Tuesday, June 28, 2011

Speghetti Sos Putih

Along dah beberapa kali tanya camana nak buat Speghetti Carbonara. Aduhai anak... omak ko ni jawa, nek ngeliwet jangan godok yo pandey... ni mintak khazanah orang Itali, mana la nak ku tunjuk. Rasa pun tak pernah...

Google la sana sini di alam maya, tu dia pelik la ingredient - parmesan cis lah, krim lah, yoghurt la... semua tu mana nak cekau dah mak ko ni dok ghumah jer la ni... korek2 peti es jumpa la 'thicked creme' sekotak. Semalam makan ayam jilat jari tu ada tinggal 2 ketul terbiar tak ada yang ngusik. Dalam freezer jumpa burger ayam, kidnap 3 keping. Emmmm... cukup la kot...

Ok... dah boleh mula masak. Meh tengok resipi camana 'Mak Jawa' ni jadi orang Itali kejap... hehehe...

1 pek (500 gm) speghetti - masak ikut arahan yg disertakan
1 biji bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
5 biji cili api - cincang (minah ni mesti nak ada cili api, sikit pun x per asal ada rasa)
3 sudu cendawan hiris (guna yg dalam tin)
3 keping burger ayam - panggang dan dadukan
2 ketul dada ayam goreng - potong dadu kecil2
1 kotak 'thicked creme' (krim tebal?)
1 1/2 kotak air (guna kotak krim tadi)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar tepung gandum (larutkan dgn sedikit air)
sedikit mixed herbs
garam secukup rasa
minyak untuk menumis (kalau dapat minyak zaitun)

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili api hingga naik bau.
Masukkan cendawan, hirisan burger dan hirisan ayam goreng. Gaul sebati. Masukkan lada sulah.
Masukkan krim kacau hingga semua sebati. Tambahkan air secukupnya. Biar mendidih.
Tuangkan bancuhan tepung gandum, biar hingga kuah cukup pekat. Perasakan garamnya dan tabur 'mixed herbs'.
Masukkan speghetti siap rebus kedalam kuah, kacau gaul hingga semua rata. Tutup api.
Siap untuk dihidang.



Tu dia... ala2 carbonara jer... hehehe...

Tuesday, June 21, 2011

Paru Goreng Lemak Cili Api

Dah berapa hari ngidam nak makan masak cili api. Mula2 terpandang ayam cili api... gi pasar nak beli ayam, ayam lak tak der. Pastu gi rumah kawan, dia lak pelawa makan - daging salai masak lemak cili api. Perggghhhh!!! Terangkat sehhh!!! Tak leh jadi... balik rumah korek2 peti es ada paru yang dah siap di goreng dok cantik dalam freezer... apa lagi... belasah jer la, janji rock!! Eh!! bukan... janji masak lomak cili api...

Paru Goreng Lemak Cili Api

500gm paru, gaul garam kunyit dan goreng (beli yg frozen dah siap potong kecik)
10-12 biji cili padi
2 inci kunyit hidup saiz ibujari
1 cwn santan pati + 1 cawan air
garam secukup rasa
3 keping asam gelugur

lumatkan cili padi dan kunyit. Gaul rata bersama paru dah goreng di dalam periuk. Tambahkan sedikit air dan masak sebati hingga air hampir kering.
Tuangkan santan, masukkan garam dan asam keping.
Biar mendidih dan reneh seketika. Siap.


Nyum... nyum... masak nasi lembik sikit... wallah!!!!


Thursday, June 16, 2011

Gulai Ikan Kembung

Resipi yang terjadi secara tidak sengaja. Ingat nak masak kari, tp terlebih cili. Asam pedas bukan, kari pun bukan. Tak ada kandungan santan pun. Nak kata asam pedas tapi ada rasa kari... hahahha... camana tu? Sejak itu selalu jer dapat permintaan dr isi rumah... En Somi kata bila makan masakan kita yg ni dia teringat kat masakan gulai ikan sembilang yang kami makan masa ke Tanjung Dawai dulu. Ye ke? Emmm... belasah jer la...

Gulai Ikan

3 ekor ikan kembung/sadin (apa2 aja pun boleh lah...) bersihkan
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
belacan
asam jawa / asam keping
garam secukup rasa
minyak utk menumis
tomato/bendi (option jer nih)

kisar cili, bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, belacan dan serbuk kari (jgn terkejut, biar sebati la konon...)
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan terbit minyak.
Masukkan ikan dan gaul rata. Masukkan air+ asam keping atau air asam jawa. Biar hingga mendidih.
Masukkan garam dan perasa jika mahu. Masukkan tomato dan bendi dan renihkan seketika.
Siap utk dihidang.

Paru Sambal ko Berlado???


Dah lama buat dah, tapi cam malas nak buat entry... pastu ada lak kawan tipon kenapa tak update blog... huhuhu... kita jarang masak nak updatekan hapa... ok la, bagi memenuhi permintaan, ahkak post la mana2 yg lom ada entry. saja nak bagi idea kengkawan nak memasak.

Kita ni bukanlah pandai mana masaknya, takat campak-campak ala2 kampung jer. Pastu ikut jer la apa bahan yang ada, tak kuasa nak menyesakkan kepala pada benda yg tak ada... dah jenis pemalas, gaya gini ler masaknya... huhuhu... tolonggggggggg... jgn ikut perangai hambe...

Ok ini dia... apa nak panggil ek??? Paru Sambal atau Berlado? Ikut suka lah...

Bahan Asas
Paru siap rebus dan goreng (garam kunyit)
Cili kisar
bawang merah
bawang putih
bawang besar (hiris)
asam keping
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis

Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat. Campurkan cili kisar.
Panaskan minyak dan tumiskan campuran bahan tumbuk dan kisar tadi hingga naik bau dan terbit minyak.
Masukkan asam keping, garam dan gula, masak hingga bahan sedikit kering.
Masukkan paru siap goreng dan hirisan bawang. Gaul hingga rata.
Siap untuk dihidang.