Thursday, July 30, 2009

Nasi Goreng Larut Malam

Ni kisah hari Isnin lepas tu la. Lepas buka puasa and dinner kena buat baking pulak. Lepas baking naik ke rumah dah dekat jam 1 pagi. Ada left over nasi masa dinner, telur dadar pun ada lebih jugak tapi lemak tempoyak ikan masin habis kering. Kalau tak buat apa2, sampai esok pun gitu jugak le tak bersentuh.

So, kita goreng untuk buat sahur semalam. Selebihnya anak2 dan hubby buat bekal mereka. Dah buat kerja tengah2 malam, tu yang jadi nama gitu... Kalau bahasa omputih Midnite Fried Rice... hahaha...
2 pinggan penuh nasi sejuk / 2 full plates cold rice
lebihan telur dadar diramas hancur /leftover ommelet - hand crushed
Segenggam ikan bilis goreng / a handful of fried anchovies
3 ulas bawang puting diketuk / 3 cloves crushed garlic
1 cawan sayur campur beku / 1 cup frozen mixed vege
garam secukup rasa / salt to taste
5 sudu besar minyak masak /5 tbsbs cooking oil

Panaskan minyak dalam kuali. Saute bawang putih hingga perang, masukkan sayur campur, kacau goreng sebentar. Heat up oil in a pan. Saute garlic until golden and add in mixed vege. Stir well.
Masukkan ikan bilis, nasi dan telur dadar. Kacau rata semua bahan. Goreng hingga semua bahan bercampur sebati. Add in the anchovies, rice and ommelet. Fry till all ingredients mix well together.
Perasakan garamnya. Kacau rata dan sebati semua bahan. Add salt to taste. Stir to blend them all.
Sedia untuk dihidang. Ready to serve.

5 comments:

Anonymous said...

Yg panjang2 tue ikan bilis ke? keturunan tinggi2 ek ikan bilis neh? ehhe.. makan nasik goreng malam2 memang best.. pastu terus tidur..syok!

KAnim said...

hahaha... mmg best, lepas makan terus zzzzzzz... amalkan, macam belon kang baru tau... hehehe...
opps! haah.. beli jer ikan bilis nyabesor jari kelingking budak tu... pastu sambil tengok tv, buang tulang dan pecah2kan nak masak senang. selalunya ikan bilis ni akaq wat sambal tumis utk nasik lemak...

pincreationworld said...

Adoiii, perut dah lapar tengok masakan sedap-sedap kat sini, kito nok tera lahh..tak magoh dok ciplak...he he mitak ampon....
Rindu kat 3 ari punya kawe-kawe...kirim salam kat yg mengenali cek mek molek ni(saya le...)

KAnim said...

wey.. pincreationworld ni hok mana so? juper 3 ari ja, nok ingak belaka payoh la... mu nok ciplak ko, nok tegha ko ambil la, dok soh la mintak2 ampun... sharing is caring...

wey... kontek lagi la wey... bagi namo selalu, pastu kasi bayang muko lagu mano, biar ingak deh...

pincreationworld said...

Ala Kanim ni, takkan nak publish kat sini gambar kito yg penuh badan dgn brg kemas tu....ingat ke dok?? Yg kmis ingat tu kito dlm email tu...untung badan kan dpt brg kemas camtu...