Wednesday, October 17, 2012

Masak Lemak Terubuk Masin dan Nenas

Resipi paling mudah. Jangan fenin2...


Lemak Terubuk Masin dan Nenas

1 ekor terubuk masin - basuh dan potong dadu
1/4 biji nenas mengkal - hiris
cili api (quantiti ikut kepedasan yang disukai)
kunyit hidup
santan secukupnya (lebih pekat lebih sedap)

Lumatkan cili api dan kunyit hidup.
Campurkan ikan, nenas dan bahan lumat di dalam periuk.  Letak diatas api, biar hingga nenas layu dan air sedikit kering.
Masukkan santan, kacau hingga mendidih jangan sampai pecah minyak.


Tuesday, October 16, 2012

Pengat Labu Manis

Resepi agak2 jer dek non... standard la kan resipi turun temurun ni mana ada sukatan.  Pandai2 sendiri la nak ejas rasa ikut selera tekak sendiri.  pssttt... pandaikan orang dulu2, tak payah sukat2... tapi sedap juga kan... sampai sekarang masih diingati...


Pengat Labu

Labu - buang kulit dan biji, potong dadu
Gula (gula merah atau gula pasir ikut suka)
garam
santan
air

Rebus labu dan garam hingga labu empuk.
Masukkan gula dan santan.  Kacau hingga mendidih dan gula larut semuanya.
Hidangkan.

Bubur Jagung


Bubur Jagung 

3 tongkol jagung - ceraikan dr tongkolnya
1/2 cawan sago - cuci
senduk gula secukupnya
1 st garam
air
1 cawan santan

rebus butir jagung bersama garam hingga lembut. masukkan nisan. tambah gula jika suka lebih manis. (tak tambah lagi bagus sbb gula dah mahal). masak hingga mendidih kemudian tambah sago, biar hingga sago masak. Masukkan santan, kacau hingga mendidih lagi. tutup api dan hidang.


Kuetiaw Goreng Basah

Dah lama membuatnya tapi ... bukan terlupa tapi tak ingat...

Kuetiaw Goreng Basah

1 bungkus kue tiaw (450 gm)
7 biji bola ikan
2 keping kek ikan
10 ekor udang kecik
2 ekor sotong - potong cincin
1 pokok kecil sawi - potong asingkan batang dan daun
50 gm taugeh (akak suka byk)
6 tangkai daun kucai - potong 1 inci
1 biji bawang sederhana besar – hiris
1 ulas bawang putih - ketuk n cincang
2 sudu besar cili kisar
½ cawan kicap lemak manis
1 sudu besar perahan asam jawa
1 gelas air

Minyak untuk menumis Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Tambahkan cili kisar. Kacau goreng hingga naik minyak. (kalau ada yg bersin dah kira ok tu.) 
Masukkan batang sawi bersama sotong, udang, kek dan bola ikan. Kacau rata. Tambahkan kicap, jus asam jawa dan air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
Masukkan daun sawi, taugeh dan kuetiaw. Kacau rata (atas api yg besar) biar sebati. Tutup api dan taburkan daun kucai. Kacau rata dan hidangkan.

Selamat menerai ye... :D


Resipi yang sama akak gunakan untuk menggoreng mee ni jugak.

akak kalau memasak memang suka meriah... :D

Wednesday, October 10, 2012

Bawang Goreng (Fried Onion)

Bawang Goreng 

Bawang merah kecil
Garam
Tepung beras
Loyang yang dialas dengan kitchen towel

Hiriskan bawang kecil nipis2.
Selerakkan dalam tray yang di alas dengan kitchen towel.
Biarkan sedikit kering air bawang tadi.
Pastu gaul dengan sedikit garam.
Kemudian taburkan tepung beras dan gaul rata, agak2 jer supaya air bawang yg bersisa meresap pada tepung.
Akhir sekali goreng hingga kekuningan dan tiriskan lebihan minyak di atas kitchen towel.
Simpan dalam bekas kedap udara. Gunakan sebagai hiasan masakan atau makan begitu sahaja.


Kue Tiaw Sup Sayur Bebola Ikan

Bila rasa malas buat la camni jer.  Senang dan mengandungi nutrisi lengkap jugak ni (agaknya lah...) hahahaha... akak memang penggemar sayuran.  Jadi orang dalam rumah ni pun akak paksa makan sayur jugak.  Mereka paksa rela ikut selera tukang masak kalau nak kenyang.  Zalim ke tak tu ye???

Resipi senang jer deknon... main celur dan rebus. Memang tidak banyak kerenahnya.  Tak payah sukat2 pun bahan tu semua, bak kata seorang chef arab yang bercakap melayu 'ikut suka suka hati lah...'.

Hidangan (4 orang)
1 (450 gm) bungkus kue tiaw - leraikan, siramkan air panas dan toskan
tomato segar - potong baji
cili kicap (kalau suka buat la hiris cili curah kicap)
hirisan daun sup
bawang goreng

Bahan sayur (celur dalam air mendidih):
Brokoli - potong la ikut suka hati
Jagung muda - tak nak belah pun ok jer
sawi - potong ikut suka jugak
lobak merah - hiris membulat (nak lonjong, ikut suka hati lah)
kacang buncis - potong panjang ukuran 3 inci

Bahan sup:
Bebola ikan - apa jenis pun ikut suka hati la...
kek ikan - hiris
batang saleri
cendawan tiram - koyak2 jer
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
garam secukupnya (jika perlu)

Didihkan air bersama serbuk lada putih dan garam dalam periuk yang agak besar. Celurkan sayuran satu per satu jenis.  Susun sayur siap celur dalam bekas.  Biarkan air dalam periuk terus mendidih.
Masukkan hirisan bawang, bebola dan kek ikan.  Biar hingga bawang lembut dan bebola timbul ke permukaan periuk. Masukkan batang saleri dan cendawan. Perasakan garamnya.  Biar didih sekali lagi dan reneh seketika.
Siap untuk di hidang.

Masukkan kue tiaw, sayuran dan curahkan sup ke dalam mangkuk. Taburkan daun sup dan bawang goreng.   Jika suka, curahkan cili kicap.
Sedia untuk dihirup dan makan.


Nasi Minyak Hujan Panas

Ni sebenarnya entry tertunggak.  Akak cuba masak nasi ni lebihkurang sebulan yang lalu.  Akibat sibuk beraya, lupa nak masukkan ke sini.  Sebenarnya inilah pertama kali akak cuba memasaknya.  Selalu akak tengok jer orang lain masak tapi tak pernah mencuba.  Jadi akak cuba la jugak buat nasi warna warni ni ikut stail akak sendiri.  Terpulang la nak ikut resipi manapun.  Why worry huh??? Recipe's everywhere, yo!!! But, mine is very simple to follow... ;-)

3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 15 minit, tiriskan air
rempah tumis - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 biji bawang besar - hiris
2 ketul bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
5 sudu besar minyak jagung
garam secukup rasa
pewarna merah, kuning dan hijau
bawang goreng, daun bawang

Panaskan minyak jagung, masukkan rempah tumis, goreng hingga naik bau.
Masukkan bahan hiris, goreng hingga layu kemudian masukkan beras.  Kacau rata, masukkan garam, air dan susu. Masak nasi seperti biasa.
Bila nasi hampir kering, titik pewarna ke atas nasi.  Biarkan nasi masak sepenuhnya tanpa dikacau.
Taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang semasa menghidang.

Sebagai regunya akak buatkan ayam masak merah dan jelatah timun.  Resipi kedua2nya dah ada di entry terdahulu.

Saturday, October 6, 2012

Nasi Goreng Bersayur (Vegetables Fried Rice)

Meriah youuu... so colourful, variety of vegetables, all-in-one.  Tak pening dan tak penat akak nak mencuci... kes malas tahap cipan.  Tau apa cipan?  Akak pun tak tau... ;-)

Nasi Goreng Bersayur (4 orang makan)

2 pinggan penuh nasi sejuk (overnite)
50 gm isi ayam - cincang
bawang besar - dadu
lobak merah - hiris nipis
brokoli - floret
jagung muda - potong kecil
batang celery - dadu
kacang panjang - potong kecil
1/2 sk lada putih
garam secukup rasa
minyak zaiton
Hiasan:  hirisan daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili merah.


Panaskan minyak zaiton dalam kuali.  Tumiskan bawang besar hingga lembut, masukkan hirisan isi ayam.  Tambahkan lada putih.  Kacau goreng hingga ayam cukup masak. Masukkan lobak merah, celery dan brokoli, Gaul rata. Masukkan nasi, jagung dan kacang panjang.  Tambahkan garam.  Gaul rata hingga sebati.     .