Friday, January 6, 2012

Pakoras/Bhaji (Indian Fritters)


Frankly, akak belum pernah pun rasa hidangan ini yang disediakan oleh yang pakar. Sebelum ni akak tak pernah tau pun alkisah hidangan tersebut, maklumlah ianya bukan kelahiran tanahair kita tapi di bumi Bollywood dan Mollywood sana. Dek kerana kengkawan akak yang baru balik dari JJCM ke Ho Chin Min baru ni sibuk bercerita tentang keenakkan rasanya membuatkan akak rasa teruja untuk mencuba, jadi akak pun merayau la ke serata internet meneliti tentang kewujudan dan sekaligus mentelaah bab resipinya (ni yang penting kan...).

Hidangan ini mempunyai nama yang berbeza dari segi bahasa mengikut kawasan dan etnik tetapi pada asasnya penyediaannya tidak jauh berbeza antara satu etnik dengan etnik yang lain. Sila rujuk Wikipedia di sini. Senang cerita ianya sama seperti cucur di kalangan masyarakat kita tetapi uniknya Pakoras ini adalah rempah ratusnya membuatkan rasanya sangat berbeza.

Berdasarkan pengalaman kawan2 akak tu, berpandukan video2 yang terdapat di internet, akak cuba beberapa kali mengikut citarasa akak sendiri.

Pakora Bawang

1 biji Bawang besar - hiris
1 biji Kentang - kupas dan hiris memanjang
1 batang cili hijau - hiris
1 pokok Daun Ketumbar, Daun bawang, Daun Sup - hiris

Tepung kacang kuda - secukupnya
1 st garam masala
1 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan
1/2 st serbuk kunyit
1 st serbuk cili
1/2 st pes halia
1 st bwg putih cincang
1 st garam
air

Masukkan bahan sayur ke dalam mangkuk besar. Masukkan kesemua bahan rempah, halia, bawang putih dan garam. Gaul hingga rata.
Gaulkan tepung kacang kuda hingga menyaluti seluruh bahan sayur tadi. Tambahkan sedikit air dan gaul sebati supaya tepung melekat pada sayuran.
Goreng dalam minyak panas seperti menggoreng cucur. Goreng hingga bertukar warna keemasan.



Pakora Peria Katak
(Asasnya sama tapi ada penambahan bahan dibuat).
2 biji peria katak - hiris nipis, basuh dgn air garam dan toskan
1 biji Bawang besar - hiris
1 biji Kentang - kupas dan hiris memanjang
1 batang cili hijau - hiris
2 pokok Daun Ketumbar - cincang

Tepung kacang kuda - secukupnya
2 sudu besar tepung beras
1 st garam masala
1 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan
1/2 st serbuk kunyit
1 st serbuk cili
1/2 st pes halia
1 st bwg putih cincang
1 st garam
air

Masukkan bahan sayur ke dalam mangkuk besar. Masukkan kesemua bahan rempah, tepung beras, halia, bawang putih dan garam. Gaul hingga rata.
Gaulkan tepung kacang kuda hingga menyaluti seluruh bahan sayur tadi. Tambahkan sedikit air dan gaul sebati supaya tepung melekat pada sayuran.
Goreng dalam minyak panas seperti menggoreng cucur. Goreng hingga bertukar warna keemasan.


** Pilihan sayuran mengikut citarasa masing2. Sedap dimakan bersama sos cili atau sambal tumis (yg ni ikut selera akak).

No comments: