Tuesday, July 26, 2011

Selar Pindang Belimbing Buluh

Dah habis idea dah ni... Dalam cuaca panas ni kena lebihkan pengambilan air. Masak rebus jer la yang boleh membuka selera. Lagipun semua main lebur jer...


Ikan Selar Pindang Belimbing Buluh

2 ekor ikan selar - dibersihkan dan potong 3
2 butir bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit
3 butir cili api
6 butir belimbing buluh
garam secukupnya
air

lumatkan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit. campurkan semua bahan ke dalam periuk. Di atas api sederhana, biarkan mendidih dan ikan masak sepenuhnya.
Sedia untuk di hidang.


Bayam Goreng

1 ikat bayam - dibersihkan
1 ulas bawang putih - hiris
2 biji bawang merah - hiris
1/2 batang cili merah - hiris serong
secubit ikan bilis
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

panaskan minyak, tumiskan bahan hiris dan ikan bilis, hingga naik bau. masukkan bayam dan kacau rata. letak sedikit air jika mahu. apabila bayam sedikit layu tambahkan garam, gaul rata dan matikan api. Hidang.


Monday, July 25, 2011

Nasi Goreng Bawang Putih


Ada lebihan nasi, goreng jer la kan... jangan membazir...


Nasi Goreng Bawang Putih

3 cawan nasi
10 ekor udang
5 ulas bawang putih - ketuk & cincang
1/2 cawan sayur campur sejukbeku
4 biji cili padi - ketuk
garam secukupnya
4 sudu besar minyak goreng

panaskan minyak, gorengkan bawang putih dan cili padi hingga naik bau. Masukkan udang dan sayur campur, gaul sebati. Masukkan nasi dan garam. Gaul rata dan goreng hingga semua bahan sebati.

Patin Tempoyak Belimbing Buluh & Brokoli Goreng Udang

Ni kisah weekend lepas, baru ni ada masa nak buat entry. Hidangan untuk meraikan tetamu (Pak Teh dan familinya) yang bertandang. Happy jer, hilang penat memasak bila tetamu seronok berselera makan masakan kita. Rasa lapar pun hilang.

Ada patin tempoyak (rupa2nya anak buah tu mmg dah lama minta nak makan patin dr mak ayahnya tp tak tau nak cari kat mana), kebetulan ada belimbing buluh dari Sedenak... (ahak! bekalan dari Che Mat Gebu masa kita bertandang ke rumahnya beberapa minggu lepas), kita masukkan sekali. Emmm... memang jempol!!!! Terimakasih CMG... kita suka, ada lagi koling2 ye... :D

Buat Sambal Hitam (memang dah ada belimbing siap rebus dalam peti es) dan goreng brokoli (request dr anak dara) jer. Lepas tu buat bubur skoteng, utk minum petang, tp terlupa nak posingkan. Samosa dan sardin roll mmg dah ada dalam freezer.


Patin Tempoyak Belimbing Buluh
1 ekor patin dibersihkan
6 biji belimbing buluh (belah 2)
4 sudu besar tempoyak
10 butir cili padi
2 inci kunyit
garam secukupnya

lumatkan cili padi dan kunyit. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan tambahkan air. Masak hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya.


Brokoli Goreng dengan Udang
Brokoli - potong kecil sesedap selera
10 ekor udang
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk/cincang
1 batang cili - hiris serong
1 senduk air rebusan tulang
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Panaskan minyak, goreng bawang dan cili, masukkan udang dan brokoli, tambahkan air rebusan tulang. Biar mendidih hingga bawang layu. Perasakan garamnya. Tutup api.


Sambal Hitam - untuk resipi sila lihat entry terdahulu.

Thursday, July 21, 2011

Nasi Carrot Udang Geragau

Kes malas punya pasal... untuk tengahari ni kita masak lebur semua sayur dalam satu periuk... hehehehe... dah macam nasi goreng la pulak.


3 cawan beras - cuci, rendam seketika dan toskan
3 cawan air rebusan daging (kalau ada la ye...)
1/2 cawan susu cair
1/2 batang lobak merah - parut
1/2 tin cendawan butang - hiris

bahan tumis:
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
1/2 genggam udang geragau
bunga lawang, buah pelaga
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak jagung

Panaskan minyak, masukkan bahan penumis, goreng hingga naik bau.
Masukkan parutan beras, lobak merah dan cendawan - gaul hingga rata. Masukkan air dan susu. Biar mendidih dan air hampir kering. Masukkan garam, gaul rata. Kecilkan api biar nasi masak seperti biasa.
Sedia untuk dihidang.

Senangkan... guna jer apa bahan yang ada di dalam dapur kita, jangan pening2 kepala ek... hehehee...

Nasi Berperisa



Wah, lamanya tak berkarya kat sini ek... busy yakmat deh... lebih2 lagi nak puasa ni, macam2 persediaan nak buat. Sampai adakalanya dapur berasap utk pekara lain.

Sekarang ni nak makan nasi problem betul, tak tau nak berlauk atau bersayurkan apa. Macam ada perasaan jemu gitu... aduhai. Kena kreatif macam ni, nak kasi orang2 dalam rumah ni berselera kembali. Tu yang timbul idea memperisakan nasi ikut jer apa bahan yang ada dalam dapur kita. Jangan susah hati la bab nih... kena 'improvise' resipi yang ada... mesti enak. Jempol!!!

Meh cuba resipi campak2 kita nih. Dah dua kali buat atas permintaan Tuan Besar. Sedap banget la tu, kena pada selera dia la kan...

2 cawan beras (kita guna beras super jer) - bersihkan, rendam 15 minit dan toskan
1/2 labu bawang besar - dimayang
1 ulas bawang putih - di cincang
1 inci halia - hiris halus
1 biji tomato - dicincang dadu
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga, kayu manis
1 helai daun pandan
2 cawan air
1/2 cawan susu cair/uht/susu segar
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak utk menumis

Panaskan minyak di dalam periuk nasi. Masukkan rempah tumis dan daun pandan, goreng hingga naik bau kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng hingga layu.
Masukkan tomato cincang dan beras. Gaul rata. Masukkan air, susu dan garam. Tanak nasi hingga masak seperti biasa.
Boleh makan bersama rendang daging dan acar. Tapi sorry tak dapat la nak bagi resipi sebab kedua2 ni datang dari kampung, bukan kita yang masak.


Yang ni masak kali ke2. Anak dara yang buat semuanya... kita cuma arahkan jer. Bukan apa, bior dia belajor, kenali bahan2 memasak, nanti senang nak kenyangkan perut sendiri. Lagipun memang patut dia belajor memasak untuk keluarganya... Rupanya lawan dengan ayam masak tomato lebih sedap... memang jempol!!!!

Ayam Sos Tomato
1/2 ekor ayam - potong kecil, gaul garam kunyit dan goreng separuh masak
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris utk hiasan)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1" halia (dihiris)
1 biji tomato (ptg baji)
1/2 botol sos tomato
1/2 cawan air
3 sb cili kisar
1 btg cili merah (ptg serong)
garam dan gula secukup rasa

panaskan minyak. tumiskan bahan hirisan hingga naik bau, masukkan cili kisar, ditumis hingga pecah minyak dan masukkan sos tomato, air, garam dan gula. tunggu shingga mendidih. masukkan ayam, gaul hingga rata. masukkan tomato, cili merah (yg dipotong) dan bwg besar (dihiris utk hiasan). tunggu hingga bawang layu. tutup api.

Thursday, July 7, 2011

Masak apa aja

beberapa hari ni agak kesibukkan sikit... ntah apa yang disibukkan, kita pun tak tau la... dah nak puasa, biskut tak mula lagi. selain sibuk melukis biskut tempahan, kita pun saja la sibuk nak menyibuk nak menyahut cabaran konon sehebat chef gitu... hehehehe... kira asik dengan R&D nya la, sampai nak masak pun main campak2 tangkap muat asal boleh telan jer. Nak update blog lagi la payah... huhuhu... sorry la ye kengkawan follower yang kita sayangi, memang makcik tak sompek...

ni jer la yang kita sempat sediakan untuk beberapa hari ni... selebihnya, kedai mari... hahahaha...


sotong masak serai - ringkas saja
sotong - bersihkan
bawang besar + bawang putih + halia - hiris
serai - hiris halus
cili merah - hiris
asam keping
garam secukup rasa
minyak utk menumis

panaskan minyak, tumiskan bahan hiris hingga naik bau.
masukkan sotong dan asam keping, kacau rata biar hingga sotong masak.
perasakan garam.


asam pedas ikan pari - resipi dah ada sebelum ni, cuma yg ini ditambahkan belacan dan campakkan serai yang diketuk semasa menumis.


tak tau apa nama sayur ni, goreng dengan udang geragau sebagai perencah. suruh anak dara yang masak sebab simple jer, bior dia belajo untuk diri dia jugak.


patin tempoyak - kegemaran orang2 dalam rumah. resipi simple jer:

tempoyak + kunyit hidup + cili api - sebatikan.
air secukupnya
garam secukup rasa
asam keping (jika tempoyak tidak cukup masamnya)
ikan patin - dibersihkan

masukkan semua bahan dalam periuk. didihkan sehingga ikan masak sepenuhnya.



kita memang suka kalau masak tidak pening kepala... campak jer...