Dulu pernah buat kentang sumbat ni... teringat2 kesedapannya sebab ada keju. Akak kalau bab2 makan yang berkolesterol camni memang suka. Lebih2 lagi nak membuatnya pun tidak rumit. Kalau kerja tak main2, 45 minit dah ready. Cari kentang yang kecil molek comel gitu... cepat masak waktu merebus. Kebetulan pulak dalam freezer tu masih ada keju yang belum diguna. Akak guna keju cheddar tapi kalau nak lebih sedap boleh tambah keju mozzrella.
5 biji kentang - bersihkan dan rebus hingga empuk bersama kulit.
Belah dua dan korek isinya untuk membentuk mangkuk. Ketepikan isi kentang yang dikorek tadi..
Bahan Inti:
150 gm daging cincang
1 biji bawang besar - cincang
3 sudu besar sos cili
daun ketumbar - cincang
garam secukup rasa
minyak utk menumis
Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga layu. Masukkan daging cincang, kacau sebati hingga daging masak.
Masukkan sos cili dan isi kentang, gaul rata dan sebati. Kemudian masukkan daun ketumbar.
Siap.
Sumbatkan inti ke dalam mangkuk kentang. Taburkan keju.
Bakar sebentar hingga keju cair.
Siap untuk dimakan...
Thursday, May 3, 2012
Wednesday, May 2, 2012
Chicken Creamy Pasta with Cheesed Broccoli and Cocktail Jelly Punch
Hari ini akak melayan anak tekak akak dengan hidangan ala2 kebaratan kerana berjaya berpuasa penuh sehari. Selerapun apalagi... macam2 dok dalam kepala. Memandangkan segala bahan semuanya boleh dikatakan lengkap, hayun jer la... menu menambahkan kolestrol... hahahahaha... amekkaw!!!
Untuk menu utama akak sediakan pasta bersama sos krim dan ayam dan akak sengaja campakkan jugak kacang buncis yang telah dicelur. Mula asalnya nak buat carbonara, tapi jadi lain pulak sebab tak bubuh telur dalamnya.
Chiken Creamy Pasta
500 gm fusilli pasta – masak ikut arahan di pek
Kacang buncis celur
1 sudu makan olive oil
2 sudu makan mentega
1 bawang besar, cincang/dadu
2 ulas bawang putih, cincang
5 biji cili padi, cincang
400 gm isi ayam cincang
1 st garam
1 st lada hitam
1 cawan stok sayur
½ cawan stok ayam
1 cawan susu cair
250 ml krim pekat (thickened cream)
1 sudu makan parsley kering
40 gm parmesan cheese
Cairkan mentega dan tambahkan olive oil, tumiskan bawang
besar hingga layu. Masukkan bawang putih
dan cili cincang, goreng hingga sedikit kuning, tambahkan isi ayam, masak
selama 1-2 minit.
Masukkan garam, lada hitam, stok sayur, stok ayam, susu dan krim,
biarkan mendidih. Kecilkan api dan renehkan
sehingga kuah sedikit pekat dan masukkan parmesan cheese dan sebatikan.
Gaulkan pasta dan kacang buncis hingga
rata. Sedia untuk dihidang.
Memandangkan stok brokoli dan cauliflower tu banyak, akak buatkan sos cis. Kali ni akak panggang sekejap di dalam oven.
Cheesed Broccoli and Cauliflower
Brokoli – floret
Cauliflower – floret
2 sdm mentega
1 biji bawang besar – dadu
1 ulas bawang putih – cincang
150 ml susu cair
½ sdt serbuk lada hitam
1 sdt garam
½ cawan keju cheddar parut
keju mozzarella – untuk taburan
Cara membuat:
Celurkan brokoli dan cauliflower dalam air yang dididih bersama
sedikit garam dan lada hitam. Ketepikan.
Cairkan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih,
goreng hingga layu. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, garam dan susu
cair. Masak hingga mendidih dengan
kepanasan sederhana.
Masukkan keju cheddar dan kacau hingga larut dan menjadi sos
pekat.
Gaulkan brokoli dan cauliflower ke dalam sos.
Angkat dan tuangkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan keju mozzarella di atasnya.
Panggang dalam oven panas hingga keju cair. Angkat dan sedia untuk dihidang.
Bagi menyegarkan anak tekak akak nih, akak buat punch. Buat lebih awal dan simpan dalam peti sejuk beberapa jam. Emmm... nyaman...
Cocktail Jelly Punch
1 liter susu segar
1 tin buah laici
Nata de coco
Fruitty Jellies
Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan simpan beberapa jam di dalam peti ais.
Hidang sejuk.
Monday, April 30, 2012
Instant Noodles Soup for Supper
Once a while, have this instant noodles soup, no matter what time... makes my day lively... :D
I used curry flavoured instant noodles, fishballs, beans, chopped/diced capsicums, bird chilies, sliced onion and garlic. Stir-fried the onions, garlic and bird chilies until tender, add in the flavour, fishball, capsicum and water, bring to boil. Add the noodles and beans, put cover, off the heat, rest for 2-3 minutes. Ready to serve...Yum! Yum!... To most people, young and old... it's irresistable!!! :D
Homemade Carrot Noodles In Vege Soup
Dalam cuaca panas begini, dapat makanan jenis berkuah atau sup memang menyegarkan. Akak pulak memang sup sudah menjadi kegemaran lebih2 lagi dengan keadaan gusi yang sakit agak susah nak mengunyah. Udah jadi macam ulor... main telan jer.
Kali ini akak guna mee carrot yang akak buat sendiri. Supnya memang sengaja akak bubuh sayur lebih sebab akak suka sayur. Cuma ditambah udang dan bebola ikan di dalam sup.
Sayur2nya dan udang akak celur sebentar dalam air mendidih yang bercampur garam untuk menjaga kesegarannya dan juga untuk mendapatkan stok dan dicampurkan ke dalam sup.
Bahan celur (blanch):
Bunga kobis / cauliflower
lobak merah / carrot
udang / prawn
jagung muda / baby corn
buncis / french bean
kacang (apa tu ek) / green bean
Bahan Sup / Soups:
Bawang besar - hiris / Onion - sliced
Bawang putih - cincang / garlic - chopped
halia - hiris halus / ginger - thinly sliced
cili api - ketuk / bird chilies - crushed (optional)
bebola ikan / fish ball
air rebusan sayur / vege stock
garam secukupnya / salt to taste
minyak zaiton / olive oil
hirisan kobis / sliced cabbage (optional)
Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih, cili api dan halia, goreng hingga layu. Masukkan bebola ikan dan air rebusan. Biarkan mendidih dan perasakan garamnya. Masukkan hirisan kobis, reneh sebentar sebelum hidang.
Heat up the oil and add-in onion, garlic, bird chilies and ginger, fry until tender. Add in fishball and vege stock and bring to boil. Add in salt to taste. Add in cabbage if desire and simmer before serve.
Slurppp!!! Emmm... Yummy!!!
Tapi akak mesti nak siram sambal kicap tak kira la sup apa pun... :D
This is my homemade carrot noodles that I eat with the soup....
Carrot Noodles
500 gm flour
200 ml carrot juice
1 tsp salt
Sift flour into a mixing bowl and make a well in the centre.
Combine carrot juice with salt and pour into the centre of the flour. Bind
mixture together to form a very stiff dough. Knead until well combined and
smooth.
Divide dough into small portions. Roll
out the dough on a lightly floured surface until it is thin enough to be passed
through a noodle machine. Adjust knob of
the noodle machine so that the rollers are at the widest setting to feed the
dough. Insert a piece of dough and keep passing dough through the machine,
decreasing roller spacing each time until you get the thickness that you
desire.
Next, pass the dough sheet through the cutting setting to
make strands. Repeat the procedure with the remaining dough.
Remove the strands of noodles and dump in boiling water for
2-3 minutes or take them out when the noodles start floating. Pour some oil and mix well during hot. Store in container after cooling process.
Thursday, April 19, 2012
Roasted Chicken and Creamy Fusilli
Semalam ada kawan tayang gambar ayam panggang di FB, ramai sungguh yang tertawan, tak tahan dibuatnya. Dalam keadaan tidak sihat dia taipkan resipi ringkasnya. Apa lagi, akakpun 'projek' terus memandangkan bahan2 utama semua cukup. Nak meroti dan mendonat akak ketepikan dulu...
Selain 'roasted chicken' tu, akak buat Salad yang simple jer bersama Creamy Fusilli untuk melengkapkan hidangan malam ini.
Roasted Chicken Ann
Gaul dan Perapkan:
1/2 ekor ayam
3 sudu makan yogurt
2 sudu kecil minyak zaiton
1 sudu kecil oregano
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk jintan
sedikit garam
Taburkan herba campuran ke atas ayam dan balut dengan foil kemudian panggang pada suhu 180 darjah Celcius selama 45 minit. (Ayam akak besor saiznya).
Sementara itu, satukan baby carrot, kacang hijau, capsicum hiris, tomato cherry dan bawang besar dadu, gaul bersama minyak zaiton dan herba campuran (option jer, tak mau tak per). Ketepikan.
Buka foil dan masukkan sayuran yang telah digaul dan diperap dengan minyak zaiton tadi. Masukkan semula ke dalam oven selama 25 minit lagi sehingga sayuran masak/lembut atau ayam sedikit garing. (tapi ayam akak very juicy...)
Siap!!! Nak meratah begitu sahaja pun boleh....
Ni resipi asal yang akak refer, copy dari comment di FB Anns Delight de Patisserie
Sekor ayam, potong la lu sukak besar mana pun dan jangan buang kulit (this is to retain the moisture), aku slalu potong 4 je, pastu marinate ngan yogurt, thyme, salt, black pepper and cumin powder . Pastu letak dalam dulang bakar and drizzle olive oil atas ayam, tutup ngan foil bakar in 180c for 30 minutes, pastu bukak foil and add capsicum (yg dah dipotong dan digaul dengan olive oil) and continue to bake for 15-20 minutes, sampai kulit tu garing sikit and capsicum tu masak. Depending on the size of the chicken nko adjust lah cooking time eh. Tu je.
lagi satu seblum bakar ayam tu kalu ada Mix Italian herbs tu, grind sikit atas ayam tu kalu takde pun takpe. dah tu je.
Salad Simple
Campur dan gaul:
Salad hijau
Salad merah
tomato cherry - belah 4
bawang holland - hiris
capsicum hiris
minyak zaiton
jus lemon
herba campuran
Creamy Fusilli
350 gm pasta fusilli - masak ikut arahan di pek
1 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
4 sudu besar tepung
5 butir cendawan butang - cincang
5 butir buah zaiton - hiris (tak ada pun tak per)
2 1/2 cawan air (kalau ada stok ayam lebih baik)
1/2 cawan yogurt
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak zaiton
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan cendawan, buah zaiton dan garam. Kemudian masukkan tepung dan kacau rata.
Masukkan air dan kacau selalu hingga mendidih. Matikan api dan masukkan yogurt, kacau hingga sebati.
Masukkan fusilli siap masak ke dalam sos krim, gaulkan hingga krim dan pasta sebati.
Hidangkan.
Notes:
Ikut la kreativiti dan selera masing2 ye nak tambah atau kurangkan mana patut...
Sunday, April 15, 2012
Omelet Daging Cincang
Lebihan daging untuk inti roti john aritu akak jadikan omelet. jimat segala. cuma akak tambahkan daun kucai, bawang hiris, sedikit garam dan cili merah cincang bagi menaikkan seri. pastu buat la cam biasa... boleh jadi lauk atau makan begitu sahaja...
Wednesday, April 11, 2012
Roti John dan Gegaran
Semalam akak masak nasi putih, bening kobis (fresh from Cameron Highland), ayam goreng garam kunyit (stail kampung) dan berulamkan cili padi hijau - amek kooo... mencungap berasap segala rongga tapi nasib baik nasik akak masak ngam2 jer... kalau masak lebih mesti makan lebih... bahaya tu... tak buleh... tak buleh...
Hari ni akak tak sentuh nasi pun... siang keluar akak cuma makan mee goreng kedai mamak, yang lain makan nasi. Selamat haku tak payah masak... hahahaha... Malam pulak akak ingat nak layan pasar malam, tapi terasa malas lak nak keluar rumah setelah mengalami 'gegaran rumah bergoyang' petang tadi, kesan gempa bumi di Acheh.
Duduk di tingkat 3, memang terasa sungguh rumah ni berayun kiri kanan, tanya kat anak dara terasa tak, dia kata tak tapi kepala terasa pening macam bergegar... akak pandang arial TV nampak bergoyang, pandang ke tingkap nampak cam beralun... pastu anak dara kata 'air dalam botol tu berkocak la'... ye sungguh... berlari masuk bilik nak tanya kat tuan tanah ada rasa tak, Cheh!!! Tengok2 member sedap jer dibuai mimpi... pergghhh!!! Tak 'thrill' langsung ler...
Roti John je dek non... sempoikan hidup akak... homemade ni lebih puashati. Bubuh ler apa yang kita suka, jimat pun jimat, kenyangggg...
Sediakan:
6 Roti Frankfurter (akak guna brand gardenia) - belah 2 tanpa putus
5 biji telur
hirisan bawang besar
hirisan timun
daun salad (akak guna hirisan kobis sebab kehabisan stok salad)
hirisan tomato (akak terlupa letak tp ni pilihan je)
sos cili
mayonis
Inti
200gm daging cincang
1 biji bawang besar - dadu
1 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci halia - cincang
40 gm serbuk rempah kurma
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan rempah kurma, kacau rata. Masukkan daging cincang. Masak hingga daging masak dan sedikit kering. Perasakan garamnya. Ketepikan. Kalau terlebih minyak, toskan dulu.
Pecahkan telur dan pukul ringan. Campurkan bahan inti. Tambah garam jika suka.
Panaskan kuali leper tidak lekat. Bubuh 2 senduk campuran telur (buat seperti telur dadar), tangkupkan belahan roti ke atasnya, angkat bila telur cukup masak.
Sapukan mayonis dan sos cili di atas bahagian telur. Susunkan sayur2 pilihan diatasnya. Lipat dua roti tadi.
Sedia untuk dihidang.

Monday, April 9, 2012
Mi Kicap
Wah... dah seminggu akak tidak memasak rupanya. Selama tu jugak la akak sekeluarga dilanda musibah - cirit birit (dalam nada cantik kengkawan FB guna term 'cherry berry' - baru ni la akak tau deknon). Aduhai seksanya kau...
Mula2 En Tuan Tanah, tak tau dia makan apa; sebab apa kami makan semua sama melainkan lepas Jumaat minggu lepas tu, dia singgah ngeteh seperti biasa la - itu jer yang lainnya. Malamnya dia tak tidur malam asyik dok 'check-in' kat bilik tecit tu dan kadang2 muntah. Akhirnya pergi hospital jugak ambil ubat.
Kemudian anak dara belanja makan beger kat restoran makanan segera, almaklum kemaruk gamaknya baru habis latihan PLKN. Macam biasa order burger kegemaran - beger besor (1 setiap org), kentang goreng, pai epal dan ayam goreng. Tapi Papa dia cuma makan ayam goreng dan kentang sahaja. Yang lain tibai beger jugak. Malam tu kami bertiga pulak yang ambil giliran untuk 'check-in'. Adik pergi sekolah cam biasa tapi cikgu panggil papa untuk ambil dia bawak balik sbb dah lembik. 3 hari menanggung cherry berry dan muntah2... tak larat makan dah cuma kami minum air banyak2... Alhamdulillah, akhirnya kini semua sudah pulih kembali.
Bila keadaan dah stabil begini baru syok nak masak kan...
Jadi kali ni akak masak yang simple jer atas permintaan semua sebab untuk makan nasi masih belum datang selera lagi.
Ini kali kedua akak buat mee kicap nih. Aritu kat kampung buat konon cuma untuk menarik selera makan supaya perut tak kosong terus. Terasa sedap kat tekak la pulak. (akak ni sebenarnya tak berapa suka makan atau masak terlalu menggunakan kicap... :P). Tapi kali ni memang akak betul2 terpikat (bukan nak puji akak masak sedap ye... ikut tekak memasing ler... :D), terpaksa akur dengan selera majoriti dalam rumah nih...
Mi Kicap
Bahan2:
400 gm mee kuning (yang ni akak guna mee kering import dari Tawau pemberian anak buah)
1 batang lobak merah ukuran kecil - buang kulit dan potong ikut suka
5 batang putik jagung - potong ikut suka
1 biji tomato - potong baji
1 pokok daun sawi (kailan pun boleh jugak)
1/2 cawan kicap (nak lebih pun boleh - ikut selera)
1/4 cawan air
minyak untuk menumis
Bahan Perapan (satukan semua bahan, gaul dan perap seketika)
100 gm isi ayam
1 sudu besar kicap tiram
1 sudu besar kicap lemak manis
1/2 inci halia + 1 ulas bawang putih --> ditumbuk lumat
1 sudu kecil sunquick oren
sedikit lada hitam
Bahan tumis (tumbuk lumat/kisar)
3 biji bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
4 biji cili api - ketuk sedikit
Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis dan cili api, kacau hingga naik bau. Masukkan bahan perap, goreng hingga daging ayam separuh masak. Masukkan kicap dan air. Biar mendidih.
Masukkan lobak merah masak hingga empuk dan kemudian masukkan putik jagung, sawi dan tomato.
Gaul rata kan mee ke dalam kuah.
Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!!!
Note:
Sayur tu ikut la pilihan masing2. Begitu jugak ayam, nak ketul besor pun boleh...

Monday, April 2, 2012
Nasi dan Ayam Tomato Yogurt
Hari ini akak rajin kottt... awal sungguh dah masak untuk makan tengahari. Tapi macam biasa akak masak yang paling ringkas dan cepat. Apa yang ada kat dapur tu yang akak leburkan...
Nasi Tomato Yogurt
3 cawan beras - cuci, rendam 10 minit dan toskan (akak campur 2 cwn beras biasa + 1 cwn beras panjang)
1 cawan air rebusan ayam
3 cawan air
1 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
100 gm tomato puri
50 gm yogurt biasa
garam secukupnya
kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
100 gm majerin
1 biji tomato - didadu
Cairkan majerin dalam periuk letrik, tumiskan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.
Masukkan bahan hiris, goreng hingga layu. Masukkan tomato puri dan yogurt, kacau rata. Masukkan beras dan gaul rata. Masukkan air dan air rebusan ayam tadi dan tambahkan garam secukup rasa. Masak nasi seperti biasa hingga hampir kering.
Taburkan tomato dadu dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
Ayam Tomato Yogurt
1/2 ekor ayam potong kecil - gaul garam kunyit dan goreng 1/2 masak
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar yogurt
Dikisar
2 biji tomato
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 biji bawang besar - hiris
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
Campurkan bahan kisar bersama sos cili dan yogurt.
Panaskan minyak dan tumiskan campuran bahan tadi. Masak hingga mendidih dan pekat, kemudian masukkan ayam.
Tambah garam dan gula secukup rasa. Renehkan seketika sebelum dihidang.
Sup
Air rebusan (akak rebus kaki dan leher ayam utk dptkan stoknya)
1 sudu teh bawang putih cincang
sedikit halia ketuk
garam secukupnya
Renehkan semua bahan dan hidangkan.

Wednesday, March 28, 2012
Ayam Perap Panggang
Recipe by accident... tak tau nak bagi nama apa sebenarnya. Sebab akak dah perap baru panggang, tu yang akak tenyeh nama tu... :D
Tak tau nak masak apa, akak perap jer ayam ni dengan beberapa bahan yang ada kat dapur akak tu. Dah habis fikir dah tapi masih buntu, akak panggang jer dalam oven. Tak sangka tekak akak menerima dengan baik. Akak rasa ia juga sesuai untuk BBQ.
Konon nak test rasa jer tadi, tu dia habis seketul bahagian banyak daging lak tu (part yang paling kami anak beranak tak gemor), lupa nak makan nasi dah...
Senang jer resipinya...
1/2 ekor ayam potong kecil (ptg 4 pun ok jugak nih)
2 inci halia - lumatkan
2 inci kunyit - lumatkan
3 butir bawang kecil - lumatkan
3 ulas bawang putih - lumatkan
1 st garam
1 sudu kecil herba campuran (x der pun x per kottt...)
1 sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar minyak zaiton
1 sudu besar jus lemon/limau
Gaul rata semua bahan, perap lebihkurang 30 minit.
Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius.
Susun bahan perapan ke dalam bekas tahan panas. Tutup dengan aluminium foil
Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 1 jam.
Buka foil dan bakar lagi selama 10 minit.
Dah boleh ngap dah...
Subscribe to:
Posts (Atom)