Thursday, May 21, 2009

Ayam Masak Kicap

Apa apa aja yang berkicap memang menjadi favourite orang2 dalam rumah ni. Sesekali masak cam ni sungguh menyelerakan. Kali ni ayam tu mmg kita biar setongkol besar, malas nak potong2... entahla... agaknya angin demam dah menyinggah kot masa tu...


1 ketul dada ayam - bersihkan, gaul garam kunyit dan goreng
1 biji kentang - potong dan goreng separuh masak
1 biji bawang besar - belah 6
1 biji cili hijau - belah 2
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan cengkih
1 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 cm halia - hiris
1/2 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
1/2 cawan kicap
air asam jawa atau cuka
gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah hingga naik bau. Masukkan bahan hiris dan lada hitam, goreng hingga layu.
Masukkan kicap, air asam jawa dan gula secukup rasa. Masukkan ayam dan kentang, biarkan hingga mendidih. Masukkan bawang besar dan cili hijau. Masak hingga bawang sedikit layu.
Siap untuk dihidang.

2 comments:

blogresipi said...

Best-best la resipi kat sini.. kita link ye :)

Pea said...

Nim, anak2 aku panggil lauk ni Masak Kicap Jawa. Tak minat pulak diaorang sebab aya tu keras katanya.. Diaorang suka masak kicap yg Chinese style. Layannnn