akak rasa ia juga sesuai untuk BBQ.  

Konon nak test rasa jer tadi, tu dia habis seketul bahagian banyak daging lak tu (part yang paling kami anak beranak tak gemor), lupa nak makan nasi dah... 


Senang jer resipinya... 
1/2 ekor ayam potong kecil (ptg 4 pun ok jugak nih)
2 inci halia - lumatkan
2 inci kunyit - lumatkan
3 butir bawang kecil - lumatkan
3 ulas bawang putih - lumatkan
1 st garam
1 sudu kecil herba campuran (x der pun x per kottt...)
1 sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar minyak zaiton
1 sudu besar jus lemon/limau 

Gaul rata semua bahan, perap lebihkurang 30 minit.

Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius.
Susun bahan perapan ke dalam bekas tahan panas.  Tutup dengan aluminium foil
Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 1 jam.
Buka foil dan bakar lagi selama 10 minit.

Dah boleh ngap dah... 


Vegetarian... hehehehe...

Ni favourite akak kalau malas nak makan berat2.  Buat pun senang dan cepat.  Dah banyak kali akak paparkan kat sini.  Kalau teringin nak buat jenguk la resipinya kat sini.

Ringkas jer...

Disebabkan malas yang teramat, akak masak yang ringkas jer.  Nasib baik la tak der yang komplen... hehehehe... komplen la kalau berani, nanti akak terus mogok masak baru tau!!! Eh! berani gitu???  Tak der la... kalau tak masak sendiri cam orang tak betul rasanya, cuma tengok la kalau mood baik punya, mewah ler selera, kalau kurengggggggggggg baik punya, cam ni ler... :D

Yang ni sebenarnya kueteow kering.  Akak suka la sebab tak susah hati kalau nak stok lama2.  Kalau yang fresh tu, sendiri mau ingat la ye... cuma saiznya tu tak lah selebar kueteow biasa tu.

Cara nak masak pun senang jer.  Cuma celurkan dalam air mendidih hingga lembut dan toskan.  Kemudian masak lah ikut cara sendiri.  Kali ni akak goreng jer seperti kita goreng mee atau mihun.


Keluarga akak jarang sekali ambil sarapan.  Selalunya dah hampir makan tengahari baru ambil makanan.  Omputih sebut 'brunch' (breakfast + lunch).  Hari ni akak buat nasi lemak yang dah beberapa kali tertangguh.   Kebetulan ada sambal udang jugak...


Selamat menjamu mata!!!

Bening Petola, Sambal Udang dan Ikan Goreng Cili Belacan

Alamak!!! Blogger ada setting baru... keliru akak camni... Terkial2 akak... apa2pun kena cuba gak ni sambil akak layan 'Little Star' from Philippines nih... :D

Sejak 2 hari lepas akak memang malas (bukan hari2 malas ke?).  Ni jer hidangan yang akak sediakan yang boleh membuka selera akak yang tak menentu nih.

Bening Gambas (Petola masak air)

1 batang petola - buangkan sipi2 tajam tu, potong kecil
secubit ikan bilis
1/2 biji cili merah hiris
1 butir bawang merah - hiris
garam secukup rasa
air secukupnya

Didihkan air dan garam.  Masukkan ikan bilis, bahan hirisan dan petola.  Biar mendidih sekali lagi dan petola sedikit lembut.  Hidangkan.


Yang ni buat lauk nsik lemak.  Simple jer cara akak...
Sambal Tumis Udang

Udang - dibersihkan
kisar - cili kering, bawang besar dan belacan
bawang besar - hiris
perahan asam jawa
minyak utk menumis
garam dan gula secukupnya

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak.  masukkan air asam, gula dan garam.
Masak hingga sambal sedikit kering, masukkan udang dan sebati.  Masukkan bawang hiris dan gaul rata hingga bawang sedikit layu.  hidangkan.


Konon2 nak buat ikan goreng dengan cili hijau tu... slalu makan kat kedai, cilinya kasar2... tp akak buat jadi halus tak nampak rupa cili... camana tu ek???
Ikan Goreng Cili Belacan

3 ekor ikan kembung - goreng
5 batang cili hijau
1 ulas bawang putih
2 butir bawang merah
belacan
1 biji bawang besar - hiris
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Kisar kasar cili hijau, bawang putih dan bawang merah bersama belacan.
Panaskan minyak dan gorengkan bahan kisar hingga terbit bau (semestinya anda bersin). Masukkan garam.
Gaulkan ikan goreng tadi dan taburkan bawang hiris.
Hidangkan.



Sunday, March 25, 2012

Krim Pasta



Hari ni ingatkan nak masak 'pasta creamy', tapi jadi x berapa creamy sebab tetiba akak menerima tetamu tatkala sos masih di atas api. Kelam kabut menyambut tetamu yang sudah berada di depan pintu, sampai terlupa nak pekatkan sos. Tapi alhamdulillah, rasanya masa boleh di terima tekak. Langkah kanan juga untuk tetamu tengahari rembang tadi... alhamdulillah.


Pasta Sos Krim
500 gm pasta (akak guna CAPELLINI - speghetti paling halus)
200 gm daging kisar
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
5 butir cendawan butang - hiris
1/2 biji capsicum - dadu
250 ml krim (akak guna Nestle cream)
2 cawan 'chicken broth' (bahasa Melayu sebut apa tah...)
1 tsp lada putih
garam
4 sudu besar minyak zaiton

Masak pasta seperti peraturan yang tertera di paket.
Panaskan minyak zaiton, tumiskan bawang cincang hingga bawang lembut. Masukkan lada putih. Masukkan daging kisar dan cendawan. Tuangkan air, biar hingga mendidih dan tambahkan garam secukup rasa.
Masukkan capsicum dan krim, kacau hingga rata, biar mendidih sedikit, terus masukkan pasta. Gaul rata.
Hidangkan.

*** Kalau nak pekatkan sos, sebelum masukkan pasta boleh kacaukan telur atau bancuhan tepung kedalam sos.

Friday, March 23, 2012

Nasi Ayam Lagi


Nasi ayam lagi. Resipinnya akak dah masukkan pada entry yang lepas di sini.

Untuk kali ini akak gunakan beras biasa dan bukan beras basmathi. Sedap jugak tapi pada pendapat akak kita perlu lebihkan sedikit air untuk mendapatkan nasi yg lebih lembut bukan seperti yang akak buat tadi, sukatan air sama dengan sukatan cawan beras. Nasi tetap menjadi, rasanya tetap enak, cuma pada akak tidak selembut seperti yg diharapkan.

Untuk kuah cilinya, akak tambahkan buah tomato dan untuk menambahkan kepedasannya akak tambah cili padi - kisar sekali semuanya. Hasilnya menjadi lebih sedap.

Jika inginkan ayam yang lembut selepas digoreng, jangan rebus ayam terlalu masak cukup sekadar 'matikan darah' jer. Kemudian diperap dalam 30 minit dan goreng. Gunakan api yang sederhana jer. Oleh kerana ayam memang sudah separuh masak, jangan goreng terlalu lama.

Monday, March 19, 2012

Gandingan Bubur Nasi - Lobak Asin dan Bendi Goreng

Hidangan malam ni - Bubur Nasi yang digandingkan bersama Lobak Asin digoreng bersama kepala sotong dan sayur Bendi goreng. Masakan ringkas yang menjadi kegemaran semua ahli dalam rumah.

Lobak Asin Goreng

Lobak asin - potong kecil
bawang merah - hiris
bawang putih - hiris
halia - hiris
cili merah - hiris
sotong/udang/bilis (akak guna kepala sotong)
gula
cuka
sedikit air

Tumiskan bahan hiris hingga naik bau. Masukkan lobak, kacau rata. Masukkan gula dan cuka dan sotong. Tambah sedikit air dan masak hingga mendidih.

Bendi Goreng

Bendi - basuh dan hiris serong
bawang merah, putih - hiris
ikan bilis
garam

Tumiskan hirisan bawang dan ikan bilis hingga kekuningan. Masukkan garam dan bendi. Kacau goreng hingga bendi sedikit layu.

Tuesday, March 13, 2012

Asam Pedas Daging


Dah lama akak tidak mengasam pedas, baik ikan, ayam apatah lagi daging. akak kalau masak malas nak pikir sangat pasal bahan2 yg tak der dalam stok. Ada bahan asas dah cukup.

Akak kalau masak, sehari sekali jer... kalau dah masak utk siang, mlm akak tak masak. Hari ini akak masak Asam Pedas Daging utk makan malam. Sempoi jer, tak der bahan tambahan sebab akak kalau masak tak der nak rancang2, teringat terus jer campak2 dalam periuk.

Asam Pedas Daging

500gm daging - potong kecil, cuci dan toskan
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang kisar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
perahan asam jawa
garam
gula
air
Minyak utk menumis

Lumatkan bawang putih, halia dan kunyit. Satukan dengan bawang dan cili kisar.
Panaskan minyak dan tumiskan campuran bahan kisar hingga naik bau dan terbit minyak.
Masukkan daging, kacau rata. Biarkan hingga daging kecut dan air sedikit kering. Tambahkan air biarkan didih dan daging empuk. Tambahkan perahan asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan didih sekali lagi. Renehkan dengan api perlahan seketika sebelum dihidang.

Friday, March 9, 2012

Daging Goreng Itamanis


Tak tau nak bagi nama apa hahahaha... lebihkurang jer semuakan... cam biasa resipi balun akak deknon, namapun balun jugak. tapi nak katalah, senang amat. anak2 pun boleh buat. orang yang makan kata sedap (tekak diorang lah), akak jamah 2-3 ketul ok jugak lah, boleh diterima.


A
200 gm daging - potong kecil, cuci dan toskan airnya
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos lada hitam
1/2 sudu besar madu
1/2 besar cili kisar
1 sudu kecil bawang putih cincang
1/2 biji jus limau kasturi
B
3 sudu besar minyak masak
hirisan batang saleri, cili merah dan cili hijau.

Campurkan semua bahan (A) ke dalam mangkuk, gaul dan perap lebihkurang 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan perapan tadi. Goreng hingga air kering. Kalau daging masih belum empuk, tambahkan air, goreng lagi hingga empuk.
Bila air dah kering, masukkan semua bahan hirisan. Gaul sebati.
Angkat dan hidangkan.

Wednesday, March 7, 2012

Nasi Goreng Nugget Ayam


Dengan jiwa yang teramat la malasnya... bekfes + lunch akak buat mee goreng jer. untuk dinner akak cuma goreng nasi atas permintaan tuan tanah. aisey... semua keras cam batu dalam freezer tu, korek punya korek, jumpa nugget ayam ada la dalam 6 ketul. Apalagi... senangnya kerja akaq...


Nasi Goreng Nugget Ayam

2 cawan nasi sejuk
6 ketul nugget ayam - goreng dan potong dadu
5 biji cili api - cincang
1 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1/2 batang saleri - dadukan
1 keping kek ikan - hiris
garam secukup rasa
minyak utk menumis
hirisan daun salad dan cili merah sbg hiasan

Ambil lebihan minyak goreng nugge dalam 4 sudu besar. Panaskan dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili api cincang hingga naik bau.
Masukkan kek ikan dan saleri. Kacau rata.
Masukkan nasi dan potongan nugget. Tambahkan garam. Kacau goreng hingga semua bahan sebati.
Taburkan hirisan cili dan daun salad semasa menghidang.


Selamat menikmati hidangan...



** macam sedap jer deknon... licin dah semua tak berbaki... :D

Thursday, March 1, 2012

Segalanya Stim

simple giler... malas nak masak, lagipun tuan tanah no hal punya... dia minta ikan stim siram kicap jer... boleh gitu??? akak pun suka tahap melampau la deknon... setengah jam jer dah siap.
Ikan kembung stim - permintaan tuan tanah


tofu stim - ni paberet akak

Akak main siram2 jer deknon. Resipi tofu stim ada kat sini. Dalam blog ni tak jumpa lak, agaknya akak terlupa la nak masukkan. Faktor umur... hahahaha...