Monday, September 27, 2010

Pasta Goreng Kenduri

Penyediaan ringkas (siap bungkus) untuk kenduri tahlil dan diagihkan kepada jemaah surau dan masjid.



Pasta Goreng

4 kg pasta (makaroni, fuselli dsb..) - rebus ala dante
800 gm daging kisar
800 gm cendawan - hiris
1 kg sayur campur
1 kg bawang merah - dikisar
2 labu bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
400 gm cili kisar
200 gm sos cili
100 gm tomato puri
garam dan gula secukupnya
1 liter minyak masak

Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan daging kisar, masak hingga kering air. Masukkan sayur campur dan cendawan.
Perasakan dengan garam dan gula. Renihkan hingga terbit minyak.
Masukkan pasta siap rebus dan gaul sebati hingga semua bahan bercampur mesra.

Thursday, September 23, 2010

Nasi Goreng Petai

Sessi untuk menghabiskan segala stok petai yang dah nak expire tak lama lagi.


4 pinggan nasi sejuk
1 papan petai - dihiris
1/2 biji bawang besar - dimayang
1/2 batang lobak merah - disagat
1/2 cawan ikan bilis - digoreng
5 butir cili padi - diketuk
2 ulas bawang putih
garam secukup rasa
2 biji telur - dipukul sekikit
4 sudu besar minyak masak

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
Masukkan ikan bilis goreng, bawang besar, lobak merah dan petai.
Masukkan nasi dan gaul rata semua bahan dalam kuali.
Tabur garam secukup rasa. Masak hingga semua bahan bercampur sebati.
Tuangkan telur dan gaul rata. Sentiasa kacau hingga telur masak serata.
Sedia untuk dihidang.

Sotong Sumbat Versi Mama Ghock



Sotong Sumbat Mama Ghock

400g sotong – bersihkan
Inti secukupnya
1 biji bawang besar – potong bulat

Sos
3 sudu besar cili kisar
2 sk ketumbar – siap kisar
½ sk jintan manis – siap kisar
½ sk jintan putih – siap kisar
2 sudu besar kicap soya
1 keping asam gelugur
garam + gula secukup rasa
minyak utk menumis

Bahan Kisar
* 5 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* ½ inci halia
* ½ inci kunyit
* 1 hiris lenkuas
* 1 batang serai – diracik

Sumbatkan inti ¾ penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong, cucuk dgn pencungkil gigi supaya tidak bergerak.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dan siap kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan kicap, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biar kuah sedikit kering. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan hingga sotong masak.
Taburkan bawang yang dipotong bulat sebelum dimatikan api.
Hiaskan sebelum dihidang.

Bahan Inti
2 biji telur – dipukul sedikit
½ biji bawang besar – cincang
1 batang cili merah – cincang
1 sudu besar lobak merah – cincang
2 helai daun bawang – cincang
garam dan lada putih secukup rasa

Campurkan telur bersama bawang, cili cincang, lada putih dan garam secukup rasa.
Goreng hancur (scramble) telur tadi.
Tutup api dan gaulkan lobak merah dan daun bawang. Sejukkan sebelum disumbat ke dalam perut sotong.


Makan dengan nasi impit/ketupat nasi... sedap...



Makan bersama nasi goreng pun sodap jugak...

Tuesday, September 21, 2010

Lontong Merah Mama Ghock


Hahaha... jangan terkejut tengok kuah lontong warna merah ni. Saja jer tukar rupa dia, asik kuning jer kan boring. Upgrade sikit bagi glamour la... semangat sikit nak makan.

Bahan2 macam biasa la jugak cuma lebihkan cili kisar dalam tumisan. Sebenarnya malas nak buat sambal asing. Ikan bilis kita dah kisar sekali dengan bawang dan cili. Kalau berani, cuba la! ;)

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
½ inci halia hiris
2 sudu ikan bilis
2 senduk kecil cili kering siap kisar
½ sk jintan kasar (manis) siap kisar
½ sk jintan halus (putih) siap kisar

1 batang serai - dititik
1 helai daun salam
½ inci lengkuas - diketuk
200 g udang hidup – buang hujung yg tajam
¼ cawan minyak utk menumis

Bahan sayur di potong kecil ikut selera:-
4 kelopak daun kobis
6 batang kacang panjang
½ batang lobak merah
½ biji sengkuang kecil
2 biji kentang – potong kecil dan goreng
3 keping tauhu – dipotong kecil dan goreng
1 keping tempe – dipotong dan digoreng
10 gm kincham – direndam
1 keping tahu kering - rendam
50 gm su'un – direndam
lada merah dan hijau – dipotong serong
1.5 ltr santan sederhana cair
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan udang dan gaul sebati dan masukkan santan, serai, daun salam, lengkuas dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu diakhiri dengan su’un dan tauhu kering dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga mendidih dan sayur lembut.
3. Siap untuk dihidang bersama lontong, ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.

Selepas Raya

Selamat hari raya semua... eh... masih raya lagi ker? Ahkak ni kan, tak rasa raya, mmg tak beraya pun... x balik kg, tak gi mana. Cuma melawat ke satu dua rumah saudara jer. Ingatkan lepas Jumaat raya pertama tu nak keluar la berziarah... ended up, berdengkur sampai dekat maghrib... tu dia ambik ko... yg depa2 dlm rumah ni boleh ke dengan rela dibiarkan kita melopong kat sofa tu menikmati mimpi2 indah sendirian... cheh!... mat rock kata macam indah je mimpi tak sampai hati nak kejutkan... alasan, dia pun tumpang berdengkur jugak...

Ni la... saja nak tunjuk gambar2 masakan yg kita nikmati selepas satu hari beraya... kalau org lain masih hangat dengan ketupat lemang, kita dah tak larat nak berendang bagai. no no no... jauhi yg berlemak i.e. santan. Kita dah tua ker ek... smp cam tu sekali penerimaan makanan lazat hari raya tu kan...

Ok la... meh ler tengok tayangan perdana ni ye... resipinya nnt bila senang dan teringat boleh ler kita taipkan satu satu.

Kobis Goreng
Asam Pedas Ikan Kembung
Petai Ikan Bilis
Buncis GorengPais Tempoyak Ikan Kembung
Buncis Goreng ngan Fucuk
Sotong Masak Hitam
Udang Goreng ngan Petai