Thursday, September 20, 2012

Baked Macaroni and Cheese With Meatballs

O.M.K... Oh Mak Kau!!!! Haaaaaaaaaaaaa... ammekkaww!!!

Diam tak diam genap 3 bulan akak tinggalkan 'rumah' ini tanpa peduli... Tak sangka selama itu. Alahai... punyalah tuan rumah ni sibuk bagai terlupa jalan pulang. Sebenarnya tidak la lupa, cuma rasanya kalau posting yang sama tu takut orang tak suka.  Kebetulan pula akhir akhir ini, ada sahaja faktor lain yang membelenggu kerajinan akak ber'blog'. Insyallah, selepas ini akak akan cuba aktif bagai dulu.

Meh sini... akak upah resipi 'hantam keromo' akak nih. Akak buat sebagai buah tangan semasa melawat Along di kampus. Kesian dia, kolej cuti 3 hari sempena hari Malaysia tapi dia tak balik. Kebetulan jiran akak yang anaknya sama kolej ngan Along pelawa temankan dia hantar anaknya balik kampus. Emmm... Pucuk dicita ulam yang datang...  Dapatlah menjengok Along.  Akak memang tak bagi dia balik selalu supaya dia belajar berjimat. Elaun tak dapat lagi, paham2 aje la lepas2 raya nih... Omak dio dah koringgggg!!!

Ok... back to the recipe... oppsss!!! omputih la pulak... Akak buatkan Along 'bake macaroni and cheese' tapi akak tambahkan bebola daging. Homemade meatballs youuuu... Haaaaaaaaa... Kellazzzz... ko... Lagi satu, resepi akak taip dalam omputih... tak tau kenapa tak kuor2 melayunya. Harap2 korang boleh paham ye deknon...
Baked Macaroni n Cheese with Meatballs

250 gm macaroni

A) Meatballs:
250 gm beef meat - minced
½ teaspoon black pepper
½ yellow onion – chopped
1 tbsp flour

B) Sauteed Meatballs:
10-15 pcs meatballs
1 clove garlic – chopped
½ stick celery - diced
½ tsp pepper
Pinch of salt
1 tbsp olive oil

C) Cheese Sauce:
2 tbsps butter/margarine
3 tbsps flour
250 gm thickened cream
2 cups water (keep the water used to boil the meatball and macaroni)
60 gm shredded cheddar cheese
40 gm parmesan cheese
20 gm grated mozzarella cheese


Combine (A) - meat, black pepper and onion into food processor and mince together. Fold in flour and mix well. Shape into small round ball. Drop into boiling water and cook until the ball floating. Take out and aside. (keep the stock to boil the macaroni)
Boil the meatball stock + Olive oil + salt. Fold in macaroni and cook al dante. Strain the macaroni and keep the stock aside.


To prepare ingredients (B) - Heat up olive oil in a pan. Saute onion and garlic to tender. Add in celery, pepper and pinch of salt then fold in the meatballs. Aside.
Prepare (C) - Melt butter and stir in flour. Pour in cream – keep stirring to form smooth mixture. Add in the stock a little at a time and keep on stirring. Mix in cheddar and parmesan cheese. Mix them to well blended sauce.
Slowly fold in the macaroni and sautéed meatballs until all well coated with sauce. Pour into casserole, sprinkle the mozzarella and bake 175 C degrees for 35 minutes.

Selamat mencuba!!!

Thursday, June 21, 2012

Ringkas dan Menyelerakan - Bahaya nih!!!

Pada waktu2 yang sangat membingungkan, membosankan, otak jadi keras tak boleh nak berfikir walaupun perut sudah memulakan 'konsert'nya yg tersendiri.  Adoi... fenin... fenin...  Selak sana selak sini... makin buntu nak masak apa... sesekali layan hidangan ringkas begini, macam lupa diri pulak...

Taugeh cacamarba begini pun sedap... (sebab dah kebulur la kan...)

Ikan goreng - untuk mencantikkan ikan goreng yang begitu 'plain' semasa menghidang, akak gorengkan hirisan bawang besar, halia, bawang putih dan cili hingga sedikit layu.  taburkan di atas ikan tadi.  Kemudian, tuangkan kicap sedikit... lichin beb!!!

Bihun Sup


Pilihan yang tepat bila dah tak tau nak makan apa.  Lebih2 lagi dengan cuaca yang panas kering ni, pilihan hidangan bersup memang sangat menyegarkan.


Resipi sup dah ada pada entry lepas di sini.

Condiments:
Bihun - rendam dan celur
Sawi - celur
Tauhu goreng - hiris
Sambal kicap
bawang goreng
hirisan daun bawang

Bahan2 tambahan tu boleh la ikut citarasa masing2 ye... ish... terliur lak tengok entry sendiri... ciss!!!

Dori Hitam Manis dengan Epal Hijau

Wah! diam tak diam, dah hampir sebulan akak tidak menjenguk rumah akak ni... banyaknya habuk... kena buat pembersihan ni.  Emmm... mana nak mula ye...

Akak puasa hari ini, tapi kena masak gak ler untuk yang lain2 dalam rumah ni especially yang nak pergi sekolah.  Biar tidak kelaparan.  Nasib baik orang dalam rumah ni tak cerewet, masak apa saja insyallah semua beres.

Untuk menjimatkan masa akak cuma masak 1 lauk jer... no sayur sebab tak sempat ke pasar.  Guna jer la apa yang ada dalam peti es klasik akak tu...


Hirisan Dori Hitam Manis
A)
700 gm isi ikan Dori - potong kiub, perap seketika bersama garam dan lada putih
tepung jagung secukupnya
Minyak utk menggoreng
B)
2 ulas bawang putih - hiris
1 cm halia - hiris
1 sudu besar pes bawang merah
1 sudu teh pes bawang putih
1 sudu besar pes cili
C)
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap tiram
2 sudu besar kicap manis
D)
1/2 cawan air
1 sudu besar jus lemon
E)
1 biji bawang besar - potong kiub
1 batang cili merah - hiris
1 biji epal hijau - di dadu
1 biji tomato - dadu


Panaskan minyak untuk menggoreng.  Salutkan filet dengan tepung jagung dan goreng hingga garing.  Ketepikan.
Masukkan sedikit lebihan minyak goreng tadi ke dalam kuali untuk menumis.  Masukkan bahan (B), kacau hingga naik bau.
Masukkan bahan (C), kacau rata dan sebati kemudian masukkan bahan (D).  Biar mendidih dan kuahnya sedikit pekat.
Masukkan epal hijau masak hingga sedikit lembut.  Kemudian masukkan bawang besar, cili merah dan tomato.  Kacau rata.
Gaulkan filet siap goreng ke dalam kuah.


 Siap untuk dihidang.


Wednesday, May 23, 2012

Jom Buat Jemput2 Sayur a.ka Vege Fritters


Jemput2 - cucur - cekodok --> merujuk kepada hidangan yang sama.  Sesuai dihidang bila2 masa dimana jua.  Kegemaran semua peringkat umur dari dahulu hingga kini.  Bawalah ke mana pun tetap diterima kehadirannya...

Di tempat asal akak dipanggil jemput2 kerana kaedahnya dengan menggunakan hujung jari, kita mencubit sejemput adunan tepung dan dijatuhkan kedalam kuali penuh minyak yang dipanaskan.  Sejenis kudapan bergoreng.  Sangat mudah untuk disediakan, tapi jangan terkejut ada yang masih tidak berjaya membuatnya sendiri walaupun sudah diberi tutorial... akak pun tak tau mana silapnya...

Akak kalau buat jemput2 memang suka banyak sayur, selalunya carrot dan taugeh menjadi pilihan utama.  Kalau ada lebihan ayam goreng pun boleh leburkan bersama. Mari tengok apa yang akak gunakan untuk meyediakan jemput2 kali ini.

Bahan asas:
Tepung gandum
Bawang besar - cincang
halia - cincang
lada merah - cincang
garam
isi ayam goreng yang disiat2 (boleh diganti dengan ikan bilis)
air untuk membancuh

Bahan Sayur: 
(ikut citarasa masing2, tidak terhad yang tersenarai sahaja)
Kobis - hiris
lobak merah - parut kasar
taugeh
daun kucai - hiris
(boleh tambah daun bawang atau daun sup jika suka)

satukan semua bahan ke dalam mangkuk

gaul sebati

masukkan telur dan gaul sebati sambil campurkan air sedikit demi sedikit

hingga menjadi adunan yang tidak terlalu cair atau terlalu pekat.  diamkan sekurang2nya 30 minit, baru digoreng.

deep fry - jangan terlalu penuh bagi ruang untuk gorengan terapung

bila dah kuning keemasan, angkat dan toskan atas kitchen towel.

siap! untuk menjadi kudapan enak dihidang bersama kopi atau teh panas.

Senangkan....

Tuesday, May 22, 2012

Mi Bayam


Mi Bayam ni akak buat sendiri.  Kalau selalunya akak buat mi kuning guna air kunyit, mi lobak merah ngan jusnya, akak cuma gantikan kepada air kisaran daun bayam.  Tiada penggunaan kaler kimia, semuanya tulin.

Mi Bayam

500 gm tepung
200 ml kisaran daun bayam (kisar daun bayam dan air)
1 sudu kecil garam

Campur semua bahan dan uli hingga menjadi doh.  Bahagikan ke beberapa bahagian.
Gelek doh hingga menjadi kepingan nipis (no. 5).
Lalukan kepingan di bahagian pemotong mi.
Didihkan air hingga menggelegak dah masukkan mi siap potong ke dalamnya.  Rebus hingga mi timbul, angkat dan toskan.
Masukkan dalam bekas dan gaulkan dengan minyak.  Sejukkan dan boleh digunakan terus atau disimpan sehingga beberapa hari di peti sejuk.


Goreng aja seperti mee kuning biasa tu... sedap, tak ada bau bayam, tak der rasa bayam yang ketara.  Kalau ada anak2 yang tidak suka makan sayur tapi suka makan mi (mana ada anak2 tak suka mi), cara begini lebih efektif dari kita memaksa mereka untuk makan sayur... khasiatnya sudah berada di dalam mi tersebut.




Sup Tulang Rusuk

Macam2 akak buat hari ini...  Untuk buka puasa merangkap makan malam, akak buat sup tulang rusuk dan sayur goreng jer.  Cukup la 2 juadah setiap 'meal'.  Dah biasa begini, kalau lebih nanti mesti terbazir.  Tuan tanah dan anak2 kata kalau banyak sangat hidangan jadi bingung nak makan mana satu.  Kalau masuk semua dalam mulut pulak tidak dapat rasa nikmat sesuatu makanan tu... emmm... ada2 jer alasan.  Tapi bagus gak begitu sebab, ringan skit kepala otak akak nak memikir apa yang perlu akak sediakan untuk diorang makan nanti.  Hahahaha... yang sebenornya, malas pun ye jugak... hahahahaha...


SUP TULANG RUSUK

Bahannya (hidangan 4 orang)
*500 gm tulang rusuk - potong kecil cuci bersih
*1 inci halia - ketuk
*2 ulas bawang putih - memarkan (ketuk)
*1 sudu kecil lada hitam
*1 batang serai - ketuk
*air untuk merebus
1 biji bawang besar - hiris
1/2 sudu teh serbuk jintan manis (kasar)
1/2 sudu teh serbuk jintan putih (halus)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk kunyit
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1 biji kentang - potong 8
1 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam secukup rasa

Masukkan bahan (*) ke dalam periuk dan rebus diatas api kecil sehingga daging yang melekat di tulang empuk atau tertanggal.
Masukkan rempah tumis, hirisan bawang, serbuk kunyit, serbuk jintan dan ketumbar, biar mereneh hingga bawang layu.  Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk.
Tambahkan garam secukupnya dan masukkan jus limau kasturi.  Renehkan lagi seketika.
Taburkan hirisan daun bawang dan daun sup semasa hidang.


Sayur ni orang cina panggil 'Pak Choy'.  Cara masak begini memang kesukaan anak2.  Kalau akak malas, alhamdulillah diorang boleh buat sendiri.  Mudah jer... pejam mata pun buleh...

Pak Choy Goreng Sos Tiram

Pak Choy - leraikan dan bersihkan
bawang putih - ketuk dan cincang
ikan bilis - basuh
cili merah - hiris
bawang besar - hiris
sos tiram secukupnya
air panas secukupnya

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan masukka ikan bilis dan bahan hiris.
Tuangkan sos tiram, kacau rata dan kaup balik pak choy ke dalamnya.  Tambahkan sedikit air panas.
Teruskan kacau hingga mendidih.  Angkat dan hidangkan.


Try la... :))

Kepok Lekor Cik Ani


Dah lama sungguh tak buat kepok (keropok) lekor.  Kebetulan tadi pagi pergi pasar ada ikan sadin dah pecah perut jual harga murah.  Selalu pun ada gak ikan2 begini tapi nak beli teragak-agak.  Hari ni kuatkan semangat terus jer beli dalam sekati (600 gm).  Balik rumah terus jer ceraikan tulang dan isinya. Ketepikan sementara nak habiskan kerja2 lain di dapur.

Kepok lekor yang disediakan sendiri ni lebih memuaskan hati akak, sebab kita boleh kawal pengunaan bahan dan juga serbuk perasa.  Akak ni kan 'MSG Free' kalau memasak... Penggunaan tepung jugak bergantung pada si pembuatnya... kalau nak lebih rasa ikan, kurangkan tepungnya.  Kalau nak bubuh perasapun boleh jugak.

Sebenarnya ni bukan kali pertama akak membuat kepok sendiri.  Dah banyak kali jugak.  Lagipun tak susah mana.  Akak belajar dari seorang kakak angkat masa lepas SPM dulu, bukan secara formal pun, dia cuma arahkan apa nak buat jer, dari bersihkan ikan sampai merebus... tu yang akak ingat sampai sekarang kottt... Dulu tu guna lesung batu deknon, tak main kisar2 nih tau... jenuh nak menumbuk isi ikan tu kooo...

Keropok Lekor
Bahan:
600 gm ikan (selayang/pelaling/sadin/tamban) - bersihkan, asingkan isi dari tulang dapat (+/-)400 gm isi ikan
400 gm tepung sagu (kurangkan lagi untuk lebih rasa ikan)
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu kecil garam

Kisar isi ikan bersama garam dan lada putih.
Ulikan bahan kisar bersama tepung sagu hingga boleh digentel.
Gentel memanjang seperti selinder mengikut saiz yang dikehendakki.
Rebus dalam air mendidih yang dicampur sedikit garam dan minyak hingga ianya timbul.
Angkat dan toskan.
Boleh dimakan terus, atau digoreng seperti keropok lekor biasa.

Isi ikan siap uli - bahagikan ke beberapa bahagian sama berat timbangannya
 Acara menggentel - takde mesin, manual jer sebab sikit
 siap dah 
 potong 2 kasi pendek senang masuk periuk nnt.
 rebus dalam air mendidih hingga terapung ke permukaan, tandanya dah boleh keluarkan
 taraaaaaaaaaaaaaa!!! siap untuk dihidang begini atau digoreng.

Dah ada kepok, kena la ada pencicah (dipping) pula...
Untuk membuat pencicah atau sosnya akak menggunakan
200 gm cili merah - buang biji
200 gm cili pes/cili kering kisar (boleh kurangkan atau lebih mengikut citarasa)
50 gm bawang putih
400 gm gula melaka - potong kecil
2 cawan air
1/2 cawan cuka
2 sudu teh garam

Kisarkan cili merah dan bawang putih hingga hancur.  Kemudian masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih dan pekat.
Siap untuk dihidang.


Selamat Mencuba!!!

Tuesday, May 8, 2012

Daging Ala Sate Goreng MIL


Ingat nak masak asam pedas daging, tapi tuan tanah request masak ala sate goreng.  Pernah dulu akak masak tibai2 jer, bila dia rasa, dia kata itulah rasa camana yang emak dia masak dulu.  Nasib baik akak ada catit bahan2nya masa akak masak dulu, akak pulak tak pernah jumpa mak dia, belum sempat jadi menantu emaknya dah tak der.  Kali ni akak tambah sedikit jus lemon untuk menambah rasa.


Daging Ala Sate Goreng MIL

1 kg daging – potong kecil
5 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
¼ cawan kicap lemak manis
1 sudu teh black pepper
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 biji jus lemon
sedikit gula

Gaulkan semua bahan dan perap lebihkurang 1 jam

4 sudu besar minyak untuk menumis
2 inci halia - hiris
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
2 biji bawang besar - hiris
3 biji cili merah/hijau - hiris serong
1 pokok daun bawang - potong 1 inci panjang

Panaskan minyak di dalam kuali.  Gorengkan daging perap dan halia hingga daging empuk dengan kuali bertutup.  Kacau sekali sekala supaya tidak hangus.  Tambah air jika daging belum empuk.
Apabila air daging sudah separuh kering, masukkan garam dan gula secukup selera, kacau rata.
Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau rata hingga bawang sedikit layu.  Tutup api dan masukkan daun bawang, gaul rata.
Sedia untuk dihidang.


Monday, May 7, 2012

Mee Udang Sayuran

Mood:  Malas tahap dewa!!!
Idea: Blurrrr!!!
Bahan:  Stock Clearance!!!

Dengan mood yang tak berapa nak ada, idea pun kurenggggggggggg (malas terlebih) dan bahan2 seadanya jer maka inilah hidangan akak untuk malam nih.  Gaya simple ni memang kesukaan akak la.  Lebih2 lagi tuan tanah tiada di rumah, baliknya pun lewat, bila dah lewat sampai rumah, makan pun main cuit2 jer.  Jadinya hidangan ala carte ni lebih sesuailah.  Akak pun dah bagitau tuan tanah sebelum keluar tadi dan lampu hijaupun dinyalakan dengan terangnya... :D Gumbiranya hati akak...

Hidangan akak malam ni --> Mee Udang Sayuran ada ke???... akak masak, akak pandai2 sendiri bagi nama... :D

Mee Udang Sayuran

400 gm mee kuning
(akak guna mee kering yang di rendam dalam air panas mendidih hingga lembut dan toskan airnya)

15 ekor udang - tanggalkan kepala dan kulit
- celur isi dalam air mendidih dan ketepikan
- guna air tadi dan rebus kulit dan kepala utk dapatkan stok - kisar dan tapiskan
1 paket bebola ikan (ada 15 biji)
2 keping kek ikan - hiris memanjang
3 biji putik jagung - hiris bulat
4 biji baby carrot - hiris bulat
3 helai kelopak kobis - hiris
10 biji kacang sepat
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
5 biji cili padi - kisar
1/2 cawan sos cili
1/4 cawan sos tiram
garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar.  Tumis hingga naik bau.
Masukkan sos cili dan sos tiram, tumis hingga terbit minyak.
Masukkan bebola dan kek ikan, kacau rata.
Masukkan air rebusan tadi, biar mendidih dan sedikit pekat.  Tambahkan sayur2an dan udang.
Perasakan garamnya.

Masukkan mee ke dalam mangkuk, siramkan kuahnya, taburkan hirisan daun bawang.