Thursday, May 21, 2009

Goreng Bilis Cili Hijau

Ni pun hidangan yang kita bawa untuk pot luck tu. Saja jer buat ikut selera kampung untuk tekak sendiri sebenarnya. Tak sangka ramai yang suka, ada yang meratah begitu saja... Selalunya kita buat macam ni bila dah habis akal nak makan apa... semua main baling2 jer... tapi memang membuka selera seisi rumah ler. Kadang2 kita tuangkan kicap. Lagi la laju depa2 ni mengayuh...

Ikan bilis - dibersihkan dan digoreng
Bawang besar - dimayang
Cili hijau - dihiris
Air asam jawa
Minyak utk menumis

Panaskan minyak dan goreng bawang dan cili hijau hingga sedikit layu.
Masukkan bilis dan air asam, gaul sebati dan rata. Tutup api dan hidangkan.

2 comments:

boxhousestudio said...

yang ini kita suka sempoi sempoi cam gini...bila ko nak datang umah aku lagi?

kalu ko tak nak buat cookies tu tak pela...ko buat kan aku roti ya

mamacare said...

k.anim, tanya sket... masuk air asam jawa tu kan, x lembik ke bilis? saya slalu wat sambal bilis tp bilis dah x jd rangup lar...