Showing posts with label Asam Pedas. Show all posts
Showing posts with label Asam Pedas. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Asam Pedas Daging


Dah lama akak tidak mengasam pedas, baik ikan, ayam apatah lagi daging. akak kalau masak malas nak pikir sangat pasal bahan2 yg tak der dalam stok. Ada bahan asas dah cukup.

Akak kalau masak, sehari sekali jer... kalau dah masak utk siang, mlm akak tak masak. Hari ini akak masak Asam Pedas Daging utk makan malam. Sempoi jer, tak der bahan tambahan sebab akak kalau masak tak der nak rancang2, teringat terus jer campak2 dalam periuk.

Asam Pedas Daging

500gm daging - potong kecil, cuci dan toskan
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang kisar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
perahan asam jawa
garam
gula
air
Minyak utk menumis

Lumatkan bawang putih, halia dan kunyit. Satukan dengan bawang dan cili kisar.
Panaskan minyak dan tumiskan campuran bahan kisar hingga naik bau dan terbit minyak.
Masukkan daging, kacau rata. Biarkan hingga daging kecut dan air sedikit kering. Tambahkan air biarkan didih dan daging empuk. Tambahkan perahan asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan didih sekali lagi. Renehkan dengan api perlahan seketika sebelum dihidang.

Monday, November 21, 2011

Asam Pedas Ikan Pari dan Roti Puri

Satu lagi my family favourite dish - asam pedas. Tidak kiralah apa isinya asalkan asam pedas, memang laku. Akak sengaja lebihkan kuahnya setiapkali memasak. Keenakannya akan lebih terasa lepas kita keep overnite dan perangat. Cicahlah dengan lempeng tepung, biskut kering atau roti...

Asam Pedas Ikan Pari

500 gm ikan pari - bersihkan dan potong
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang merah kisar
2 sudu kecil bawang putih kisar
1 cm halia + 1 inci kunyit - ditumbuk
1 inci persegi belacan
1/2 cawan jus asam jawa
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Satukan bahan kisar, bahan tumbuk dan belacan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan campuran belacan hingga terbit minyak.
Masukkan ikan, gaul rata. Masukkan air dan jus asam jawa. Biarkan mendidih dan ikan masak. Rasakan garamnya. Renehkan seketika sebelum dihidang.



Kali ni akak buatkan roti puri/batak/jembreng seng (macam2 nama tp bendanya sama).
Roti Puri

Tepung gandum
minyak sapi atau majerin (akak guna majerin jer)
garam
air

satukan semua bahan dan uli hingga menjadi doh lembut. (macam doh karipap)
bahagikan ke beberapa bahagian, gentel bulat dan canai nipis.
goreng dengan minyak yang banyak. doh akan mengelembung. balik2kan
angkat bila sudah kekuningan. tiriskan minyak di atas kertas minyak.
hidangkan bersama kuah asam pedas atau sambal tumis atau sambal sadin.

Thursday, July 7, 2011

Masak apa aja

beberapa hari ni agak kesibukkan sikit... ntah apa yang disibukkan, kita pun tak tau la... dah nak puasa, biskut tak mula lagi. selain sibuk melukis biskut tempahan, kita pun saja la sibuk nak menyibuk nak menyahut cabaran konon sehebat chef gitu... hehehehe... kira asik dengan R&D nya la, sampai nak masak pun main campak2 tangkap muat asal boleh telan jer. Nak update blog lagi la payah... huhuhu... sorry la ye kengkawan follower yang kita sayangi, memang makcik tak sompek...

ni jer la yang kita sempat sediakan untuk beberapa hari ni... selebihnya, kedai mari... hahahaha...


sotong masak serai - ringkas saja
sotong - bersihkan
bawang besar + bawang putih + halia - hiris
serai - hiris halus
cili merah - hiris
asam keping
garam secukup rasa
minyak utk menumis

panaskan minyak, tumiskan bahan hiris hingga naik bau.
masukkan sotong dan asam keping, kacau rata biar hingga sotong masak.
perasakan garam.


asam pedas ikan pari - resipi dah ada sebelum ni, cuma yg ini ditambahkan belacan dan campakkan serai yang diketuk semasa menumis.


tak tau apa nama sayur ni, goreng dengan udang geragau sebagai perencah. suruh anak dara yang masak sebab simple jer, bior dia belajo untuk diri dia jugak.


patin tempoyak - kegemaran orang2 dalam rumah. resipi simple jer:

tempoyak + kunyit hidup + cili api - sebatikan.
air secukupnya
garam secukup rasa
asam keping (jika tempoyak tidak cukup masamnya)
ikan patin - dibersihkan

masukkan semua bahan dalam periuk. didihkan sehingga ikan masak sepenuhnya.



kita memang suka kalau masak tidak pening kepala... campak jer...

Sunday, April 18, 2010

BBQ Lamb & Asam Pedas Kepala Patin


nak bagi nama apa tah...

Ada lamb bbq lebihan geder2 minggu lepas. Dah macam2 makan masa tu, lamb pun mcm x der sambutan. Tak tau nak buat apa, rebus semula, api sederhana, hingga daging terpisah dari tulang. toskan airnya, hiris2... tumis bawang+halia+cili merah+batang seleri... garam secukup rasa. dah tu perahkan jus lemon. sedia utk dihidang.

tak membazir kan?


Asam Pedas Kepala Ikan Patin. Tinggal kepala jer, hak dagingnya dah kena pais minggu sudah. Resipi sama jer cam selalu... main lebur2 jer...

Monday, November 23, 2009

Dinner Express

Kenapa dinner express? sbb masak express la... 30 minit siap dua dishes. Kacang buncis goreng + Asampedas ikan kembung dengan terung assam. emmm... terung asam lagi... jangan marah arrrr... itu terung tak dapat nak cari kat semenanjung... Borneo mari tau...
Resipi simple jer... ejas sendiri ek...

ikan – dibersihkan
cili, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit - blend atau tumbuk
perahan asam jawa
terung asam (kena cari kat sarawak)
air
garam secukup rasa
minyak utk menumis

panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk/kisar hingga naik bau dan kering air.
masukkan ikan, gaul rata
masukkan air, perahan asam jawa
masukkan juga terung asam dan garam secukup rasa
biarkan mendidih dan ikan masak sepenuhnya
hidangkan.


sayur ni sentuhan mat rock. kita sediakan bahan jer, dia yg siapkan gorengan.
tumiskan bawang besar hiris, ikan bilis, hirisan cili merah
masukkan kacang yg sudah dibersihkan
kacau goreng hingga rata.
pecahkan telur, gaul rata. perasakan garamnya

Tuesday, October 6, 2009

Fried Screws

hahaha... sounds 'brutal' isn't it? Just for fun only... I am no Italiano, very hard for me to remember the name of this 'screw type' pasta. Panggil skru jer la... hahahaha... My family likes pasta but need to prepare in Malaysian (that's me... :D) ways to suit the tastebuds... hot and spicy... campur itu campur ini, whats in the fridge that suit to this, all dump in. Let's layanzzzz...


500 g 'screw' pasta - boil to cook
3 tablespoons blended onion
3 teaspoons blended garlic
4 tablespoons blended chillies (lessen or more)
100 g chicken meat - cubed
1 carrot - grated coarsely
50 g cabbage - sliced
100 g fish cake - sliced
100 g fish ball - quartered
1/2 cup frozen mixed vege
1/2 lemon
salt and sugar to taste
cooking oil
chopped scallion and chinese parsley for garnishing

Heat oil in a wok. Stir fry blended ingredients till fragrant or someone sneezing...
Dump the chicken meat, bring to half cooked. Add in the fish cake, fish ball, carrot and mixed vege. Stir till well mix.
Add in the pasta and sliced cabbage. Mix them well. Add salt and sugar to taste. Squeeze the lemon juice in and mix well.
Garnish and serve.


*psssttt... do not follow my style exactly... do your way, follow your heart... hehehehe...


Just to show off my another version of Asam Pedas only... the recipe can be found in previous entry.

Tuesday, September 15, 2009

Asam Pedas Ikan Mackerel dengan Terung Asam dan bunga kantan

Tahun ni bulan ramadhan, kita tak banyak kedapur, boleh dikira dengan jari, tak sampai 10x pun. Tahun ini buat julung kalinya kita sibuk buat kukis niaga. Tak la banyak tapi sebagai amatur dan baru bertatih banyak yang harus di letak ketepi seketika, termasuklah meng'asap'kan dapur comel ku itu. Sesekali ada gak turun bila bosan ngan makan luar. Ini la hasilnya...

Asam Pedas ikan mackerel dengan terung asam dan bunga kantan. Resipi cam biasa boleh tengok kat sini. Bahan datang dari jauh nun dari Kuching. TQ Kak Dee n Abang Ghazi.

Bihun goreng jer. Buat utk berbuka entah bila. Main masuk jer, semua ekspress... balik kerja main tibai jer...

Cucur udang... pemberian nebor depan rumah. Tq kak Nazirah. Habis kami bedal...

Saturday, March 28, 2009

Terubuk Asam Pedas Terung Asam


1 whole Terubuk - cleanend and cut


blended ingredients:
10 pcs dried chillies - cut, washed, soaked to soft
3 pcs shallots
2 cloves garlic
1 cm ginger
1 cm tumeric
10 gm shrimp paste (belacan daaa...)

1 pc terung asam - wedged


2 tbsps tamarind juice
1/2 cup cooking oil
water
salt to taste
2 sprigs daun kesum


Heat oil in wok over a medium fire. When hot, stir fry blended ingredients until fragrant and oil separates.
Add in fish, terung asam, water and tamarind juice. Stir to mix well until boil.
Add salt to taste. Stir and bring to boil for a while and the fish well cooked.
Turn off fire.
Ready to serve.

Wednesday, February 4, 2009

Ayam Asam Pedas

1 ekor ayam potong kecil / 1 bird chicken cut into small pieces
Cili kering - rendam & kisar / dried chilies - soak & blend
3 ulas bawang putih / 3 cloves garlic
10 butir bawang merah / 10 pcs shallots
1 inci halia / 1 in ginger
1 inci kunyit / 1 in turmeric
Garam secukup rasa / salt to taste
Perahan asam jawa / tamarind juice
Minyak untuk menumis / cooking oil for frying
Air / water

Optional ingredient

Serbuk perasa / seasoning
Serai / lemon grass
Daun kesum / malay basil

  1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia & kunyit dan satukan dengan cili yang dah dikisar. Blend in garlic, shallots, ginger & turmeric and add in into blended chillies.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan semua bahan kisar tadi. Gorengkan hingga terbit minyak dan aromanya. Boleh masukkan serai jika mahu. Heat enough cooking oil in a pot and pour in blended ingredients. Fry until it brings out an aromas. Add in the lemon grass if you like.
  3. Masukkan ayam. Gaul rata hingga bumbu menyeliputi ayam tadi. Masukkan sedikit air. Biar hingga ayam setengah masak. Put the chicken in and stir until the gravy mix evenly. Pour in little bit of water. Let until the chicken half-cooked.
  4. Masukkan air asam dan garam. Tambah air jika perlu. Biarkan hingga mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Masukkan daun kesum. Pour in the tammarind juice and salt to taste. Add in more water for thinly gravy. Let it boil and the chicken cook well. Add in the malay basil.
  5. Kecilkan api dan biarkan dia mereneh selama 20 minit. Slow down the heat and let it simmer for 20 minutes.

Enjoy!!!