Monday, July 25, 2011

Patin Tempoyak Belimbing Buluh & Brokoli Goreng Udang

Ni kisah weekend lepas, baru ni ada masa nak buat entry. Hidangan untuk meraikan tetamu (Pak Teh dan familinya) yang bertandang. Happy jer, hilang penat memasak bila tetamu seronok berselera makan masakan kita. Rasa lapar pun hilang.

Ada patin tempoyak (rupa2nya anak buah tu mmg dah lama minta nak makan patin dr mak ayahnya tp tak tau nak cari kat mana), kebetulan ada belimbing buluh dari Sedenak... (ahak! bekalan dari Che Mat Gebu masa kita bertandang ke rumahnya beberapa minggu lepas), kita masukkan sekali. Emmm... memang jempol!!!! Terimakasih CMG... kita suka, ada lagi koling2 ye... :D

Buat Sambal Hitam (memang dah ada belimbing siap rebus dalam peti es) dan goreng brokoli (request dr anak dara) jer. Lepas tu buat bubur skoteng, utk minum petang, tp terlupa nak posingkan. Samosa dan sardin roll mmg dah ada dalam freezer.


Patin Tempoyak Belimbing Buluh
1 ekor patin dibersihkan
6 biji belimbing buluh (belah 2)
4 sudu besar tempoyak
10 butir cili padi
2 inci kunyit
garam secukupnya

lumatkan cili padi dan kunyit. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan tambahkan air. Masak hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya.


Brokoli Goreng dengan Udang
Brokoli - potong kecil sesedap selera
10 ekor udang
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk/cincang
1 batang cili - hiris serong
1 senduk air rebusan tulang
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Panaskan minyak, goreng bawang dan cili, masukkan udang dan brokoli, tambahkan air rebusan tulang. Biar mendidih hingga bawang layu. Perasakan garamnya. Tutup api.


Sambal Hitam - untuk resipi sila lihat entry terdahulu.

No comments: